Sunday 28 April 2013

Iron Man 3

Salam dah sejahtera...hari yang penat tapi sangat berbaloi-baloi...1st sebab dapat  pegi ke PESTA BUKU ANTARABANGA KUALA LUMPUR yang dah 3 tahun tak  menjengah  dan lasty dapat tengok filem IRON MAN 3....




Cikma citer dulu tentang IRON MAN 3 ekk..kalau ikut rancangan asal harini hanya nak pergi PESTA BUKU..tapi bila tengok masa banyak loagi ditambah aku dan adik-adik gamble jer pergi cari tiket wayang di VIVA , CHERAS..so kami pun tengoklah cerita ni..

Nasib kami baik coz ada tiket but kami tengok yang biasa takde 3D...tak tahu pasal apa..yang penting sangat enjoy walaupun masa tu penat menapak kat PESTA BUKU  belum hilang lagi

Not bad ler kisah kesinambungan selepas si STARK  ni lepas perang ngan alien @ filem THE AVENGERS..kira dia dah bosan jadi super hero..so dia macam nak retire..tapi macam biasalah ada jer musuh yang menanti dia..

PART best mestilah time lawan2....babak masa rumah dia musnah tu memang best giler di tambah babak2 lawak yang tidak di jangka membuatkan Cikma rasa macam pecah perut tahan gelak..

Anyway..aku bagi 3/5 bintang jer ..it's biasa2 jer nokk ..cuma last part si STARK ni macam dah buang dan musnahkan semua robot termasuk kuasa yang dia guna (kat jantung tu) pun dah di keluarkan..tak tahulah kalau lepas ni ada kesinambungan atau tidak..sama2 kita tunggu...

CIKMA : Tunggu filem THOR 2 plak..hehe

Saturday 27 April 2013

Konsep apa lagi..

Semalam yang stress!!!haish...rasa jantung macam nak tercabut keluar..sesak nafas sekejap..tak pernah rasa sangat stress, sebab tahan marah yang amat sangat..

Bukan sebab stress kerja u'lls...kerja takde kaitan pun..kerja sebagai guru memang tak pernah habis..di tambah dengan sana sini orang duk sibuk cakap tu cakap ni..well...sekarang bukan masa nak dengar cakap orang...yang penting kerja kita settle..kalau nak dengar cakap dan pendapat orang..walhal takde pun boleh menyelesaikan kerja tu..baik tak payah..biar kita yang settle sendiri lagi senang kan..ni stress sebab apa yang budak-budak Cikma buat... rasa apa yang aku buat selama ni untuk dorang umpama angin lalu jer..huhu

Sedih dan kecewa..sampai Cikma boleh menitik sekejap air mata ni di sebabkan sikap anak-anak didik sekarang..entahlah..Cikma sendiri tak tahu konsep pengajaran dan pembelajaran macam mana yang boleh ubah mereka menjadi insan yang cemerlang..duniawi dan ukhrawi...bukan tiada peningkatan..tapi sangatlah sikit..kalau minggu ni kita marah bagai nak rak..esok comfirm jadi budak baik..siap semua bagai kerja sekolah..next week bila kita cool balik...dorang buat lagi perangai yang lama..tak siap lah..lupa bawak buku lah..macam-macam alasan...

Dah macam-macam cara..perangai masih macam tu jugak..bila tanya diam..senyap..tak nak beritahu apa yang berlaku..memang geram..ada pulak tu menjawab balik..memang kita nak tahu apa alasan..tapi bila intonasi jawab macam kita ni kawan-kawan dia..Ya Allah...rasa menyirap jer darah ni..memang buat sakit hati..buat muka takde rasa bersalah...memang sangat stress..

Nak salahkan diri sendiri..entahlah..didik lah macam mana pun..tapi terasa macam di khianati balik..yup..memang di akui mereka masih kecil..tidak tahu susah payah nya kita nak didik mereka..yang dorang tahu pergi sekolah belajar biasa-biasa..main luar biasa...kita marah anggap kita SINGA...tapi bila kita berlembut..dia pijak kepala pulak..aduhai..sedih sangat..sampai tertanya-tanya pada diri aku..tak berkat ker ilmu yang aku bagi pada dorang sampai mereka buat macam ni..atau kita ni yang tak reti nak mengajar mereka ker...entahlah..

Mungkin jugak Cikma terlalu mengharap pada mereka..yup..terlalu high expectations..Cikma memang target tahun ni mereka akan dapat sekurang-kurang nya B untuk subjek Bahasa Malaysia pada akhir tahun..that means..dua-dua paper untuk BM mereka akan dapat B..bukan C atau gagal..sebab Cikma mengajar 2 kelas teratas dalam aliran (kelas 3 dan 4)..so, memang kita mahu dorang berada dalam level yang sesuai dengan kelas mereka sekarang..alih-alih..bila tengok perangai dorang macam ni..mampu ke Cikma nak ubah dan tingkatkan peratusan yang baik itu????

