Monday 6 August 2012

Hakikat sebuah perjuangan..

Salam dan sejahtera..bertemu kembali..terlalu lama meninggalkan blog sendiri..sibuk berhujung minggu di kampung halaman aka Diamond Bay..sangat gembira dan bahagia..dapat berkumpul di rumah ABAH dan MAK..nanti Cikma letak dalam entri akan datang...:)



Suka atau tidak..begitulah hakikat sebuah perjuangan..Cikma tak nak komen banyak sangat mengenai perlawanan akhir badminton semalam di Olimpik London yang melibatkan pemain badminton kesayangan negara kita..Dato' Lee Chong Wei dan Lin Dan..semua orang rasanya melihat di kaca televisyen..betapa berjuang nya beliau untuk mendapatkan sebutir pingat emas kepada negara..betapa gigihnya beliau untuk menyekat kemaraan pihak lawan..betapa kuatnya kudrat dan tenaga beliau untuk melawan dan membalas setiap pukulan bulu tangkis daripada pihak lawan..namun...adat sesuatu pertandingan..pasti ada pihak menang dan pihak kalah...

Dato' Lee Chong Wei..menitis air mata beliau tatkala berada di podium menerima pingat..sayu rasa hati..ramai juga yang mengalirkan air mata melihat beliau sebak..itulah hakikatnya..tidak perlu rasa kecewa..kerana kekecewaan itu sebenarnya adalah kunci kekuatan..untuk beliau bangkit kembali..yup..mungkin untuk beliau merampas pingat emas Olimpik daripada tangan Lin Dan untuk tempoh 4 tahun akan datang adalah tipis..tapi..mana tahu keajaiban boleh berlaku..kita hanya merancang..namun semua nya terletak pada takdir yang telah di tentukan oleh ALLAH SWT..

Apa-apa pun..permainan semalam antara yang terbaik pernah aku saksikan..kerana pertembungan dua seteru serta pemain badminton terbaik di dunia dan sepanjang zaman yang membuatkan semua orang terpana seketika di kaca televisyen...thumbs up to Dato' Lee Chong Wei..u still the best among the best..semoga terus success....:)

CIKMA : Kebimbangan aku sekarang...siapa pengganti Dato' Lee Chong Wei..dalam 28 juta rakyat Malaysia..takkan tiada seorang pun yang boleh menjadi pengganti beliau???..fikir-fikirkan..dan..MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.....

No comments:

Post a Comment

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...