IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Selasa, 29 Oktober 2013

BISkut MArie laPIS cHeeSE

Salam dan sejahtera....

Resepi seterusnya...haha..ok..ni punya resepi...lama dulu dah buat..baru sekarang masuk dalam entri..serius tau!!tak ingat bila buat..yang pasti Cikma buat masa makan-makan dengan rakan sejawat di sekolah...

Biskut Marie Lapis Cheese.. macam kita buat kek batik marie...cuma tak pakai serbuk koko..hanya cream cheese jer...senang gitu...budak-budak boleh buat..

Cikma share ekk resepinya..thanks Kak Hana yang share di blog....kami share plak kat sini yeee....


Bahan-bahan :

500 gm cream cheese
1 tin susu pekat (Cikma guna 3/4 tin)
1 sudu besar jus lemon (depends nak masuk ke tak)
1 @ lebih paket biskut marie (apa-apa flavour)
1 cawan susu segar (di panaskan sekejap)
nestum/serbuk koko/serbuk milo

Cara-cara :

1) Dengan suhu bilik, pukul cream cheese dan susu pekat serta jus lemon. Pukul sebati.
2) Dalam bekas...susun biskut marie yang telah di celup sebentar dengan susu segar suam tadi.
3) Masukkan pula adunan cream cheese di atas biskut.
4) Ulang cara 2 dan 3 hingga adunan habis.
5) Hiaskan di atas permukaan lapisan dengan nestum/serbuk koko/serbuk milo
6) Sejukkan di dalam peti ais baru bleh makan ye...SELAMAT MENCUBA..:)

P/S : Cikma lapis juga dengan serbuk milo dan nestum antara biskut dan cream cheese..nak rasa lebih sedap..memang sedaplah..wa cakap lu....hehe




CIKMA : Ada lagi ni..hehe..tunggu esok pulak...:)

Ahad, 27 Oktober 2013

Puding HORLICKS

Lama naa nak buat dessert ni..dekat setahun simpan resepi..yang pasti Cikma ambil dari MYRESEPI..terima kasih yang kongsi resepi..sedap sangat..rasa macam nak buat lagi..Cuma first trial kan..manis sikit..kena kurangkan sikit susu pekat or gula..bak kata PAK MENTERI..kurangkan gula..sebab ramai sangat orang Malaysia ni sakit sebab gula..hehe..yolah kan..gula pun dah nak harga..sebab subsidi gula dah di tarik balik sepenuhnya oleh gomen...secara automatiknya segala keperluan yang memerlukan gula akan naik harga..tak percaya???percayalah wahai kengkawan....hehe..



Cikma share resepi nya kat sini ekk...

Bahan-bahan :

1 bungkus agar-agar (dalam 32 gm)
1 tin susu cair
1 tin susu pekat (Cikma pakai 3/4 tin jer)
1 cawan serbuk horlicks
4 biji telur (2 biji jer pakai)
1 cawan gula
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
Air

Cara-cara :

1) Masak agar-agar dengan air biar hancur. Kemudian masukkan gula
2) Sementar tunggu hancur agar-agar, dalam bekas lain pukul telur hingga kembang
3) Masukkan susu cair dan susu pekat ke dalam telur tadi. Kacau sebati dan ketepikan.
4) Masukkan tepung kastard dan esen vanilla ke dalam agar-agar. Kacau sebati.
5) Masukkan adunan telur dan susu dalam agar-agar. Pastikan tepung kastard tadi jangan berketul.
6) Lastly masukkan serbuk horlicks ke dalam adunan agar-agar. Masakkan hingga mendidih sedikit.
7) Tuang dalam bekas, sejukkan dahulu sebelum masuk ke dalam peti ais. SELAMAT MENCUBA.