Cikma selalu pesan pada mereka...mereka adalah batch terakhir untuk menghadapi peperiksaan UPSR lagi 2 tahun dari sekarang..aku memang selalu cakap..buktikan yang batch terakhir UPSR ni nanti akan buat yang terbaik untuk sekolah dan famili..juga untuk diri sendiri..buktikan dorang boleh..Cikma sendiri sanggup volunteer untuk mengajar dan ikut mereka hingga ke tahun 6...tapi kalau sikap mereka buat acuh tak acuh..kita ajer yang semangat bagai nak rak..memang takde guna lah..cakap jer nak jugak aku ajar sampai darjah 6, tapi kalau sikap tak berubah macam mana..aku jugak nanti yang berubah..dari sihat terus dapat darah tinggi..asyik nak marah jer...huhu..

Itu sebab Cikma sangat stress dan kecewa..mungkin target itu terlalu tinggi untuk Cikma capai ataupun adakah sikap mereka itu takkan berubah sampai bila-bila..sedih sangat sedih..kengkadang ada terpikir macam ni..ala anak orang..bukan anak aku..lantaklah nak jadi orang ke apa..yup..memang terfikir..tapi aku sendiri tak sampai hati tengok dorang dan abaikan mereka macam tu..sebab hampir sebahagian daripada mereka daripada famili yang sederhana..kalau bukan guru yang mendidik mereka menjadi insan yang cemerlang..siapa lagi kan..takkan nak mengharapkan 100% keluarga mereka..guru juga antara teraju utama yang membolehkan mereka berjaya di masa hadapan..tapi kalau mereka sendiri tak nak berubah....aku just berserah sahaja pada Yang Maha Esa...

Harapan seorang guru..yup memang mahu anak didik berjaya..begitu juga dengan aku sendiri..entah kenapa tahun ni Cikma terlalu emosi dengan anak-anak didik..mungkin sebab mereka dekat sangat dengan aku..bayangkan Cikma kenal mereka dari tahun 1..kecil molek lagi masa tu...ada yang masih lagi terkial-kial mengeja dan membaca time tu..sekarang mereka dah tahun 4..bayangkan hampir 3/4 daripada 200++ murid dalam aliran tahun 4 pernah Cikma ajar...tahun 2 sahaja aku tak mengajar mereka..so, aku sangat kenal dan rapat dengan mereka..hingga ada budak-budak ni masih ingat aku mengajar mereka dari tahun 1...itu sebab Cikma menaruh harapan yang tinggi kepada mereka..tapi bila jadi macam ni..terasa kita ni sakit macam jatuh dari bangunan yang tinggi..hancur sangat hati ni..

Apa-apa pun..Cikma masih lagi bersemangat sebenarnya mengajar mereka..mungkin emosi tak stabil kot sejak dua menjak ni..tu sebab jadi stress....Cikma maish lagi mencari konsep pengajaran yang sesuai untuk mereka..cuba untuk mengubah teknik pengajaran dan pembelajaran..harap lepas ni ada perubahan kepada mereka..IN SHAA ALLAH...


CIKMA : Bukan mudah menjadi seorang pendidik...:)

Monday 22 April 2013

Musim panas...

Musim panas dan cuaca melampau..yup..walaupun sehari dua ni hujan tapi bila time hari biasa,,memang lah sangat panas....

Kesannya..emm..ramai yang tak sihat..termasuk lah tuan tanah blog ni..hehe..dah lama sihat kan..orang kata kalau kita tak sihat ni ALLAH SWT sedang kurang sikit demi sikit dosa dalam diri kita..betul tak??emm..tak pe...ada rasa kita sihat...ada rasa kita sakit..memang masa sakit tu baru kita nak sedar..nikmat masa kita sihat...kan...

Musim panas ni memang dah boleh agak..antara awal April hinggalah ke awal bulan Jun nanti..buat kita sedar..masa musim hujan dulu kita mengeluh asyik hujan..kali ni mengeluh pasal panas pulak kan..itulah manusia..tak reti nak bersyukur..

Musim panas yang lain jugak di Malaysia..emm..apa yang lain..panas sana sini yeee..kami ni nak pilihan raya..detik yang di tunggu selama 5 tahun ni..dah terasa bahang pilihan raya..sana sini orang duk sibuk berceramah..bermanifesto sana sini, kontroversi sana sini, melawat bagai sana sini..emm..itu memang keadaan yang biasa yang kita akan lihat sebelum buang undi 5/5/2013 ni...Cikma sekarang tengok, dengar, perati, lihat dan faham..sebab undi kita rahsia kan..

