Thursday 10 January 2013

Setia Hujung Nyawa...sesetianya aku hingga ke akhir episod nanti..:)


Apa yang dapat Cikma tulis di sini...drama ini MEMANG TERBAEKKKKK....untuk awal tahun 2013...cayalah!!!...

Sudah jatuh hati plus jatuh cinta plus jatuh angau...emm..menghilangkan sedikit stress di awal tahun dengan pelbagai kerenah manusia yang perlu aku hadapi..well..itulah dia..selagi mampu bertahan nokk!!!...:)

Cerita yang di adaptasi daripada sebuah novel karya penulis Fatin Nabila...Cikma ni memang dah lama tak baca novel...hampir 3 tahun tidak study hard untuk novel...haha...nak beli apatah lagi..mood nak baca memang dah takde...maybe sebab kerja kot..kengkadang takde masa nak menelaah..itu yang tak tahu novel-novel yang best...kalau tahu pun daripada rakan-rakan yang memang hantu novel mamaijat dan kak min.hehe bila first time tengok..memang masih tak dapat fell...Cikma pun episod yang ke-2 baru tengok...pastu plak tak berapa nak focus time tu...cuma started episod 4 baru Cikma tengok betul-betul...masa tulah dah terjatuh hati kat drama ni...:)




Setiap hari tak pernah miss cerita ni..kalau termiss pun akan Cikma cari dalam internet mana-mana channel yang dah di upload oleh orang lain..kenkadang kalau tak puas ulang balik tengok episod tu sampai 3,4 kali..syok woo..tak pernah le segila ni..sampai Cikma yang tak pernah lepas tengok online cerita drama Korea boleh stop kejap untuk tengok cerita ni...lupa kejap nokk untuk berangan jauh ke Korea..hanya kerana Setia Hujung Nyawa...ewahh!!!

Anyway..tahniah buat Suhan Movie...iaitu produksi drama ni yang di miliki oleh aktor tersohor negara kita En. Rosyam Noor..salute lah kat beliau ni..pandai pulak team produksi nya pilih pelakon..dan kebanyakannya pelakon baru yang meningkat naik..dorang ni kalau ikutkan dah berlakon pelbagai cereka dan drama..tapi mungkin sebab belum dapat skrip yang sesuai untuk dorang so nama-nama para pelakon ni agak tenggelam..tapi since berlakon cerita ni aku peratikan para pelakon nya mendapat tempias populariti yang sangat hebat...tahniah di ucapkan...kerana mereka ni berjaya menambat hati para penonton....semoga pelakon-pelakon muda ni sentiasa sukses dan tidak mudah lupa diri...:)

CIKMA : Satu lagi drama yang Cikma minat...CINTA QASEH..setiap Selasa pukul 9.00 malam kat TV3..itu pun syok gak..sebab ada Ady Putra (hehe minat betul kat dia..) dan Wawa Zainal (suka tengok wajah nya yang cute tu..kurnian ALLAH SWT.:)

2 comments:

  1. ...suka ngn tag line dia tu...
    ada kebenarannya kan...

    ReplyDelete
  2. mamaijat : betul2..masa mula2 tgk dulu tak faham..tapi tertanya-tanya jugak...mesti ada kaitan..but cerita ni mmg best...:)

    ReplyDelete

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...