Sunday 23 February 2014

Hujung minggu ini...

Salam dan sejahtera...

Tak mau...tak mau stress!!!ngeh3...orang lain pun ada kerja Cikma oiii....

Hujung minggu aku di isi dengan kerja-kerja yang perlu di selesaikan...antara yang mencabar minda (eheh..yang lain nye kerja tak mencabar ker Cikma oiii...)..iaitu report MMI yang akan di hantar kepada PPD...

In Shaa Allah akan di kongsi nanti di laman sesawang or kepada laman web vle frog sekolah..masih lagi dalam proses menulis...emmm...tak tahu lah betul ke tidak...fahaman Cikma adalah apa yang Cikma baca dan faham...tak tahulah pihak PPD terima ke tidak...bila buat report tu dah macam buat assingment...serius!!!letak dalam muka buku...semua cakap aku ni tengah futher study...ooooo....tidak2...belum lagi kengkawan...kalau laporan itu di terima dan mendapat pengiktirafan PPD....In Shaa Allah Cikma akan lebih bersemangat dan sambung belajar...

Niat dah ada...tapi bila fikir balik kekangan kewangan dan masa membantutkan niat tu...takut  aku ni jenis hangat-hangat tahi ayam...buat kerja sekerat jalan...nak sambung MA bukan satu perkara main-main...perlu ada fokus dan kekuatan mental dan fizikal...tengok keadaan aku yang ala-ala malas dan ikut mood ni..emmm...tak tahulah boleh ke tidak menghadapi segala masalah atau stress masa belajar...dah lama sangat tak belajar...otak dah karat dah ni...:)

Doa-doakan...mana tahu terbuka hati...:)


CIKMA : Rakan2 sejawat lain sibuk ber'SPS' ...Cikma sibuk keje lain...huhu...Maha Adil Allah tu kan...kerja kita mencari rezeki adalah tanggungjawab kita wahai rakan-rakan...bersyukurlah...:)

Sunday 16 February 2014

Risaunya...


Risaunya seorang ibu,
Tika semakin hampir beliau melahirkan anaknya ke dunia...
Risaunya seorang ibu,
Tika saat anaknya sakit dan merintih
Risaunya seorang ibu,
Tika anaknya pergi ke meninggalkan dirinya apabila menginjak dewasa
Risaunya seorang ibu,
Apabila melihat anaknya bermuram durja
Dan...
Risaunya seorang bapa,
Tika melihat dompetnya semakin menipis
Risaunya seorang bapa,
Tika kurangnya rezeki pada hari ini
Risaunya seorang bapa,
Melihat anaknya berubah sikap
Risaunya seorang bapa,
Apabila anaknya pergi meninggalkannya
Risaunya seorang bapa,
Tika anaknya di ijabkabulkan
Risaunya seorang bapa,
Melihat anak berduka nestapa
Tetapi...
Risaunya seorang GURU,
Apabila segala kerjanya terbengkalai
Apabila buku-buku anak didiknya tidak bertanda
Apabila segala program di sekolah tidak dapat berjalan lancar
Apabila semua akses di talian jalur lebar tidak dapat di hubungkan
Apabila ada yang masuk campur urusan dirinya di sekolah
Apabila ada yang mengadu domba
Apabila ada yang menghasut di sana sini
Apabila ada yang mencabar krediabiliti dirinya sebagai seorang GURU
Emmm...guru....bersabarlah wahai guruku...
Kerana itulah guru..
Selagi bergelar guru..selagi itulah dia akan berkorban
Waktu dan tenaga..
Kerana sesungguhnya...
gelaran guru yang di tauliahkan akan tetap di pegang sehingga nafas yang terakhir.....


CIKMA : Bersabarlah wahai rakan-rakan sejawat di luar sana....huhuhu....

Tuesday 11 February 2014

Tiada Tajuk - Volume 2

Ada ketikanya
Pengorbanan itu tidak di hiraukan
Ada ketikanya
Keikhlasan itu tidak nampak
Ada ketikanya
Berterus terang itu menyakitkan
Ada ketikanya
Keegoan menguasai diri

Jika di sebalik ketika itu yang terjadi
Salahkah mereka memiliki apa yang tidak pada orang lain
Salahkah mereka merasakan diri tidak mampu untuk melakukan
Salahkah mereka menjauhkan diri
Salahkah mereka juga terasa di pinggirkan
Jika semua itu salah...lantas di manakah kebenarannya?