Harapan..of coz lah kita nak yang terbaik untuk negara..tak kira siapa yang bakal memimpin negara..beliau haruslah satu langkah ke hadapan daripada pimpinan yang sebelumnya..In Shaa Allah..kalau nak lihat perubahan pada negara..haruslah berubah kepada yang lebih baik..bukan yang tidak baik..ye takk!!!


CIKMA : Kali ke-2 mengundi...memang balik Diamond Bay ok untuk melaksanakan tanggungjawab as a citizen of Malaysia..:)

Thursday 18 April 2013

Masak Asam Tempoyak Ikan Patin


Auuww...craving this 'lauk"..haha..seriusss!!!..favourite dish Cikma ok..asam tempoyak ikan patin..pehh!!!memang tak pandang orang belakang lah!!

Ni masa Cikma cuti sekolah hari tu..walaupun sempat bertapa (hehe) sekejap di Diamond Bay sebab terbang ke Vietnam..tapi sempat lah masak lauk kesukaan ni..bila MAK volunteer nak belikan ikan patin untuk Cikma..apa lagi..tangan terbuka lah di tadahkan..sebab dia tau anak dia ni suka naaa ikan patin..walhal dalam famili aku sorang jer yang boleh di katakan kemaruk makan ikan patin..MAK..emm..jauh ler sekali..nak menyiang ikan ni pun payah..ni kan pulak nak makan..hehe

Ikan patin mai from sungai ekk..bukan di bela..rasa memang lain lah nokk..fresh ooiii..walaupun bukan dari Sungai Pahang...tapi ok lah kan..Sungai Perak jer pun..

Nak letak resepi..rasanya tak payah ekk..sebab senang jer masak nya..cuma kita letak tempoyak jer..yang penting memang marvellous....hehe...

CIKMA : Compare asam pedas..rasanya ikan patin ni lebih 'kick' dengan asam tempoyak kan...:)

Sunday 14 April 2013

Bukan dia tapi aku

Wahh!!tajuk entri tak bleh blah..ok2..ni tajuk lagu ok..kali pertama dengar masa tengok cerita slot Akasia..Sedetik Cinta..dengar jer terus suka..yup..memang betul..Cikma ni kalo dah rasa lagu tu sedap di dengar memang kompem lagu tu meletop!!!ceh2..tapi serius..Judika iaitu penyanyi lagu ni memang bawak lagu ni sangat sedap dan bestlah!!bak kata my bro..muka ganas..tapi suara..macam dalam taman bunga jer rasa...

Meh layan..aku kalau dah suka..tiap-tiap hari dengar lagu ni berulang-ulang sampai jemu..hehe


Berulang kali kau menyakiti
Berulang kali kau khianati
Sakit ini coba pahami
Ku punya hati bukan tuk disakiti
 * ku akui sungguh beratnya
Meninggalkanmu yang dulu pernah ada
Namun harus aku lakukan
Karena ku tahu ini yang terbaik
Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya Repeat
* Reff:
Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya
Cintaku lebih besar darinya
Mestinya kau sadar itu
Bukan dia, bukan dia, tapi aku
Begitu burukkah ini Hingga ku harus mengalah
Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya (cintaku) cintaku (lebih besar dari benciku) lebih besar dari benciku
Cukup aku yang rasakan (jangan dia) jangan dia (jangan dia) jangan dia cukup aku (jangan dia jangan dia) cukup aku (jangan dia)

CIKMA : Selalu pening kepala dua tiga menjak ni..emm nape ekk...

Thursday 11 April 2013

Ho Chi Minh - Holiday March 2013 - Final

Ok..sudah cukup..cukup sudah..sudah sampai di sini saja...hehe

Last ok...hari terakhir di Bandar Ho Chi Minh..sarapan terakhir di hotel..selepas tu pergi dengan beberapa orang group kami shopping untuk kali terakhir...ada jugak yang nak beli lagi..aku??emm kali terakhir tak..mesti ada jugak yang beli..just untuk adik..

Kami kemudian lunch di restoran Malaysia-Vietnam 1 Malaysia..haha..baru jumpa walaupun area dekat jer ngan hotel...but aku dah awal-awal perasan cuma tak singgah ler..kami just makan buffet tengahari..itu pun dalam RM 18..humaii..macam makan dekat hotel derr...kalau makan apa yang aku amik ler..dalam 3,4 hinggit jer kalau kat Malaysia..