P/S : Cikma pulak kalau buat, masukkan bahan2 di atas dan Cikma kacau dan pukul sekali. Macam serbuk horlick tu...kalau tak kacau elok memang akan berketul. So, Cikma masukkan serbuk horlick bersama adunan telur tu dan kacau bersama. Jadi nampak cantik lah agar-agar tu...smooth jer...:)


CIKMA : Makan...makan...makan..adehh!!!

Khamis, 24 Oktober 2013

kEk cOKLat MoIST kukUS

Entri makan lagi..seperti biasa dahhhhhh lama buat..rasanya dekat 4,5 kali dah try...memang sedap dan lembut jer...yang terkini buat time Aidiladha lalu...

Ambil resepi ni dalam blog  KAK NOR @ Secubit garam..Ma kasih kak...mintak izin share resepi..tapi seperti biasa Cikma ni sangat derhaka kepada resepi asal..huhu..nak senang punya pasal...tapi menjadi lah jugak..kekeke...

Yang best...ganache sungguh lah Cikma suka...kek ni tak berapa manis sangat..sesuai lah manisnye...sebab ganachenya dah manis kan..so, memang kena lah dengan kek..


Bahan-bahan :

100 gm serbuk koko *
1 tin susu cair*
200 gm minyak sayuran/minyak masak* (Cikma pakai 1 cawan)
250 gm susu pekat* (Cikma pakai 3/4 tin)
250 gm gula* (Cikma blandkan dulu - guna 210gm jer)
4 biji telur (di pukul kembang)
150 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonat

Cara-cara :

1) Bahan bertanda * di masak di atas api yangt kecil hingga sebati dan gula hancur. Jangan sampai menggelegak okay...sejukkan sebentar
2) Ayak tepung gandum dengan baking powder dan soda bicarbonat
3) Dah sejuk sikit bahan yang kita masak tadi boleh lah masukkan tepung di ayak berselang seli dengan telur yang dah di pukul kembang.
4) Masukkan dalam bekas (Cikma sapu dulu butter dan tepung  dekat dalam loyang supaya kek senang nak di keluarkan
5) Kukus adunan selama satu jam. Api sederhana ye..

Untuk ganache :

150 gm coklat masakan
200 ml whipping cream

- Double boilkan atas api. Kacau hingga sebati...boleh di hiaskan atas kek...SELAMAT MENCUBA

P/S : Cikma panaskan dulu kukus tu atas api. Jadi senang jer lepas dah siap terus masuk dalam kukusan..tak payah lagi nak tunggu air tu panas mendidih...
And then, kalau rajin..belah kek tu dua bahagian. Lapiskan dengan ganache tu..memang lagi moist lah kek...sebab ganache ni banyak..kalau tak nak, simpan lebihan ganache kat peti sejuk. Boleh nanti buat untuk kek yang lain..:)


CIKMA : Resepi lain akan menyusul..hehe

Ahad, 20 Oktober 2013

TirAMiSu bISCotti

Yaaaa....lama kan tak masuk resepi dalam blog...ok..terus terang Cikma jarang ke dapur sejak dua menjak ni..so Cikma masak ni time ada masa jer..tu pun dah di simpan lama..baru nak letak....:) dasar orang buat-buat sibuk kata kan...hehe

Tiramisu..peh!!!dah banyak kali buatnya..permintaan kawan dan diri sendiri..resepi tetap sama..cuma Cikma lapis dengan biskut marie...dan kalau ikut resepi asal hanya 200 ml jer pakai whipping cream..tapi yang ni tambah 50 ml lagi...but still meletop u'lls...so, Cikma kongsi lah juga resepinyer ekkk...