Manusia...
Itulah manusia
Di ciptakan daripada saripati tanah
Di cipta oleh Maha Pencipta
Makhluk paling kompleks
Makhluk paling bijak
Makhluk paling berkuasa di bumi
Namun, manusia juga di cipta punya kelemahan
Kelemahan hati
Kelemahan jiwa
Kelemahan hawa nafsu
Kelemahan mental dan fizikal
Tiada salah bersikap begitu
Kerana kita bukanlah manusia sempurna...




CIKMA : Juga tidak sempurna......:)

Sunday 9 February 2014

SEteLah kaU tiAdA - cAKra Khan

Lagi sekali...meh2 layan my favourite singer dari Seberang ni..okay lepas ni janji dah..stop kejap melayan lagu-lagu Jiwang ekk kengkawan....:)






CIKMA : Tahun 2014 - tahun malas Cikma!!!!Ntah kenapa mood rajin dah takde kat sekolah tu...emm...kena tukar angin ni...

Di pintu Syurga - DayanG NURfaiZAH (OST aRIAna ROse slot AKaSIA TV3)

Giler tuju lagu dah Cikma ni...hehe....melayan hujung minggu lagu daripada Dayang Nurfaizah..ost bagi drama Slot Akasia iaitu ARIANA ROSE...iaitu lagu Di Pintu Syurga...





CIKMA : Tak berapa follow this drama...maybe dah tahu penghujung cerita coz dah baca novel...and yang paling pentingnya...hero cerita ni Cikma tak berapa berkenan...orang lain maybe cakap dia ok dan hensem..tapi aku pikir pulak dia tak berapa menghayati watak dan pertutuan nya dalam Bahasa Melayu sangat control..cuba suruh Keith Foo ngomong Indo...comfirm dia sangat santai dalam menghayati watak..hehe...ni opinian aku ekkk..jangan ngata dan kutuk aku pulak selepas ni...huhuhu...

Friday 7 February 2014

Jodoh Berdua - Hafiz Hamidun

Salam dah sejahtera.......................

Okay2....layan lagi lagu..(ntah bila lah Cikma nak memulakan nukilan baru dalam blog..huhu)...lagu terbaru oleh Hafiz Hamidun...dua tiga kali dengar dalam radio ingat lagu dari seberang...rupanya orang kita ekkk....layan...lagu ala-ala jiwang terlebih sudah untuk orang-orang macam Cikma ni...hehehe






CIKMA : Tak paham kenapa klip video ini di tegur oleh seorang selebriti...emm...maybe pandangan beliau lain..dan pandangan penyanyinya juga lain...pandangan orang lain pun lain jugak kan...pandangan Cikma pulak...okay jer....nice song and nice video clip...:)

Sunday 2 February 2014

sALAhKAH - hAFIZ suIP ft RoSSA - OST Bukan kerana Aku Tak Cinta

Waduh!!! ini kali dengar lagu aja dong!!!...lorr ngomong Indo lah pulak...hehehe...layan...






CIKMA : Tahniah buat Hafiz kerana berjaya melantunkan vokal dan mengeksperisikan lagu "Bahagiamu Deritaku" dengan baik sehingga melayakkan lagu itu di julang sebagai lagu terbaik untuk MUZIK-MUZIK minggu lalu...SYABAS!!..WELL DONE juga kepada penulis lagu dan lirik LY dan BAIDURI kerana menghasilkan lagu yang begitu best!!!!...salute kepada LY yang masih ada masa menghasilkan lagu yang baik meskipun sibuk dengan urusan sebagai pegawai Jemaah Nazir di Kementerian Pelajaran Malaysia.....

Cinta Sesungguhnya - Sabhi Saddi feat. Marsha Milan

Best!!!!...nyaman tok lagu nya..wah!!! madah Sarawak kitak!!!...hehe...layan dehh lagu ni...




CIKMA : Ulang dan terus ulang dengar...huhu

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...