Kami check-up dalam pukul 2.00 petang..wuhuu..tetiba sedih nak tinggalkan hotel..haha..konon..yelah nak balik Malaysia kan..entah bila boleh pergi lagi..penerbangan kami ke Malaysia dalam pukul 4.40 petang..so, kami akan sampai ke Malaysia lebih kurang pukul 7.40 petang...

Tapi..ada cerita kelakar jugaklah masa nak naik flight...boleh kami ni nasib tak tinggal kapal terbang..haha..semua tak tahu rupanya flight kami tu dah tukar tempat berlepas..kami pun dok menonong jer lah tunggu..time tu lagi setengah jam nak bertolak..kami pun tengok kapal terbang lain yang ada..(tak silap Vietnam Airlines)..kami pun fikir penerbangan delayed..last2 ada sorang anak kakak tu terpadang skrin announcement..tengok kat situ kaminyer kapal terbang di gate 16..bukan gate 8..pastu siap kena last calling untuk penumpang MAS..hehe..terkejut beruk time tu..semua pakat lari dokk....haha..macam dalam filem plak..kena kejar kapal terbang..memang lawak sungguh..rupanya grup kami yang lain (dorang dah masuk dulu dalam balai berlepas..but kami time tu masih lagi lepak kat lobi..) pun sama gak lambatnya..masing2 tak dengar ler yang kapal terbang dah bertukar tempat..

But tulah pengalaman namanya..seronok dan happy jer..tapi sedih gak kena tinggalkan Vietnam, tourist guide yang baik hati aka ROMEO dan selebihnya kenangan yang mungkin takkan aku lupakan...pengalaman kali pertama sememangnya terpahat dalam hati...aku bersyukur sangat..salah satu impian telah tercapai..yang penting sabar dan berusaha..betul tak..bila tengok negara orang yang masih lagi jauh ketinggalan dari segi ekonomi dan infrastruktur..membuatkan aku bangga lahir dan tinggal di bumi bertuah Malaysia..teringat cerita ROMEO..nak dapat kerja kat Vietnam memang susah..lagi2 kerja goverment..dia kata kena bagi duit bawah meja baru dapat kerja (rasuah)..pastu kalau keluarganya dah kerja kerajaan..sampai anak cucu dia akan kerja kerajaan..that's mean dorang dah cop siap2 jawatan tu..tak bagi pada orang lain..dengan cara apa??pakai duit lah weiii..emm..nak pergi hospital pun kena bayar..dan pulak tu kena kongsi katil..emm..memang jauh beza ngan Malaysia...

So, conclusion nya..bersyukur dengan nikmat yang di berikan oleh ALLAH SWT kepada negara kita..betui tak..hehe..dan kalau di izinkan..ada lagi rezeki..Cikma nak pergi ke negara lain plak..nak tengok keadaan dan adat budaya mereka..doa2kan ekk.........:)






CIKMA : Boleh ekk kat sana Cikma jumpa anak murid SKPI..haha..kecil betul dunia ni..terkejut jugak..siap amik gambar lagi dengan dorang...hehe..nama Cikgu Akma ni boleh di dengar di mana-mana rasanya..:)

Ho Chi Minh - Holiday March 2013 - Part 3

Part 3....

Continue lagi ekk..jangan bosan sudah..hehe..

Hari ke-3 di bandar Ho Chi Minh..selepas sarapan kami ke satu kawasan perniagaan di mana ramai penduduknya yang menganut agama Buddha dan berketurunan Cina..lebih di kenali sebagai China Town..atau BinhTay Market..kebanyakan peniaganya memang boleh bahasa Cina/Mandarin..but..sorry lah ekk..sangat kasar ok para peniaga nya di sini..main tarik-tarik kita..pastu kalau nak tawar harga..boleh ekk marah kita balik..ermm...ramai ler kakak-kakak yang memang kaki shopping tak jadi beli kat market ni..ada pun 3,4 orang..aku..ada lah jugak beli sebab ada yang murah..tak lama kami di situ..pastu keadaan persekitaran kat sini ..aduhai..kurang menyenangkan mata memandang...dah le bau macam-macam aku hidu..pastu pulak..sampah...emm..jangan cakap ler..memang sana sini bertabur atas jalan..memang kita tahu dorang takde Majlis Bandaran..tapi sivik dorang tu kurang dalam diri..so, tak leh nak cakap apalah..negara orang kan..mesti berbeza dengan negara kita...betui tak..dalam sejam lebih jer..and then kami ke Butik Telekung Hjh Basiroh...