Bahan-bahan :

Biskut marie (sedap kalau buat perisa kopi) / biskut tiger (perisa coklat)
250 ml whipping cream UHT
250 gm cream cheese
1/2 cawan gula
1 sudu makan serbuk nescafe di bancuh dengan satu cawan air panas
serbuk koko

Cara-cara :

1) Pukul hingga sebati whipping cream, gula dan cream cheese
2) Rendam sebentar biskut ke dalam air nescafe tadi (sekejap je tau)
3) Susun dalam bekas (Cikma guna 2 lapisan biskut)
4) Letakkan pula adunan yang di pukul tadi di atas biskut
5) Tapiskan sedikit serbuk koko
6) Ulang langkah 3,4 dan 5 hingga adunan habis
7) Lastly, masukkan dalam peti ais. Sejukkan dalam tempoh 4-5 jam
8) Kalau nak makan, baru tapiskan serbuk koko di atas tiramisu. Hiaskan dengan coklat chip atau buah-bahan. Selamat mencuba...



CIKMA : Memang suka makan dessert!!!adoaii macam mana nak kurus kalo gitu..:(

Sabtu, 19 Oktober 2013

Sukan Sekolah SKPI 2013

Cerita hampir 2 minggu sudah..huhu...tak sempat nokk nak letak..

Sukan tahunan SK Pandan Indah bagi sesi 2013 telah berlangsung dengan jayanya...yang pasti format pertandingan tahun ini sangat lah berbeza dari tahun sebelumnya..why??? di sebabkan padang sekolah yang masih lagi tidak boleh di gunakan...gara-gara awal tahun ini punya event...(tak yah citer arr)...

Format acara lebih kepada sukaneka..iaitu pertandingan ala-ala permainan budak-budak tahap 1 (ekk!!!)..so takdelah latih budak sungguh-sungguh sangat..just for fun..nama nya pun sukaneka..

Menggabungkan acara pra sekolah, tahap 1 dan rumah sukan dalam masa sehari..kalau sebelum ni kami asingkan hari..tapi kali ni hadap semua sekaligus...dan yang best acara selesai sangatlah awal..lebih kurang pukul 2 petang..(sebelum ni pukul 3 petang tak abis lagi)...

Masih ada lagi pertandingan khemah tercantik dan perbarisan rumah sukan terbaik..dan Alhamdulillah Rumah Panglima mengekalkan kejuaraan 2 tahun berturut-turut johan perbarisan rumah sukan. Khemah tercantik tempat ke-2 juga dua tahun berturut-turut..kalah dengan rumah sukan yang sama (Rumah Temenggung)..

Apa-apa pun Cikma happy sebab dapat menyudahkan tugasan sebagai Master of Ceremony dengan jayanya (ye ke???)...walaupun time tu berdepan dengan batuk dan selesema...:)




CIKMA : Yang terakhir ker....???? Emm..

Jumaat, 18 Oktober 2013

Aidiladha Yang Lalu

Salam dan sejahtera...lamanya tak menjengan blog yang bersawang...huhu..sibuk membuat kerja lain di tambah sibuk di sekolah..ada jugak singgah, tapi bila nak mengupdate...tetiba tiada mood...sign out balik...macam tu lah selalunya..harap lepas ni Cikma dah tak 'malas' nak berblog...

Aidiladha yang lalu, walaupun sehari jer dapat beraya, tapi seronok sebab dapat jugak jumpa dua budak comel aka my niece...NANI dan INDAH..wah!!! lama giler tak jumpa 2 orang budak ni..dekat sebulan setengah tak balik ke Diamond Bay since Merdeka Day yang lalu..

Tapi, dua-dua budak ni tak berapa sihat..dua-duanya sedang batuk..emm..memang kesian..selalu sangat tak sihatnya..kejap jer baik especially INDAH..badan dah kecik jer tengok..NANI pun susut gak badan..sian anak Mak Ngah....:(

Apa pun Cikma bersyukur...mereka masih berada di depan mata Cikma...apa yang berlaku beberapa bulan lalu cukup memberikan satu kenangan yang tak mungkin di lupakan..peristiwa itu masih segar dalam ingatan..belum cukup kuat mahu share apa yang berlaku di sini..nantilah jika sudah bersedia...:)




CIKMA : Tak cukup sehari raya...huhu....

