Tuesday 25 September 2012

Chilled Oreo Cheese Cake

Salam dan sejahtera..bertemu lagi..kalau semalam Cikma letak entri resepi Blueberry Cheese Cake..hari ni Cikma letak pulak resepi Chilled Oreo Cheese Cake..wah!!..oreo tu..memang sedap..kalau kat Secret Recipe dalam RM 7.50 sepotong..kali ni satu loyang boleh hadap sorang!!..hehe..save belanja kan...:)

Resepi ni macam biasa gak..search dalam pakcik Google..lepas tu tulis dan tak ingat dari mana belog nya..kepada tuan empunya belog..mintak maaf banyak-banyak..yang best..Cikma begakan sikit resepinya..sebab nak memudahkan Cikma cari bahan plus kebetulan bahan untuk buat blueberry cheese cake tu ada..Cikma pun buatlah..hehe..so, layan-layan kan resepinya...




Bahan-bahan :

Base cake :
1) 220 gm biskut Tiger (nak pakai biskut Oreo boleh..tapi kalau ada ongkos lebih ler)..
2) 100 gm butter (di cairkan)

Bahagian cheese cake :
1) 260 gm cream cheese (kalau pakai 250 gm kurang kan whipping cream 30 gm)
2) 280 gm whipping cream
3) 130 gm gula castor
4) 20 gm gelatin (di bancuh dengan 1 cawan air panas)
5) 80 gm biskut oreo (di kisar dan asingkan cream nya)
5) 1 1/2 sudu jus lemon (kalau tak nak letak pun takpe..jus lemon just untuk hilangkan sikit rasa muak time
    kita makan cheese cake ni.

Cara-cara :
1) Kisar halus biskut tiger dan campurkan dengan butter yang telah di cairkan. Tekan adunan dan masukkan dalam peti ais selama 30 minit.
2) Pukul whipping cream hingga kembang (jangan pukul terlalu lama ekk..dalam seminit tu dah cukup). Ketepikan.
3) Pukul cream cheese dan gula castor hingga kembang dan sebati.
4) Masukkan whipping cream tadi ke dalam adunan. Kacau sebati.
3) Masukkan perahan jus lemon dan juga gelatin.
4) Kacau adunan dan selepas itu masukkan serbuk biskut oreo ke dalam adunan.
5) Tuang ke atas cake base tadi dan masukkan ke dalam peti sejukan selama 5-6 jam (paling elok semalaman)..SELAMAT MENCUBA
6) Lebihan biskut oreo tu boleh kita hiaskan atas cheese cake tu...

Cikma buat kek ni ikut gerak hati je..takdelah sangat ikut sukatan..sebab kek ni masuk peti ais (tu sebab di panggil Chilled atau non-baked)..so jangan risau le kalau tak jadi..kompem jadi nya..hehe..nak lebih tambah biskut oreo tu pun tak pe..even nak lebih kan whipping cream tu pun tak de apa-apa masalah..yang penting gelatin mesti ada..sebab itulah ejen yang bagi keraskan kita nya cheese cake...ok...:)

CIKMA : Terasa di hujung minggu ni nak buat bread butter puding ler pulak...hehe

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...