Thursday, 15 December 2011

Al-Fatihah....

Salam dan sejahtera...kelmarin aku menerima perkhabaran yang sangat mengejutkan dan menyedihkan hati ini...2 orang pendidik yang pernah mendidik Cikma di sekolah menengah telah kembali ke rahmatullah...Allahyarham Cikgu Najib dan Allhyarham Ustaz Alias......

Kedua-dua mereka ini pernah mendidik aku...semasa aku di Tingkatan 1 (arwah Ustaz Alias ) dan di tingkatan 4 dan 5 (arwah Cikgu Najib)..yang paling aku terasa adalah arwah Cikgu Najib yang juga merupakan guru kelas aku untuk tempoh 2 tahun....

Arwah Cikgu Najib mengajar Bahasa Melayu...arwah aku sifatkan sebagai Cikgu yang sangat sempoi dalam masa yang sama tegas. Apa sahaja yang di utarakan serta di bincangkan semasa proses pembelajaran memang aku ingat sampai bila-bila. Arwah Cikgu Najib juga seorang guru yang pandai berjenaka...

Satu peristiwa...tak silap masa Cikma di tingkatan 4...pernah terjadi kami bersengketa...memang aku agak biadap dan kurang ajar pada arwah...(menyesal tak sudah)...mungkin masa tu darah muda menguasai...tak boleh di tegur sikit...Cikma mula melenting...Ya ALLAH...KAU ampunkan dosaku pada arwah...lama juga aku tidak bertegur sapa dengan arwah...rakan-rakan dah mula risau...tapi mereka tak pernah nak bagitau aku...memang dalam hati rasa bersalah...tapi ego aku sangat tinggi...

Tapi, perhubungan antara guru dan anak murid sangat erat...tak mungkin aku punya hati yang keras untuk tidak berbaik semual pada arwah..aku tahu arwah tidak akan terasa....namun sebagai anak murid..aku perlu punyai rasa hormat yang tinggi pada arwah..walaupun tidak menuturkan kata maaf daripada mulut ku sendiri..tapi aku percaya...arwah memahaminya....

Arwah Cikgu Najib disahkan menghidap barah otak..dari tahun lepas lagi aku dengar berita itu...memang aku nampak dia kurus masa aku jumpa arwah di Majlis Berbuka Puasa tahun lepas anjuran ALUMNI sekolah...tapi terkilannya aku pada waktu itu sebab tak berkesempatan berbual dengan beliau...memang sangat RALAT..aku nak sangat bagitau arwah yang anak muridnya yang sangat degil ini telah berjaya menjadi pendidik seperti arwah.....dan aku memang nak nak tahu apa reaksi arwah masa tu...

Kepada semua blogger...kita sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua-dua mereka...Semoga mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.....AMIN......



Arwah Cikgu Najib...( duduk 2 dari kiri )

CIKMA : Al-fatihah......

1 comment:

  1. .....al fatehah buat aruah...
    muga di tempatkan bersama orang2 yang beriman...
    .....pengajaran bagi kita pula sebagai pendidik..
    sentiasa memaafkan kesalahan anak2 didik dan menghalalkan segala ilmu yang kita berikan...
    insyaallah selamat dunia akhirat...

    ReplyDelete

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...