Rabu, 9 Oktober 2013

32


Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi...sudah 32 tahun bernafas di muka bumi...syukur yang teramat...masih di panjangkan umur untuk tempoh setahun lagi

Alhamdulillah...Cikma gembira dengan apa yang Cikma ada sekarang..walaupun kadang-kadang mengeluh..huhu...itu biasa...kita hanya manusia..tak pernah puas dan sentiasa rasa tak cukup...tapi kita kena berbalik pada takdir yang telah di cipta oleh Allah SWT untuk kita...namun sebagai hambanya kita boleh mengubah takdir itu jika kita sendiri mahu berusaha untuk mengubahnya..

Tiada apa yang Cikma pinta...bersyukur dengan apa yang ada...ada keluarga yang cukup sempurna, ada ilmu dan pekerjaan yang mulia, ada rezeki yang tidak pernah putus dan ada rakan-rakan serta saudara mara yang sentiasa di sisi..Cikma berharap di berikan kesihatan yang baik dan di panjangkan umur serta sentiasa di murahkan rezeki selalu..dan paling utama...doa yang sentiasa tidak pernah putus (In Shaa Allah)..agar di percepatkan jodoh Cikma hendaknya...memiliki keluarga sendiri...In Shaa Allah..

CIKMA : Mahu sentiasa sabar dan tabah dalam menempuh ranjau kehidupan di muka bumi ini...dan bersangka baik dengan semua orang...:)

Isnin, 7 Oktober 2013

TETAP MENANTIMU - OST SLOT AKASIA TV3 Love You Mr Arrogant

Dah tengok..kompem semua tengah tengok kan..drama yang sedang hangat sekarang di TV3 slot akasia Love You Mr Arrogant. Adaptasi daripada novel...well dah jadi macam satu trademark cerita pulak..semua nak adaptasi novel..emm skrip takde ke ye..atau kerana permintaan penonton yang sedang angau membaca novel macam Cikma..hehe

Tapi memang kadang-kadang tu trend semasa penerbit memang kena ikut...pembaca novel kat Malaysia ni ramai tau..dan iannya bertambah sehari ke sehari..so, penerbit drama memang dapat merasakan rating drama mereka akan meningkat kerana pembaca novel akan ikut lihat drama adaptasi ni

Layankan ini..lagu tema Love You Mr Arrogant..Serius Cikma tak pernah baca novel ni..sebab ada kawan beritahu novel ni biasa-biasa jer..so, Cikma just nak tengok drama dan it's not bad..maybe drama lebih best daripada novel..rasanyalah...so..enjoy friends..










CIKMA : Suka tengok lakonan heroin cerita ni..pelakon baru tapi boleh tahan lakonannya..selamba dan tak kaku..first episod tengok dia berlakon Cikma dah meleleh air mata..hehe

Sabtu, 5 Oktober 2013

Kursus KSSR Pend. Seni Visual Tahun 4 2014

Cikgu-cikgu sekarang terutamanya cikgu tahun 4 sibuk dengan kursus KSSR sana sani. Kalau ikutkan satu Malaysia lah..dok berkejar ke sana sini menghabiskan kursus mengikut opsyen ni.

KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) yang telah di mulakan sejak tahun 2011 lagi. Dah nak masuk tahun ke-4. Ada pro dan kontra nya kurikulum baru ni. Baik untuk guru dan juga murid. Apa yang pasti bertambahnya kerja guru itu adalah satu perkara biasa. Kerja yang tak pernah habis. Tapi, itulah hakikat. Mana ada kerja yang senang. Kalau nak senang duduk jer rumah. Ye tak???

