Monday, 11 October 2010

Hadiah Hari Jadi....

Salam dan sejahtera....terima kasih bebanyak yang masih lagi wish bday kat Cikma...terharu nyer...happy sesangat..ada lagi yang ingat akan diri yang tak seberapa ni....apa-apa pun..thanks again....:)

Entri kali ni masih pasal besday gurl ni..hehe...well...walaupun dah bertambah umur..tapi rasa diri ni masih muda belia lagi..muda ke??kalau ikut umur aku sekarang ni patutnya dah ada 2,3 orang anak dah..tapi...i'm still single lagi..tu yang rasa muda belia... ok kan...:)

Tahun ni jugak rasanya bday aku yang paling aku kenang lah sampai bila-bila..1st...tahun ni ramai yang wish bday kat aku..2nd..dapat hadiah dari MAK dan ABAH serta diri sendiri dan 3rd..MAK dan ABAH belanja makan malam..huhu..syok!!!!gambo makan-makan tu nanti aku upload dalam entri lain...kali ni aku uplaod gambo hadiah yang aku dapat dari ABAH dan MAK dan diri sendiri........:)


Yang ni MAK bagi...sebenarnya aku mintak...buku yang banyak bagi manfaat pada aku...dalam proses membaca dan memahami...:)



Cover lampu kereta..depan belakang ni ABAH yang buatkan...huhu


SPOT LIGHT..from ABAH..tukar sebab yang lama dah rosak...


Pocket hard drive 250GB..SAMSUNG..ni aku beli sendiri..tapi ada problem..boleh...x dapat nak pakai lagi..terpaksa tunggu dulu....emmm....

CIKMA : Rasa bengang sikit..beria-ria beli tapi tak dapat pakai..orang kat kedai cakap kena format balik hard drive tu...tapi masalahnya aku dah tinggalkan kat DIAMOND BAY..so, tak boleh jugak nak buat kat sini..emm...kena balik lah jawabnya minggu ni ke T.I.........hadui.......:(..lain kali kan Cikma...kalau nak beli apa-apa barang pun tak kira mahal ke murah..test dulu ekk!!!ini lah bahananya...menyusahkan diri sendiri...adeh........


Sunday, 10 October 2010

Latest...halal haram produk makanan dan restoran di Malaysia...

SENARAI RESTORAN TERKENAL YG DISAHKAN HALAL & dITARIK BALIK SIJIL HALAL OLEH JAKIM

Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-
1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran 

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM : 
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies  dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai  kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.   Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja.


  4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM,  maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.   Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS  ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk  Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM  dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

CIKMA : Sebar-sebarkan kepada muslimin dan muslimat....

Saturday, 9 October 2010

29

Tanggal 9 Oktober 1981...kira-kira 29 tahun yang lalu...lahirlah seorang puteri bagi pasangan Mohd Yahya Haji Hussin dan Sabariah Rajo...anak yang kedua setelah seorang putera di lahirkan setahun sebelumnya...Jumaat...penghulu segala hari....tepat pukul 10.12 pagi waktu tempatan......dengan berat 3.34 kg..sempurna segala sifat (Alhamdulillah.....)...bayi perempuan ini di namakan NOOR AKMA BT. MOHD YAHYA...:)

Well.........hari lahir aku hari ni u'alls!!!...dah 29 tahun...cepat masa berlalu...dah 29 tahun jugaklah aku hidup di muka bumi ciptaan ALLAH SWT..berkelana dan menjadi khalifah di alam sementara ini...29 tahun jugaklah aku menjadi anak kepada ABAH dan MAK..menjadi adik kepada ALONG dan kakak kepada 2 orang adik-adik yang sporting dan nakal......

Yang pasti..aku bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana meminjam kan tempoh setahun lagi untuk aku hidup di muka bumi ni...dan aku bersyukur kerana di lahirkan sebagai umat NABI MUHAMMAD SAW..menganut agama ISLAM dan menjadi sebahagian warganergara Malaysia......