Telekung Hjh Basiroh ni memang terkenal di Bandar Ho Chi Minh..sebut jer..semua orang kenal..aku sempat beli 2 pasang telekung untuk MAK dan Adik..kalau nak tau..MYDIN Hypermarket pun tempah telekung kat dorang..so, nanti kalau korang pergi Mydin cari telekung murah untuk Hari Raya..tu mesti daripada Hajah Basiroh..ok..:)..lepas jer ke sini..kami ke Hard Rock Cafe Ho Chi Minh pula...

Hard Rock Cafe Ho Chi Minh..tempat wajib pergi..kepada collector barang Hard Rock Cafe..memang giler lah kan dorang..aku just tengok jer..ingat nak beli T-Shirt Original kan..tapi bila fikir balik..baik tak payah..aku bukan penggemar nak kumpul koleksi..so pandang2 and jeling2 jer..hehe

Selepas itu kami ke Butik Hoang Ahn..ok..tak beli gak sebab nampak harga nya mahal sikit..tapi kalau pakaian nya ni di jual di Malaysia..tentu lagi mahal..kiranya ok harganya cuma takde apa yang aku minat..

So, lepas tu kami bali ke hotel..sebelum kami ada aktiviti malam terakhir di  Bandar Ho Chi Minh..alooo...pergi shopping lagi..wah!!!memang gila shopping..pergi ke Benh Thanh Market lagi..haduii..giler membeli-belah sekejap..kau jangan kan..bukan nya selalu nak terbang ke sini..entah bila lagi nak menapak kan..so, selagi ada masa...shopping dan terus shopping..:)

Sebelah malam...kami dinner sesama..kali ni sangat best sebab kami berkesempatan untuk menaiki bot ataupun cruise untuk menyusuri Sungai Saigon..tiga tingkat lagi tu bot nya..memang besar..kami di hiburkan dengan nyanyian dan persembahan tarian (uhuk!!tarian ni untuk 18 tahun ke atas je ekk..haha) dan alunan muzik menggunakan alatan tradisional..yang best..lepas jer selesai makan..tepat pukul 8.30 malam bot tu akan bergerak untuk mengelilingi Sungai Saigon selama sejam..wah!!memang best tengok keindahan malam bandar Ho Chi Minh..tak tergambar ketenangan jiwa dan raga ni...memang masa tu rasa tak nak jer balik esoknya ke Malaysia..ye lah..malam terakhir kan..hehe

Lepas naik jer bot..kami pulang ke hotel..dan aktviti shopping di teruskan untuk kali terahir..especially pasar malamnya..aku siap salam-salam dengan aunty dan kakak yang selalu kami pergi redah tiap-tiap malam untuk beli souvenir untuk rakan dan famili di Malaysia sebab dorang bagi prize sangat murah..haha..suka2...:)..

So, last day untuk entri ni esok ok...masih shopping tak aku untuk hari terakhir..emm..tunggu ekk..:)








CIKMA : Kalau der rezeki..nak jugak buat umrah dan ziarah..kita planning dari sekarang ekk..kumpul2 duit tu Cikma..mana tau kot2 tahun depan ke..emm...:)

Wednesday 10 April 2013

Ho Chi Minh - Holiday March 2013 - Part 2

Sambung entri seterusnya..hari ke-2 di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam...

Hari ke-2 di bandar Ho Chi Minh..bangun tidur sangatlah awal..hehe..yelah Subuh masuk awal kan..so, pukul 4 pagi dah bangun...pastu pergi sarapan..tengok dari luar tingkap..pukul 6 pagi dah secerah-cerahnya..wahh!!best..terpikir kalau pukul 6 pagi kat Malaysia mesti belum bangun lagi..hehe

Lepas sarapan..kami terus di bawa ke destinasi utama untuk hari ke-dua ni..pergi ke Cu Chi Tunnel..iaitu tempat sejarah paling terkenal di negara Vietnam..terowong dalam tanah yang di bina oleh manusia yang merupakan terowong perang paling panjang di dunia..merasai pergi ke tempat bersejarah memang menjadi antara favourite Cikma kalau nak melancong ke negara orang.. bila Cikma sendiri memasuki terowong tu..rasa memang sangatlah seram sejuk..meremang sekejap bulu roma ni..dengan rasa sesak nafas kejap..wuitt...sangat seram ok walaupun hanya 20 meter jer kami try berjalan dalam terowong tu..memang terowong tu sempit sangat..kena membongkok time berjalan dalam tu..nasib ler muat badan aku ni..huhu..but..trully..satu pengalaman yang tak mungkin aku lupakan..masuk ke terowong bersejarah itu..selalu tengok kat tv jer kan..

