Sunday 24 November 2013

THOR - THE DARK WORLD


Hohohoho...lama naaa nak letak dalam entri, sibukkkk ya amat!!!..orang dah cuti Cikma still lagi datang sekolah..still lagi menyiapkan tugasan yang masih terbengkalai...demand boleh??? cuti lama ni sehingga 23/12/2013 tidak mahu di ganggu oleh sesiapa...ada sesiapa setuju tak???hehe...tuan punya badan haruslah setuju ok!!!

Sempat berentri baru sebelum menyambung kerja...hampir dua minggu lepas berkesempatan menonton filem yang di tunggu-tunggu tahun ni oleh aku..cehcehceh!!!!...THOR : THE DARK WORLD...huhu..peminat setia komik Marvel dan filem-filem superhero terbitan komik ni pasti teruja macam Cikma...

Seminggu di releasekan di Malaysia baru sempat tengok...kiranya takdelah berasak-asak dan beratur panjang beli tiket...santai je tengok...peh!!!seperti biasa Cikma teruja...walaupun hari yang Cikma tengok tu merupakan kali pertama di pertengahan cerita terpaksa keluar dari panggung sebab tak tahan nak membuang!!!huhu...sejuk giler..air-cond yang amat kuat...memang tu kali pertama lah...huhu...terlepas sikit beberapa babak tapi tidak mencacatkan mood Cikma...sentiasa teruja melihat setiap babak tanpa mengerdipkan mata...hehe

Well Cikma bagi 4/5 bintang...banyak persoalan...lebih-lebih lagi babak terakhir..LOKI tak mati ok...emm..memang adalah nya continue cerita ni...Chris Hemsworth aka THOR tetap maintain macho dan Natilie Portman aka JANE FOSTER sangat jelita...memang best arr cerita ni...puas rasa tengok...


2 filem ni jer yang baru Cikma tengok sepanjang tahun 2013...best tak???haha..Cikma bukan kaki tengok wayang...tapi Cikma pasti akan tonton jika filem itu membuatkan Cikma terlopong mulut dan terbeliak bijik mata semasa menonton...hehe...

CIKMA : Macam nak tengok THE HUNGER GAMES : CATCHING FIRE...emm..tapi sebab tak tengok yang first film nya..tu yang rasa excited tu kurang...emm...(dalam hati sedang berkira-kira nak tengok jugak!!!hehe)...cuti ni Cikma...apa lagi...layan wayang lah wei!!!!....

Saturday 16 November 2013

Selamat Bercuti Panjang...


Happy holidays uolls...murid-murid sekolah pasti teruja sebab cuti sekolah..lama pulak tu..hehe...memang seronok..

Cikgu-cikgu macam Cikma ni juga akan dapat bercuti..akan???bukan dah ke??hehe...biasanya kami akan tunggu seminggu dulu di sekolah..untuk menyelesaikan tugasan yang masih belum selesai...selepas itu baru boleh bercuti..dan seminggu sebelum cuti sekolah kami akan masuk sekolah semula untuk melakukan kerja bagi tahun baharu...hehe...itulah rutin cikgu...tak boleh nak cuti lelama....:)

Anyway tiada perancangan melancong...tapi MAK dah dok tanya nak pergi mana cuti lama ni..emmm...tak tahu nak ajak MAK ke mana...Cikma memang tahu MAK teringin sangat nak berjalan...emm..takpe MAK..kita nak cuti ni tak boleh nak rancang sangat...kalau merancang selalunya tak pergi pun..tengok keadaan...ada masa ada rezeki kita pergi jenjalan ye MAK...hehe

CIKMA : Kumpul duit....:)

Friday 8 November 2013

uNTUK MereKA...



Rasanya tahun ni jamuan kelas adalah sangat meriah..sejak Cikma posting ke SK Pandan Indah...emm..kenapa ekk???hehe

Rata-rata bebudak Cikma sporting dan willing bawa makanan, (terima kasih kepada parents mereka) di tambah dengan Cikma sejak awal tahun kumpul duit, tambahlah juga makanannya, dan kerana itu dapatlah aku menjemput rakan-rakan sejawat tahun 4...kebetulan ada satu kelas lain yang buat jamuan..alih-alih makanan banyak dan budak-budak itu berikan kepada rakan-rakan kelas yang lain...baik sungguh depa!!!

Apa-apa pun..kenangan dengan budak-budak ini antara yang terindah...mereka dah tahu perangai dan sikap cikgu kelasnya dan cikgu kelas mereka juga sudah tahu perangai dan sikap murid-murid sendiri..hopefully, mereka boleh jaga diri tahun depan walaupun Cikma dah tak mengajar mereka...:)

CIKMA : Semoga sukses semua....:)

Wednesday 6 November 2013

KAu nak KURus???...EntaAHLAh


Agak-agak..kenapa Cikma upload gambar di atas...cuba teka???cuba agak??cuba cari jawapan nye ekk???

Sudah menjadi lumrah wanita se'besar' Cikma nak sekecil wanita di atas..copp!!!kalau boleh ok...kalau boleh..tapi kalau aku idaklah nak macam gitu...kurus kering sangat...

Mengalami obesiti tahap 4 (setelah di tambah tolak bahagi bagai)...seram tak dengar..obes ekk..bukan lebih berat badan..OBES!!!dan kerana itu Cikma perlu membentuk jati diri sekuat pahlawan Ali Cafe (ada kaitan ke dengan Fahrin Ahmad ni...haha) untuk menjana fizikal dan mental Cikma menghadapi segala kemungkinan dan ketaksuban sendiri untuk mengurangkan defisit timbang tara berat badan Cikma...

Bukan apa (walaupun dah banyak di uplaod segala macam senaman..tetapi tak mula satu pun) Cikma macam masih belum bersedia untuk memulakan fasa 2 minggu yang agak ketat..sorry untuk diri sendiri..bermacam supplement makanan di ambil, dari pil ke susu..satu hapah tak dapat mengurangkan nafsu makan yang mencanak-canak setiap hari...huhu...sangat tidak suka, tetapi suka bila dah menyuap makanan di mulut..di akui tiada kekuatan diri nak memulakan kerana takut mengalah di pertengahan jalan...

Jadi, conclusionnyer Cikma..kau nak kurus atau tidak???sendiri punya badan..sendiri punya pasal...fikirkan sudah memasuki 3 series ni ekk..macam2 penyakit boleh timbul...kau bukan tak tahu ok...sekeliling kau dah nampak dengan bukti jelas lagi...obesiti adalah simptom (sesuai ke pakai perkataan simptom ni..hehe) yang mengundang pelbagai penyakit maut...kau tu dah le ada segala macam keturunan penyakit dalam badan...so, fikir-fikirkan lah Cikma...YAKIN BOLEH!!!MESTI BOLEH!!!HARUS BOLEH!!!

CIKMA : Ada tips mengurangkan makanan manis or nafsu makan tak???tolong2 kalau de yang nak share...hehe...

Tuesday 5 November 2013

Maal Hijrah 1435 H


1435 H...selamat menyambut tahun baru dalam kalender Islam...semoga kita menjadi yang lebih baik, lebih maju dan lebih mengingati ALLAH SWT....

CIKMA : Perubahan yang baik untuk menjadi insan yang lebih baik..

Sunday 3 November 2013

aDA IDea taK???

Lari dari entri sebelum ni...makan jer kerja nya kan..so, kita tulis entri lain pulak...hehe

Cerita mengenai idea..ataupun cadangan..pernah tak terfikir dalam kepala otak kita ni macam-macam idea nak di terjemahkan, tetapi lepas tu, tak jadi..ada tu idea 1 jer..tapi bila di terjemahkan..woh!!!fantastic...

Itu yang selalu terjadi dalam diri manusia...idea atau cadangan yang ada ketikanya membawa kita ke sesuatu perkara atau tujuan yang penting dalam hidup....idea bernas selalu datang daripada pemikir yang hebat..idea kurang bijak selalunya datang daripada orang yang hanya melihat perkara itu dalam kesan masa pendek...maksudnya idea yang hanya nak melepaskan diri...

Idea wujud bila otak kita berfikir untuk mencari jalan penyelesaian, apabila kita mahu mencari sesuatu perubahan yang baharu dalam hidup..kadang-kadang idea dapat tanpa di rancang, dan ada ketika macam mana di rancang dalam pemikiran tapi akhirnya tidak terjemah idea itu secara fizikal...dan kerana itu idea yang kita nak berikan pada orang lain mendapat bantahan dan kritikan..tetapi kerana idea itulah manusia dapat menimbal baik dan buruk sesuatu keputusan..betul tak???