Tempoh 29 tahun adalah satu moment yang sangat aku hargai...kenangan suka dan duka sepanjang menjadi NOOR AKMA adalah satu perkara yang aku ingat sehingga aku di jemput ALLAH SWT satu hari nanti...terima kasih ABAH dan MAK kerana melahirkan, membesarkan serta mendidik aku menjadi 'AKU' pada hari ini...segala pengorbanan dan jasa mereka..hanya ALLAH SWT yang mampu membalasnya.........

Terima kasih kepada adik-beradik ku yang menerima diriku seadanya..tanpa kalian seperti tiadalah erti hidup ini..kepada saudara mara, guru-guru, kawan-kawan dan jiran-jiran yang mengenali diri ini..terima kasih kerana membenarkan aku mengenali kalian semua............:)

29 tahun jugak..pelbagai impian dan angan-angan yang nak aku kecapi..ada yang menjadi kenyataan dan ada yang masih belum dapat di permudahkan oleh PENCIPTA ku....moga doa dan harapan ku akan di makbulkan oleh ALLAH SWT satu hari nanti......:).......


CIKMA : Thanks kepada yang wish birthday pada Cikma ekk!!!!luv u'alls...........semoga doa-doa kalian untuk ku di permudahkan oleh ALLAH SWT.......AMINN...............:)

Award Kengkawan

Baru nak amik award kan..sorry ekk KAK AEINI ...lambat amik award dari rumah akak...maafkan kami ekk..hehe...


Tima kasih lah sebab bagi award ni..malu i...hehe...nak kata singgah selalu tu tak lah..tapi Cikma akan sentiasa ingat pada blogger-blogger yang rajin bertandang ke blog Cikma dan letak pesanan dalam entri Cikma...thanks bebanyak kak aeini....Insyaallah akan Cikma rajin singgah umah akak ekk...hehe...and thanks jugak sebab link kan blog saya dalam list akak...luv u lah kak!!!!!

Award ni ada bagi soalan jugak..emm..Insyallah akan Cikma jawab seikhlas hati..hehe..bunyi macam suspen je kan...layan2 lah ekk................

1) Write 5 interesting facts about the person who gave u this award....
- Masih berangan nak kuruskan badan..(cam sama jer kita ni kak!!!..huhu)
- Tak berapa suka minum susu segar
- Suka memasak dan menghias
- Tak pandai dan tak berapa suka make-up (aik..sama lagi ni kak!!!hehe)
- Tengah suka nak belajar menjahit baju sendiri

Cikma amik informasi ni dari blog KAK AEINI  jer ekk..hehe

2) Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby...
- Nama sebenar - NOOR AKMA @CAHAYA KEPIMPINAN
- Kerja - PENDIDIK kat SEK REN jer....
- Suka makan...tidur...masak...update blog sendiri
- Suka tengok benda yang unik
- Agak baran...keras kepala..ego sikit (ahaks..) dan sensitif tau!!!huhu
- Suka baca buku agama, motivasi, AL-QURAN dan ekslopedia
- Punya karektor yang berbeza-beza di tempat yang berlainan..(huhu..suspen jer baca ni...)
- Teringin nak KURUS..tapi body cantik arr macam PRIYANKA CHOPRA...huhu
- Teringin nak naik kapal terbang....gitu.....
- NAK NIKAH...bleh....huhu...ayat...x tahan...haha............

3) Pick your most 10 deserving recipients and describe them...

Adeh...banyak ni..5 boleh x...?huhu...

1) silvertech - seorang ibu yang gigih..tengah pregnant anak ke-2..syok jer kan....

2) mamaijat - mama oh mama..the very strong women u'alls...:)

3) kak min - jiran tetangga i kat sekolah ni...huhu

4) kak mas - lama x dengar cerita..miss u lah kak!!!kenal kat muka buku kteorang nii....:)

5) aza - aku still x boleh lupa kes air...haha..jgn mare ekkk...

CIKMA : Thanks again kak AEINI..harap puas hati ekk dengan jawapan2 tu...:)

Friday, 8 October 2010

Miss U Alls lah!!!!...:)

Salam dan sejahtera...huhu...hehe..haha..ngeee.........I'm back....miss giler gaban kat semua!!..sungguh..espicially kat blog Cikma ni..huhu..lamanya tak update...banyak sangat nak share ni dengan para blogger...macam-macam cerita ada...tapi cam biasa...Cikma akan dahulukan yang mana penting dulu ekk....