Di Cu Chi Tunnel tu banyak lagi pameran sejarah..antaranya tentang beberapa jenis perangkap yang di buat oleh gerila komunis semasa perang Vietnam-Amerika yang menyaksikan tentera Amerika kalah..memang ngeri tengok kelengkapan senjata dan perangkap nya..memang patut tentera Amerika kalah...sangat pintar dan bijak jugak tentera komunis Vietnam ni dulu kala...yelah nak mempertahankan apa yang mereka ada kan..

Kat sini gak ada di buat lapang sasar untuk menembak..kita kena beli peluru nya..ikut jenis senjata yang nak kita pakai..haha..sori..yang ni memang tak try ler..takut wei..peluru hidup tu...ngeri plak..dengar bunyi tembakan jer dah meremang bulu roma wei..ish..ish..ish...

Lepas jalan-jalan around sejam kami di beri minum teh cina dan jugak merasai makan ubi kayu yang di rebus dan di cicah ngan kacang tumbuk..emm..kiranya kita rasa lah makanan yang mereka makan waktu perang..macam mana di negara kita dulu..masa zaman Jepun kan..:)

Kami kemudian di bawa makan tengahari di Saigon Sri Penang Restaurant..satu lagi restoran makanan halal di bandar ni..memang makan tak ingat ok..sebab dah lapar sangat berjalan bagai nak rak time pergi ke Cu Chi Tunnel (oh ye..tempat terowong tu ambil masa 2 jam perjalanan dari tempat kami menginap)..lepas makan kami terus di bawa balik ke hotel..time ni memang takde lah apa-apa pun..aktiviti bebas..kalau dah bebas..maknanya...shopping lah everybody..hehe

Hari ni memang aku gunakan masa untuk shopping dari petang di bawak ke malam..penat sehh!!tapi berbaloi-baloi..lepas hajat sebab hari pertama kat sini nak shopping tak jadi gara-gara cirit birit..haha..memang puas hati lah berjalan dan membeli belah..janji apa yang nak aku beli dah dapat kan..

Tempat yang kami pergi shopping ialah Ben Thanh Market..tempat ni memang popular di kalangan pelancong..especially dari Malaysia..tak caya..tanyalah sesapa yang pergi Ho Chi Minh..mesti tempat ni menjadi tempat wajib pergi kan..huhu..memang banyak kain yang murah dan cantik2 nokk...rambang mata di buat nya..yang best rupanya dorang boleh terima duit Malaysia.huhu..ingat tak nak terima..rasanya guna duit kita lagi murah compare to duit dollar US dan duit Dong..so, kepada sesapa nak pergi sana nanti tak perlu risau ler nak tukar duit bagai..pakai jer Ringgit Malaysia..duit Dong tu tukar sikit pun ok..bukan apa..para penjual kat sini dah bijak..dorang dah tahu nilai tukaran mata wang asing..mereka sebenarnya lagi suka kalau kita pakai dollar US..cepat jer nak..tapi kalo kita totalkan dengan RM..memang barang kita beli tu mahal..macam tu jugak kalau kita pakai duit dorang iaitu Dong..sama gak..jadi jangan cakap lah dorang tu kurang bijak..sebab dorang dah tahu dan memang kena lah korang hati-hati ekk bila tawar menawar harga..selagi boleh kurang..korang kurangkanlah..kalau boleh sampai dorang fedup..sebab macam mana pun dorang kena jugak jual barang kan..hehe..so, continue plak untuk hari esok iaitu hari ke-3 ekk..Cikma cerita tempat lain plak ..









Supper di restoran ni..sebab dah lapar sangat..asam laksa ni harga nya semangkuk RM 12 ok..air milo ni biasalah dalam RM 4.50 so total..dalam RM 17 untuk makan jer nokk..memang mahal makanan halal di bandar Ho Chi Minh ni..

CIKMA : Bila dah mula kaki ni melangkah ke negara orang..rasa kaki ni gatal balik nak menapak ke negara orang..betul kata orang..jauh perjalanan luas pemandangan..dan banyak pengetahuan..so, kalau di beri lagi rezeki oleh ALLAH SWT..harap-harap dapat le lagi pergi ke negara lain plak..In Shaa Allah..:)

Monday 8 April 2013

Ho Chi Minh - Holiday March 2013 - Part 1

Salam daan sejahtera..seperti yang di janjikan..hehe Cikma akan ceritakan perjalanan Cikma bercuti di Ho Chi Minh, Vietnam semasa cuti persekolahan yang lalu...meh2 layan..

Bertolak tepat pukul 2.45 petang waktu Malaysia..Alhamdulillah..perasaan naik kapal terbang hanya orang yang pernah naik kapal terbang jer tahu..best dan dalam masa sama gayat gak!!!.aku menaiki penerbangan MAS..ok per..nak kata selesa..boleh lah..kelas ekonomi jer..tapi ada makan!!!haha..siap makan roti boom dan kari ikan..sedap gak!!dan sepanjang perjalanan mata tak nak tutup pun..asyik dok pandang luar jer..memang cantik betul pemandangan di atas angkasa dan di bawah kapal terbang..hehe..syok!!!