Cikma berkesempatan menghadiri kursus KSSR Pendidikan Seni Visual Tahun 4 di SK Taman Puteri minggu lalu. Pertama kali ke sekolah tu, dan pertama kali juga mendengar nama sekolah. Seperti biasa kalau dah tak familiar Cikma terpaksa meng'google' di dalam maps nak tengok sekolah tu. Lepas goggle pun masih tak faham lagi nak ke sana. Minta tolong rakan sejawat, nasib ada yang tahu. Lukis lah pelan ke sana. Dah lukis pelan pergilah mencari sekolah tu...emm tak lah sesat pun..hehe...saja mengada lebih Cikma..tu pun cari sekolah ada co-pilot kat sebelah untuk tengok pelan. Memang lah kan Cikma...lain kali pergilah berjalan..takdelah jakun sangat nak pergi tempat lain..ni balik2 Pandan Indah - Sekolah...hehe..nak pergi Mid Valley pun tergagau-gagau mencari jalan..choii sangat!!!

Ok2...abaikan kisah Cikma yang sengal ni..cuma di sini Cikma nak kongsi sikit apa yang kami buat sepanjang kursus selama 4 hari. Di bahagikan kepada 18 kumpulan untuk 18 tajuk yang perlu kami buat sebagai Rancangan Tahunan. Bila dah di berikan kumpulan..of coz ada bengkel dan pembentangan. Cikma walaupun opsyen Seni..tapi seperti biasa semua benda macam ingat-ingat lupa. Tahun ni pulak tak ajar Pend. Seni, so memang lupa terus lah istilah-istilah seni...

Apa-apa pun thanks lah pada kawan2 yang banyak tolong, actually malas nak kata kita tahu, karang kalau kita tahu banyak...kita ajelah yang kena buat..kan..hehe...so, layankan sikit gambar semasa di sana..






CIKMA : Nasib jugak dapat kawan2 group yang sporting morting gitu...dan nasib gak dapat kawan yang jadi JU untuk kursus ni..senang sikit lah nak mintak maklumat dan bahan..thanks a lot..

Khamis, 3 Oktober 2013

Program Jaringan dan Silang Budaya SKPI - SK PEDU 2013

Alhamdulillah..sebenarnya program ni yang membuatkan Cikma macam ala-ala tidur tak lena..mandi tak basah..makan tak lalu..tapi bila program ni berjalan dengan baik dan telah pun selesai..Cikma bersyukur sangat..sekurang-kurangya habis satu kerja yang di anggap mencabar lah jugak..

Walaupun merangkap setiausaha..tapi banyak yang Cikma kena settle...bertegang urat dengan ketua program, di tambah dengan kerja-kerja lain di sekolah dan macam-macam lagi lah membuatkan Cikma sedikit stress...Cikma pun nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sejawat yang banyak membantu sepanjang program dan sebelum program berlangsung..

Satu ilmu baru sebenarnya Cikma dapat dalam program ni..sekurang-kurangnya dapat mengetahui selok belok bagaimana membuat satu lawatan yang membabitkan murid-murid..bermula daripada kertas kerja hinggalah kepada hari kemuncaknya..pengalaman yang mungkin akan di gunakan di sekolah lain..:)

Program Jaringan dan Silang Budaya ni merupakan julang kali nya sekolah Cikma lakukan..program bersama SK PEDU, KEDAH..kenapa PEDU???sebab ketua program nya orang sana (hehe)...program di mana murid-murid sekolah CIKMA (SK Pandan Indah) akan di jadikan anak angkat kepada sebahagian orang-orang kampung di sekitar kawasan kampung di PEDU, kiranya SK PEDU menjadi tuan rumah dalam program ni

Antara objektif program ni adalah untuk mendekatkan murid-murid mengenai suasana dan kegiatan orang-orang kampung di sekitar PEDU. Selain itu merapatkan ukhwah antara rakan-rakan baru di sana....banyak aktiviti yang di jalankan, antaranya melawat ke kilang beras, pergi ke kolam memancing, melihat kawasan penanaman padi, ke Muzium Padi, Kedah dan melawat Pekan Rabu..