Lappy Cikma...still repairing lagi ler...maybe esok kot ok...ni tengah balik kampung..so my bro pulak ikut sekali balik..aku pinjam kejap just nak update blog jer...apa-apapun Cikma rasanya dah banyak ketinggalan dengan cerita-cerita para blogger kan..takpe2..Cikma akan cuba singgah blog u'alls ok!!!!...jangan risau...Cikma still ingat lagi kat engkorang tau!!!!!!........

Anyway....Cikma akan berkarya selagi entri dan blog Cikma ni di singgah dan dibaca oleh para blogger..thanks to all of u...............LUV N PEACE!!!!!!


CIKMA : Miss my muka buku too....:)

Saturday, 2 October 2010

Rehat...

Salam dan sejahtera...aku just nak bagitau diriku ini terpaksa merehatkan diri sebentar dari dunia komunikasi tanpa sempadan...sobabnya...akunyer lappy buat hal...terpaksa menunggu di perbaiki...tak tau bila boleh siap...sebab buat hal...aku punyer sendiri arr...sibuk nak download anti-virus..terus 'hang' lappy aku..adeh-adeh...memang saje jer kan...ni pun nasib pinjam jap lappy my bro...so, kengkawan...tunggu lah ekk dalam next week baru boleh berblog bagai....banyak sebenarnya nak share..tapi kena tunggulah ekk....layan.......


CIKMA : Apsal tak leh uplaod gambor ni!!!!adeh2....tension nyer....... 

Thursday, 30 September 2010

Kelebihan Seorang Wanita...



Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

CIKMA : Bersyukur dan berbangga di lahirkan sebagai WANITA....

Wednesday, 29 September 2010

Saya minta maaf, cikgu!!

Hari yang penat...letih...tertekan..semua ada...takde perkataan seronok pun keluar dari kepala otak ni...penat sebab kelas full di tambah kena pulak relief (adeh2), letih sebab aku bulan ni punyalah banyak period keluar...rasa dah sejuk kaki dengan tangan..nasib sakit takde sangat..kalau tak dah berguling aku menahan sakit perut ni...tertekan..sebab aku geram tengok perangai anak-anak murid aku hari ni...tapi dalam tertekan tu..aku boleh gelak dalam hati..bagus jugak buat camtu..apa aku buat???hehe....best2...layan cerita aku ni......

Sejak 3,4 bulan kebelakangan ni aku jarang marah anak-anak murid aku..tak kira lah kelas pandai ataupun yang kurang pandai..diorang tak bawak buku..aku bagi buku lain, diorang tak siap keje, aku just cakap esok siapkan, diorang main-main dalam kelas atau kacau kawan diaorang, aku nasihat secara berhemah..wah!!!tetiba Cikma jadi guru bersopan dan berbudi bahasa gitu!!!bukan takde mood nak marah..tapi ada satu tahap yang aku dah malas nak bising-bising..sakit rasa anak tekak kalau menjerit selalu...jadinya aku buat tak kisah...malas nak fikir perangai diaorang..nak jadi apa pun jadilah...

Entah macam mana hari ni..mungkin di sebabkan mood marah aku datang balik...mula mengajar masuk kelas 1 Ikhlas...kerja semalam ada 6,7 orang tak siap, aku dah cakap suruh siap kat umah..pagi tadi aku suruh diorang tunjuk buku latihan..yang tak siap tu...haram dorang nak siapkan...padahal semalam 3 masa di gunakan hanya nak tulis 18 perkataan kat papan hitam..kalau ikutkan semalam 2 masa je subjek BM..plus 1 masa sebab diorang takde PJK...tak jugak siap..aku peratikan yang tak siap ni semalam..memang lembab menyalin, siap main-main dan bersembang dengan kengkawan...2,3 kali dah tegur suruh siapkan..diorang buat tak tau je...hari ni..memang kena arr...aku kalau marah..jangan kata vokal jer boleh satu bangunan dengar, siap dengan buku, tangan, pembaris semua kena kat budak-budak tu...maaf lah ekk...Cikma ni kalau mengajar murid yang tak dengar kata ni memang Cikma pukul...pukul bukan cara lemah lembut..sekuat hati k...siap cakap dengan diorang...balik bagitau dengan mak ayah..sebab apa cikgu Akma pukul sampai merah..biar diaorang rasa...takut jugak semua budak-budak 1 I tadi..gertak camtu..boleh pulak dekat 3/4 orang murid siap kerja yang aku bagi dalam kelas hari ni...rasanya diorang kena buat camtu kot..nak kena marah dan pukul setiap hari..baru boleh gerak buat kerja...aduh2....

Yang kelas 1 Bestari pulak..kes yang sama..buat kerja semalam..dah bagitau suruh siap dalam kelas..adalah 2,3 kerat yang siap..suruh bawak balik rumah...hari ni tunjuk..sama jugak..tak siap...yang sakit hati dari 40 orang budak..3 orang je siap...dah cakap dengan budak-budak tu...buat keje tak payah guna mulut..guna tangan jer..tapi semalam..siap kaki , mulut, tangan semua buat keje..duk berjalan, menyembang, main-main dalam kelas...yang dah aku aim memang tak siap tu dah agak dah tak siapnya..ni yang selalu buat keje pun tak siap..rasanya takdelah banyak sangat bagi keje..boleh je siap dalam tempoh kurang dari sejam...sebabnya budak-budak 1B ni budak pandai...tapi dah lama tak kena marah..tu yang naik lemak...kena jugak diaorang tadi...Cikma taklah pukul..tapi marah..emm cam biasa vokal tahap gaban lah..pastu diorang ni kena diplomasi sikit nak marah..biasalah bak kata ORANG BESAR...nak marah budak pandai kena berdiplomasi dan lemah lembut...ceh!!!ye ker...entah macam mana keluar idea dalam kepala..suruh yang tak siap kerja ni kena tulis perkataan SAYA MINTA MAAF, CIKGU!!..sebanyak 100 KALI...peh!!!banyak tu...aku men'dera' budak-budak tahun 1B macam tu..adeh2...terpikir jugak tadi..sempat ke diaorang siap kan benda tu...dan terpikir diaorang ni kebanyakannya ada sekolah agama waktu petang, ada pulak tu tuisyen waktu malam..emm...lantak lah...aku dah cakap kali ni dorang tak siap..memang aku pukul sungguh-sungguh...erk...garang Cikma ni!!!huhu....

Kelas 1 Murni tadi pun kena jugak..tapi tak seteruk yang 2 kelas tu...biasalah setiap kali P.Seni...ada jelah yang tak bawak bahan dan alatan..penat dah mulut membebel marah dan bising..last-last..kena sedepuk dua..aku bagi je jugak bahan..dari dorang duk melangut tak buat keje..tapi aku ajar diaorang..kena cakap 5 kali SAYA MINTA MAAF, CIKGU!!..bagi dorang ingat kesalahan yang di lakukan....

Sebenarnya murid-murid sekarang susah benar nak mengaku kesalahan pada guru..lagi-lagi kalau suruh minta maaf...kenkadang tu..macam dengar tak dengar je diorang cakap pada kita ni...pelik jugak...malu ker..segan ke nak sebut perkataan MINTA MAAF tu pada cikgu...heran-heran...rasanya dulu kalau kita buat silap kita mengaku kesalahan dan cepat-cepat mintak maaf kat cikgu..walaupun lepas minta maaf tu kena jugak hukuman...emm..entahlah...mungkin kami ni cikgu-cikgu tak terapkan nilai murni yang lebih pada murid-murid..ataupun diaorang takde rasa bersalah pada cikgu...ntahlah...lagi di pikir lagi pening kepala...kalo tak pikir esok-esok depa bawak perangai malas buat keje ni sampai tahun depan...karang kata pulak yang cikgu-cikgu tahun 1 tak pandai nak ajar dan didik budak-budak tu...emmm.......


CIKMA : Melentur buluh biarlah dari rebungnya.....

Tuesday, 28 September 2010

KERAS TANGAN

Salam dan sejahtera..lama tak update blog...tengah takde mood...uihh..lain macam je Cikma..takde mood??biasa...hal perempuan..paham-pahamlah kan...tiap-tiap bulan mesti ada time yang takde mood...huhu..

Macam biasa...entri kali ni nak cerita pasal beberapa kraftangan yang dah lama kita tak buat, dan mungkin dah lupa nak buat..dulu-dulu kala aku buat lah jugak keras tangan ni..orang buat aku pun follow ler buat, orang tak buat dah, aku pun berenti lah buat...nak buat kraftangan ni kena ada minat dan bakat...kalau setakat suam-suam kuku..baik tak payah...ye dak????

First kraftangan yang dah lama aku tak jumpa adalah gelang perca kain...mak aihh..susah pulak nak search gambar kraftangan ni kat pakcik GOOGLES..apa yang aku tunjuk ni kira yang ala-ala samalah dengan gelang yang sebenar...dulu gelang perca kain ni popular dan glames giler tak kira kanak-kanak ataupun orang besar...senang nak buat gelang ni..kena ada tiub getah transparent (ala-ala macam tiub getah oksigen dalam akuarium ikan tu..tak ingat ler nama dia...) pastu perca-perca kain dan jugak minyak masak...masuk jer perca kain tu dalam tibu getah tu..bagi rapat dan penuh...minyak tu kita campur dengan perca kain supaya kain tu senang masuk dalam tiub..cantik kalau dah siap..berwarna-warni gelang tu..lagi-lagi kalau kita pandai pilih warna pada perca kain tu......dulu banyak lah jugak koleksi gelang perca kain ni..tapi ntak ke mana aku letak..biasalah...benda-benda macam ni bermusim..orang dah tak pakai pun sekarang ni......


Second...kraftangan bunga straw...rasa-rasanya ada yang ingat kraf bunga straw ni..dulu..ramai betui mak-mak budak..malahan anak-anak dara pun suka buat benda ni..siap jual lagi...aku reti jugak buat bunga straw ni..tak silap mak yang ajar..penuh lah rumah tu dengan straw..macam-macam colour di beli..jenis straw pun ada yang kecil dan besar...selalunya kraf bunga straw ni di buat dengan straw yang jenis dia keras sikit..yang selalu kita guna untuk minum tu tak sesuai..lembut...ada jugak yang buat kraf daripada straw ni sebagai hiasan dinding...tapi aku lagi suka buat bunga straw..buat banyak-banyak..pastu cucuk dekat span..letak lah dalam pasu kecil-kecil..cantik..rasanya kat umah aku ada lagi kraf bunga straw tu..adalah satu..jadi kenangan..sekarang ni tak tahulah ada lagi ke orang buat kraf bunga straw tu..mungkin lah ada..tapi tak semeriah masa zaman dulu-dulu......


Yang ni..orang masih buat sampai sekarang..siap jual dan rasanya permintaan buat kraf daripada kertas ni mendapat permintaan yang tinggi..aku belajar buat kraf kertas ni masa belajar kat maktab dulu..masa tu koin unit Puteri Islam..kiteorang kena buat satu barang kraf..jadi yang nilah di ajar oleh para ustazah aku masa tu..senang nak buat..tapi macam biasa...kraftangan kertas ni macam rumit sikit (bagi aku lah)..kalau minat memang senanga nak buat..pintal-pintal jer surat khabar tu..pusing-pusing jer...tapi aku..huhu..tak minat!!tak jadi pun Cikma buat..adalah siap separuh..pastu..buang!!!ngeeee....bagus buat kraftangan kertas ni sebab dia gunakan bahan terbuang (suratkhabar lama)..dah siap buat..syelek kertas tu dan keringkan..memang sesuai di jadikan perhiasan dalam rumah....


Ni sebahagian dari kraftangan yang aku pernah buat lah..Cikma ni tak lah minat sangat..tapi boleh kalau nak mencuba..cuma sekarang macam dah takde masa nak buat..banyak kerja...lagipun aku kalau nak buat benda-benda keras tangan ni perlukan lebih masa...kalau tak jadi..jawabnyer Cikma campak dalam tong sampah jer...terus tak mau buat..walaupun Cikma ni orang SENI..tapi idaklah berseni sangat..tapi bab seni lain macam seni masak ker, seni makan ker...ok jah!!!hehe......

Gambar ikhsan pakcik GOOGLES.........

CIKMA : Belajar senilukis dan senireka logam halus di Uitm....

Saturday, 25 September 2010

Kek Coklat Moist

Salam dan sejahtera..lama tak menjengah blog..lama ker???hehe..sibuk ler..bila balik Diamond Bay ni mesti sibuk memanjang......pelik kan...apa yang di sibuk pun aku pun tak faham....

Well, entri kali ni aku nak masukkan resepi Kek Coklat Moist..yang every year aku buat tiap kali Hari Raya...senang dan sedap..tak caya..try lah...:)


Bahan-bahan :

Bahan A :
360 gram gula castor
1 cawan serbuk koko
1 cawan air
- Masak semua bahan di atas sehingga pekat (gula hancur)...sejukkan dan ke tepikan.

Bahan B :
250 gram buttercup
1 cawan gula
5 biji telur
1 sudu kecil baking powder
200 gram tepung naik sendiri
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
1) Pukul kembang butter dan gula
2) Masukkan telur sebiji demi sebiji..pukul rata
3) Masukkan esen vanilla
4) Masukkan tepung (ayak bersama baking powder) ke dalam adunan tadi berselang seli dengan bahan A.
5) Kacau rata dan sebati.
6) Bakar adunan dalam 50 minit atau hingga masak. SELAMAT MENCUBA..

KEK COKLAT MOIST

CIKMA : Pantang tengok kek coklat!!!ngeee...sukatan gula boleh di kurang kan..sebab kek ni agak manis sikit..

Friday, 24 September 2010

Selesai...

Salam dan sejahtera..selesai sudah peperiksaan UPSR bagi sesi 2010..tahun depan...tak tahu lagi sama ada di teruskan atau di mansuhkan...keputusan...semuanya terletak ditangan pihak atasan...bagi murid-murid tahun 6...MERDEKA!!!!merdeka kah mereka???...tepuk dada tanya diri sendiri..merdeka sekejap je ye murid-murid..ini baru permulaaan hidup terutama dalam menghadapi peperiksaan awam yang besar...tak banyak kesannya..tunggu esok2 kalau tengah nak exam SPM...masa tu kalau nak di undur balik ke belakang dah takde gunanya...renung-renungkan.........:)

Cikma akan kembali bertugas seperti biasa..rindu jugak dengan anak-anak murid ni..dekat 3 minggu tak jumpa..ingat lagi ke diaorang kat cikgu nyer ni...lepas ni kena tumpu balik pada pelajaran sepenuhnya..bulan Oktober dah nak periksa akhir tahun....harap jugak diaorang dapat markah yang baik.....

Pengalaman menjadi pengawas peperiksaan ni...nak kata best sangat taklah...ok2 jer...cuma letih sikit..kaki dah rasa lenguh-lenguh...rasa urat dah macam keras je..sampai sekarang rasa sakit kaki ni...yelah sebab berdiri dan berjalan je kan..memang le dapat duduk..tapi tak boleh lah terlalu lama...tapi aku tak serik nak jaga periksa lagi...kalau ada lagi exam UPSR tahun depan..nak apply lagi jadi pengawas...seronok jugak tengok bebudak ni penuh concentrate jawb peksa..berkerut-kerut dahi memikir jawapan..hehe...teringat zaman budak-budak jugak dulu...sama je ngan diorang ni..apa-apa pun segala keputusan periksa UPSR ni hanya akan di ketahui 2 bulan dari sekarang...berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT...semoga apa yang di hajatkan menjadi kenyataan...........


CIKMA : Gambar tiada kena mengena dengan entri..just nak bagi hilangkan rasa lenguh dan sakit kaki ni...hehe...:)

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...