Penerbangan mengambil masa 1 jam 30 minit..maknanya kami akan sampai dalam pukul 4.15 petang waktu Malaysia..tapi  di sebabkan Vietnam ni lewat satu jam..makanya kami sampai dalam 3.15 petang..Selamat datang ke Ho Chi Minh atau Chao Mung Ban Den Voi Ho Chi Minh...kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat..besar gak airport nyer..

Kami terus ke hotel penginapan menaiki bas..tourist guide kami iaitu Romeo dah tunggu di luar airport..sepanjang perjalanan ke hotel lebih kurang 30 minit daripada lapangan terbang aku sempat lihat suasana dan keadaan bandar Ho Chi Minh..yup..bekas negara komunis..bandar yang bagi aku sibuk..banyak betul motosikal yang lalu lalang..kereta..emm..memang tak banyak..yang pasti..mereka ni aku rasa main redah jer bawak kenderaan..macam takde peraturan..main langgar je..dan aku rasa dorang ni memang jenis berani mati lah..memang si Romeo tu bagitau hampir setiap hari ada jer kemalangan dan kematian di sebabkan kemalangan jalan raya..boleh di katakan hampir 300 kemalangan maut setiap hari...so bayangkan berapa ribu orang yang mati dalam setahun..erkk...banyak tu..

Sampai di hotel lebih kurang pukul 5.00 petang waktu di Ho Chi Minh...kami menginap di Hotel Hoang Hai Long 2..rest sekejap dan solat..sempat jugak telefon mak lepas sampai...dapat wifi free dari hotel so, aku just viber jer...save sikit...:)

Oh ye waktu solat sana lain sikit..lebih kurang negeri Sabah dan Sarawak..Subuh dalam 4.30 pagi, Zohor dalam 12.00 tengahari, Asar 3.30 petang, Maghrib 6.10 petang dan Isyak 7.15 malam..

Lebih kurang pukul 6 petang (7.00 malam waktu Malaysia)..kami di bawa makan ke sebuah restoran halal di bandar Ho Chi Minh..lebih kurang 20 minit dari hotel..nama restoran tu Banana Leaf..not bad lah makanan nya..pedas gak..boleh lah aku terima..

Lepas jer makan, time untuk shopping..hehe...yang ni best ler kan..kami sempat ler berjalan di sekitar kedai-kedai kain berhampiran hotel dan juga ada pasar malam..tempat ni pun dah banyak pilihan..memang hampir setiap malam kami ke pasar ni..boleh tahan murah..kali pertama jejak ke pasar dan kedai-kedainya..memang Cikma terkejut sebab boleh di katakan para peniaga nya boleh berbahasa Melayu..so, takdelah kita cakap macam ayam dan itik..hehe

Cuma malam tu tak sempat nak jalan lama-lama sebab Cikma kena serangan sakit perut aka cirit birit..memang sakit tak terkata perut ni.tak tahulah sebab apa..maybe perut ni terkejut kot...almaklumlah makan makanan yang di luar Malaysia..dan mungkin terlalu pedas kot..ntahler..ada rakan sejawat bagitau air dorang tak berapa bersih..so...tak tahu yang mana satu..cousins hari pertama datang sini dah siap membeli bagai..aku memang tak sempat..berlari balik ke hotel..kesian kan...hehe..

So, ini catatan pertama untuk hari pertama di bandar Ho Chi Minh..esok continue hari ke-2 pulak..ok..:)











CIKMA : Tourist guide kami sangat ramah..fasih gak berbahasa Melayu..siap nyanyi lagu Anak Kampung lagi..hehe

Friday 5 April 2013

imPIan TerCaPaI..HO CHI MINH, VIETNAM..MAC 2013

Alhamdulillah...rasanya hampir kebanyakan rakan sejawat dah tahu Cikma ke mana cuti sekolah hari tu..tapi yang pasti ramai yang terkejut..tetiba dah terbang bagai tanpa satu bunyi pun..bunyi??/hehe..suprise!!!

Memang tak merancang beritahu pada semua rakan kecuali family..bukan apa..takut bagitau awal-awal nanti tak jadi pulak macam sebelum ni..rancang bagai nak rak last-last tak jadi..Cikma tahu dorang sangat terkejut..yelah ribut tak de angin taufan pun takde..alih-alih dah ada kat negara orang masa cuti tu..memang plan berjaya!!hehe..Cikma just bagai tau di muka buku bila dah sampai ke HO CHI MINH..sorry ekk bebanyak pada kengkawan especially rakan-rakan sejawat...:)

Impian Cikma nak pergi ke negara orang dan nak naik kapal terbang tercapai jua...hampir 3 tahun menanti dan menunggu..ALLAH SWT kabulkan jugak impian aku ni...berkat sabar barangkali..tidak di rancang pun..semua secara kebetulan dan terlalu pantas rasanya..namun..semua nya berjalan dengan lancar

Di ajak oleh sepupu..masa tu pun dah nak dekat tarikh tutup nak ke sana..Cikma pun cepat-cepat bagi beberapa maklumat dan dokumen penting pada dorang..isi borang perjalanan semua..time tu tak silap masa cuti Tahun Baru Cina..dah settle Cikma pun duk rileks lagi..time tu nak kata teruja takde sangat..maybe tarikh pergi tu lambat lagi...

Lebih kurang dua minggu sebelum berangkat Cikma dah mula prepared sikit-sikit..pertama aku pergi tukar duit..hehe...kali pertama ke luar negara dan jugak pergi ke money changers..rasa macam jakun plak..tukar duit mata wang asing...dapat maklumat daripada rakan sejawat tukar duit dalam dua versi..satu duit DONG dan satu lagi US DOLLAR..

Pastu Cikma prepared plak beli barang keperluan..bukan nye beli apa pun..just kasut jer..tu pun yang murah..sebab terpikir  mesti kami ni banyak berjalan..so, pakai sandle mungkin tak sesuai..dan Cikma pun di minta bawak beg yang sesuai..sebab takut kalau pakai beg tangan jer kita tak tahu negara orang macam mana kan..kot2 ramai plak pencuri dan penyeluk saku..

Dah settle semua tu..barulah Cikma rasa teruja..sebenarnya teruja lebih kepada nak naik kapal terbang..nak merasai naik kapal terbang ni dah terlalu lama rasanya..hehe..kali pertama naik..haha..hambik rasa gayat pun ada...takut pun ada..memang sepanjang perjalanan tu mata memang tak boleh nak tutup..duk perati keliling dan tengok view dari atas udara..memang best!!yelah first time kan..orang nak kata jakun ke apa..aku tak kisah wei...janji impian dah terlaksana...

Ho Chi Minh..merupakan destinasi pilihan...ibu negara Vietnam..bukan listed negara impian..tapi bila peluang di depan mata..aku memang tak kisah nak pergi ke negara bekas komunis tu..yang penting impian nak tengok negara orang jugak telah terlaksana..bagi aku tak kira berapa kos nya masa tu aku sanggup..lagi pun bila di kira balik..memang mampu pergi..(hehe)..dan aku pun di temani dengan sepupu-sepupu yang sememangnya jugak kali pertama pergi ke luar negara..so, keterujaan kami ni terlampau sikit lah..heh

Ok..nanti aku sambung lagi..Cikma akan cerita dari first day until last day di HO CHI MINH, VIETNAM...


CIKMA : Rasanya kan kalau kita tak rancang sangat selalunya jadi..betul tak..so pasni..jangan le nak merancang bagai...ada jer peluang terus pergi kan..lagi senang...:)..takde serabut kepala otak..

Wednesday 3 April 2013

Parlimen di bubarkan hari ni

Berita yang di nanti-nantikan sejak tahun lepas..akhirnya telah di umumkan hari ni..tepat pukul 11.30 pagi tadi YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan pembubaran Parlimen..

Source : Berita Harian Online

#PRU13 #GE13 Pembubaran mendapat perkenan Agong

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, pembubaran Parlimen mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agung, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Perdana Menteri berkata, beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong jam 8.25 pagi ini di Istana Negara, di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Beliau kemudian mempengerusikan mesyuarat Kabinet terakhir di Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya, jam 9.30 pagi.

Pengumuman itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kabinet.


#PRU13 #GE13 PM minta kerajaan negeri bubar DUN serentak

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing; kecuali Sarawak berkuat kuasa pada tarikh sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

Sementara itu, empat negeri di bawah pentadbiran pembangkang iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor dilaporkan sepakat membubarkan DUN masing-masing serentak dengan Parlimen.

Setakat ini, hanya DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac 2013 apabila tempoh mandat lima tahunnya berakhir tengah malam sebelumnya, sekali gus mencatat sejarah pembubaran DUN pertama secara automatik di Negara ini.

Pembubaran itu berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 56(3) yang menyatakan Dewan Negeri berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama dan kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan terlebih dahulu.





CIKMA : Sudah sedia nak mengundi...huhu

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...