Kerana itu...kita ni harus bersyukur di lahirkan sebagai manusia..punya pemikiran serta sentiasa berfikir untuk mencari yang terbaik dalam hidup kita..namun setiap idea itu haruslah terarah kepada positif..bukan yang negatif...dengan harapan idea yang di cadangkan itu membawa manfaat kepada manusia khususnya...:)


CIKMA : Idea banyak dalam otak..tetapi hanya ciput jer yang boleh di terjemah secara realiti..hehe..takpe..sebab kita sentiasa berfikir kan...teruskan Cikma dengan idea anda itu...chaiyok2...:)

Friday 1 November 2013

nOn BaKeD MaRIe CoFFEE cHeEse caKE


Merupakan peminat tegar cheese kek!!!wallawey dah tak pandang kek lain kalau cheese kek ni di hidang di atas meja..tulah pasal badan ni tak pernahnya susut..mengembang jer...hehe..

Resepi ni sangatlah lamaaaaaa..why lama??sebab Cikma buat kek ni masa Aidilfitri yang lalu...lama kan??? seperti biasa Cikma terlalu sibuk dengan kerja-kerja lain..bukanlah hari ni tak sibuk...tapi adalah masa nak mengupdate blog..

Resepi asal cuma Cikma ambil based aje..tak silap dari blog Kak Nor @ Secubit Garam thanks again kak sebab kongsi resepi...muah...muah

Dan seperti biasa Cikma sangat derhaka kepada resepi asal...membega untuk kelihatan seperti apa yang di suka..emm..janji sedap dan dapat di makan!!!

Cheese cake ni non-baked ye..maksudnya kita sejukkan dalam peti ais..dalam 4-5 jam...pastu dah boleh ngap!!!..tak terrer lagi nak buat yang bakar..pernah buat...duluuuuu kala...tapi tak menjadi sangat...mungkin kena cari resepi yang lain kot!!!...ok2...cuti ni kita try test ekk (abis tu bila ko nak diet Cikma????)...haha...

Meh layan resepi....

Bahan-bahan :

200 gm biskut marie (Cikma pakai biskut tiger perisa coklat)
120 gm butter ( di cairkan )

- pecahkan biskut (blandkan jer) dan masukkan butter yang telah di cairkan. Gaul rata dan kemudian tekankan hingga padat pada bekas loyang sebagai based cake. Masukkan dalam peti ais lebih kurang 1/2 jam. Bekas loyang tu kalau boleh lapikkan dengan kertas minyak..(Cikma belasah pakai kertas A4 jer...hehe)

Bahan-bahan cheese :

30 gm gelatin (Cikma pakai 1 paket gelatin halagel - 20 gm (tak silap lah) )
200 ml air panas (Cikma guna 11/2 cawan)

- Masukkan serbuk gelatin dalam air panas. Kacau hingga sebati. Ketepikan. TAPI..jangan sampai sejuk lah ekk..nanti rosak pulak..dah tak boleh masuk dalam cheese cake..ala-ala suam tu ok...

500 gm cream cheese
250 gm gula castor
200 ml whipping cream
200 ml plain yogart (Cikma takde benda ni time buat tu, so Cikma double kan whipping cream ke 400 ml)
Beberapa keping biskut marie (guna perisa coffee)
2 sudu kecil coffee emulco (nak lebih rasa coffee tambah aje ye)

1) Pukul cream cheese, gula castor dan whipping cream hingga hancur gula dan kembang
2) Bahagikan adunan kepada dua.
3) Adunan pertama tu masukkan gelatin (agak-agak dalam separuh ye gelatin tu). Kacau rata.
4) Tuangkan dalam based cake yang kita buat tadi.
5) Letakkan dan susun biskut marie atas adunan.
6) Sejukkan terlebih dahulu. (Cikma masuk dalam freezer. Cepat sikit. Dalam 15 minit dah sejuk).
7) Sementara tunggu adunan keras sikit. Bancuh bahagian adunan yang lain dengan masukkan coffe emulco dan juga lebihan gelatin.
8) Pukul dan kacau rata adunan tersebut.
9) Selepas tu, baru tuangkan atas adunan cheese yang telah di sejukkan tadi. Sejukkan kek dalam 4-5 jam sebelum di makan. SELAMAT MENCUBA.

* Cikma hias sikit dengan coklat rice....Sangat sedap makan dengan fruits...tak percaya...percayalah!!!hehe


 CIKMA : Rasa nak buat cheese tart...huhu..orang lain dah expert buat...kita baru nak start...malu2...:)

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...