Thursday 28 March 2013

Cerita di sebalik boikot

Salam dan sejahtera....

Sebelum ni ada Cikma letak entri tentang boikot memboikot kan..hehe..kali ni cerita kenapa Cikma melancarkan boikot...bukan sebarang boikot..tapi untuk pengajaran kepada mereka tu...:)

Cerita boikot ni terjadi bila aku dah tak larat plus letih dengan sikap anak-anak didik yang tak pernah nak berubah sejak awal persekolahan tahun ni..Cikma tahun ni lah kan cuba nak ubah sikit cara pengajaran dan pembelajaran kepada anak-anak didik..dulu kalau budak-budak ni dengar jer nama Cikgu Akma..dorang dah tau aku sangat garang..bab marah plus merotan tu bagi kat aku..huhu..so, tahun ni Cikma buat pendekatan yang sangat bertolarensi dan buat pendekatan bagaimana Rasullullah SAW mendidik anak-anak Baginda..apa yang Cikma baca daripada muka buku kawan telah pun Cikma try test awal tahun ni..cuba untuk kawal kemarahan dan cuba bersabar dengan kerenah anak-anak didik..

Tapi, semakin bersabar..semakin menjadi-jadi perangai dan sikap anak-anak didik Cikma terutamanya anak-anak murid kelas 4 Dedikasi (kelas aku sendiri)..bukan sebab nakal tapi sebab asyik terlupa nak siapkan kerja sekolah plus terlupa nak bawak buku..kalau sekali dua tak apa..tapi boleh di katakan setiap hari ada jer yang tak bawak buku dan tak siapkan kerja sekolah..ok..Cikma memang mula-mula bila dorang tak buat kerja Cikma akan bagi masa untuk siapkan..dan kerja yang Cikma bagi hari ni hantar esoknya pula..tapi bila dah siap kerja yang dah tertangguh tu...kerja yang sepatutnya hantar esok..tak siap pulak!!!..itu yang hangin..sekali dua tak apa..ni berkali-kali..memang Cikma tak tahan..

Lastly, bila time periksa ujian fasa 1..memang aku sangat kecewa..memang kalau nak di ikutkan mereka ni masih baru dengan silibus...lagi-lagi tahap dua yang mana bertambah mata pelajaran serta aras makin tinggi..tapi Cikma tak expert yang ramai antara mereka akan gagal sebab dorang ni merupakan kelas ke-4 terbaik dalam aliran...Cikma sedih sangat dan kecewa..

Tertanya-tanya dalam diri..sebab apa jadi macam tu..kelas yang lain yang Cikma ajar (kelas ke-3 iaitu kelas 4 Cekal) pun ada yang gagal terutama penulisan..emm...memang Cikma tak nak salah kan dorang 100% MUNGKIN juga dorang masih terkial-kial dan masih belum faham bagaimana cara untuk menulis karangan dengan baik..tapi..bukannya Cikma tak bagi tips dan siap buat soalan spot kat dorang..itu pun masih ada yang tak faham..

Untuk kelas 4 Dedikasi..memang Cikma sangat kecewa..dan kekecewaan itulah yang membuatkan Cikma ambil keputusan drastik untuk boikot mereka..siap Cikma tanya mereka soalan yang mungkin mereka sukar nak jawab..antaranya bila aku tanya siapa yang suka aku mengajar BM? dan siapa yang tak suka aku ajar BM..ada lagi soalan yang lain..last2 dah tanya aku blah macam tu jer dan sebelum keluar dari kelas tu tetiba Cikma menitik air mata...

Esoknya Cikma boikot dorang...tak bercakap tak apa..bagi kerja jer..dorang tegur buat tak tahu...hehe..jahat kan aku ni..kengkonon merajuk ler tu..dasar dah jadi orang tua ni kan..suka sangat sentap bagai!!!..huhu...dalam seminggu gak lah until sebelum cuti tu Cikma pun decided untuk bercakap dan mengajar macam biasa...yang tak sangka sepanjang boikot tu adalah 2,3 orang murid-murid Cikma especially budak perempuan siap berutus surat bagai serta bagi hadiah...nak ambil hati ler tu...hehe

Tulah kisah boikot ni..emm..tak tahulah dorang sedar ke tak..kenapa aku buat macam tu..Cikma nak tengok lepas cuti ni ada perubahan tak..banyak juga Cikma bagi kerja sekolah..nak tengok dorang buat ataupun masih lagi dengan perangai lama..Cikma pun dah takde berkrompomi lagi dengan dorang...memang bagi amaran siapa yang buat salah pasti akan terima hukuman..Cikma pegang pada janji..tak kira lelaki atau perempuan Cikma kena hukum dorang dengan adil..bukan Cikma dah give up nak ikut cara didikan Rasullullah SAW..tapi mungkin Cikma masih belum bersedia nak berubah menjadi sesabar Baginda dalam mendidik anak-anak..mudah-mudahan aku boleh terus bersabar dan yang penting segala ilmu yang aku curahkan kepada anak-anak murid aku tu di gunakan sebaik mungkin hingga mereka dewasa...In Shaa Allah...



CIKMA : Bukan mudah menjadi seorang GURU....

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...