Walaupun penat, rata-rata murid-murid beritahu Cikma mereka suka sangat menyertai lawatan ini...terutama mak ayah angkat diorang yang layan mereka dengan baik..siap bagi hadiah dan wang lagi...dan ramai juga mak ayah angkat ni beritahu Cikma yang mereka tak puas melayan anak-anak angkat..sebab program ni terlalu singkat di tambah dengan jadual program yang padat...budak-budak tu pun hanya semalaman jer kat rumah mak ayah angkat mereka..emm..takpelah..lain kali kita buat lama sikit naaa...

Apa-apa pun..Cikma lega program ni berjalan dengan baik..walaupun ada beberapa kelemahan..tapi bagi aku program ni berjaya dan mencapai matlamat..Di sini juga Cikma nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan sejawat yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ni...segala kelemahan itu datang nya daripada Cikma sendiri dan yang baik itu daripada ALLAH SWT..rasanya rakan-rakan sejawat pun enjoy dan happening berada di PEDU kan!!!sambil menyelam minum air..sambil jaga bebudak kita bercuti kan...hehe..anyway..terima kasih sekali lagi....

Layan kan sikit gambar-gambar yang sempat di snap...

Nama program : Program Jaringan dan Silang Budaya
Tarikh              : 13,14 dan 15 September 2013
Tempat            : SK PEDU, KEDAH
Anjuran           : PIBG SK PANDAN INDAH dan PIBG SK PEDU









CIKMA : Kenangan yang tak boleh di lupa di sana...makan..makan...makan..hehe..suka sangat makanan kampung atau masakan utara..memang membuka selera betul...lepas tu pergi mana-mana asyik makan jer kerjanya...serius!!!dah tak kisah diet pun...rezeki kan...orang dah bagi...takkan tolak pulak..hehe..that's why Cikma fall in luv dengan orang-orang kampung kat sana....:)..selain tu, kami cikgu-cikgu pun terharu dengan sambutan yang di berikan oleh SK Pedu..memang sangat terharu rasanya..kami tak sangka di sambut sebegitu hebat...Terima Kasih di ucapkan kepada semua guru SK PEDU!!!semoga kita bersua kembali...:)

Selasa, 1 Oktober 2013

October...Again


it's October again..yaaa...kejapnya masa berlalu..dah 10 bulan untuk tahun 2013 ni...pejam celik dah nak hujung tahun..seperti biasa..pengakhiran bulan-bulan di hujung 2013 ni lah banyak aktiviti yang di jalankan di sekolah..

First...SKPI akan mengadakan Hari Sukan pada Ahad ni..emm..bulan lepas...aktiviti penuh jugak..bermula dengan Rombongan Cik Kiah ke Pedu, Kedah (ni nanti Cikma cerita) dan minggu lepas Perkhemahan Perdana Unit Beruniform di Janda Baik, Pahang (ni Cikma tak boleh nak cerita sebab tak pergi..hehe)...

Lepas habis sukan...murid-murid perlu beri perhatian kepada Peperiksaan Akhir Tahun..penentuan kedudukan kelas bagi tahun hadapan..emm...Cikma tak nak cakap banyak..apa yang dah Cikma sampaikan kepada anak-anak didik...itulah yang mereka dapat dan harapan agar gunakan segala ilmu yang di berikan sebaik mungkin semasa exam

After exam..pelbagai aktiviti yang padat akan berlaku di sekolah sehinggalah penutup persekolahan..huhu..banyak wooo program...memang cikgu-cikgu akan sibuklah nanti..takpe2..nak cuti panjang kan..kenalah buat kerja lebih...dah nama pun kerja kan...mana pernah habis...hehe...buat sehabis baik ekk kengkawan....:)

CIKMA : Seperti biasa...bulan Oktober adalah bulan yang di nanti-nantikan oleh saya....hehe

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails