IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Jumaat, 21 Disember 2012

Seksa dan sakit nyerr!!!

Salam dan sejahtera...aduhai lama tak menjengah blog sendiri..terbantut rasa idea bila tuan yang empunya blog ni kurang sihat..balik daripada mendaki Genting (nanti Cikma cerita ekk)..terus demam..sejuk sangat kot kat atas tu..musim hujan kan..

Pastu aku mengalami pulak kesakitan gigi yang tak tahu nak di tafsirkan...hehe..dah beso panjang baru nak sakit gigi..nampak sangat dah meniti usia senja...gitu..:)..ooo...tidak...tidak..bukan..bukan..:)...

Penangan geraham bongsu yang tidak tumbuh sekata..dah tahu lama..tapi tak de rasa sakit...pernah le awal tahun ni tanya doktor..dia memang cakap kena operate..tak boleh simen atau cuci lubang tu..sebab kesan jangka panjang..nak tak nak memang kena buang terus..masa tu tak rasa sakit..di tambah dengan ongkosnya takde..alang-alang hari tu tiba-tiba rasa sakit..pergilah jumpa doktor..doktor cakap tak boleh nak tangguh..dah sakit kan..so nak tak nak kena jugak buat operate tu..bila dia cakap kena belah gigi dan gusi..rasa tetiba nak pitam jer...tapi pikir balik..daripada sakit tu melarat (dah le nak start sekolah kan)..terpaksalah buat jugak...

Memang kalau takde kekuatan..tak boleh nak buat operation ni..aduhai..walaupun dah di bius ( tiga tempat tak silap Cikma)..tapi sakitnya..hanya ALLAH jer tahu..time nak tarik gigi tu memang seksa..2,3 kali suruh doktor tu stop kejap..mau je masa tu melompat dari kerusi terus je lari..tapi memikirkan kesan sakit gigi tu..redha ajelah....:(

Kesannya sampai sekarang darah masih keluar dari gusi...tapi dah kurang jugaklah..cuma kenkadang rasa sakit tu datang..bengkak pun ada lagi ni..bila time malam badan rasa lemah dan lesu..macam nak demam pulak..betul cakap member yang pernah alami..first day tu memang seksa..lepas tu ok sikit..cuma yelah..selera makan tersekat..ni dah masuk 3 hari makan bubur...dah naik loya rasa tekak...:)

Next week baru boleh buka jahitan pada gusi..tak boleh nak imagine time bukak tu still sakit ke tak..aduhai satu lagi seksa nak kena tanggung..tu tengah berpikir ni..nak balik semula ke sekolah...next week dah start meeting semua bagai..mampukah Cikma menghadirkan diri..benda lain aku tak kisah..risau pulak jadual waktu rakan-rakan sejawat (sesi petang) tuk sesi 2013 takde nanti..emm...pening tambah stress pulak rasa...:)...mode : rasa nak pitam!!!!!

Nak tengok betapa besarnya gigi Cikma..bak kata doktor...saiz luar biasa..patutlah susah doktor tu nak tarik..terasa rahang dah senget sebelah pulak..huhu...


Besar tak gigi???ngeri kan..Cikma tengok pun rasa ngeri dan menakutkan..


Bubur nasi dan ikan bilis tumbuk...tolong!!!dah muak makan benda ni..:(


Menjadi peneman di kala sakit (dah nak abis ni..kena ambil lagi rasanya)

CIKMA : Hargailah gigi anda...:)

Rabu, 12 Disember 2012

APo KOno Eh JaNg 2012

Suka naa dengar lagu ni la wei..haha..teringat den zaman maktab dulu di Sikamat, Negori Sembilan ni haa...layan dehh lagu ni..den suko naa ni haaa....................:)

CIKMA : Suka makan daging salai masak lomak cili padi..peh!!!syok!!!

Isnin, 10 Disember 2012

Minggu-minggu akhir cuti ku...



Menghitung hari kembali ke pangkal jalan...haha..begitulah lumrah hidup dik non..pusingan hidup dan perjuangan di teruskan sehingglah kita kembali menghadap Ilahi..kengkadang rasa hati malas dan lemah..tapi kita perlu semangat dan sentiasa positif..

Minggu-minggu akhir berada di Diamond Bay..next week Cikma akan berangkat balik semula ke tempat mencari rezeki..K.L..seperti biasa perlu cepat pulang kerana tanggunagjawab yang di galas...walaupun dalam hati terasa sangatlah malas...simptom duduk lama di kampung@rumah sendiri ni memang akan membelenggu kita bila nak start sesi persekolahan yang baru...:)

Harapan sesi baru ni..seperti biasa mahu menjalankan tanggungjawab dengan dedikasi dan sentiasa sabar dan tabah...yang lain aku berserah pada ALLAH SWT..takde yang aku nak minta lebih melainkan di berikan kesihatan yang baik agar aku boleh melakukan tugas-tugas di sekolah..apa jua jawatan yang di terima (hampir sebahagian nya sudah di ketahui..) akan di laksanakan sebaik mungkin..

Selain tu nak tengok jugak rumah aku yang di pecah masuk hari tu..bilik Cikma haruslah di kemas semula..rasa sangat geram dan sakit hati..emm..banyak jugak kerja yang perlu di bereskan..In Shaa Allah...aku cuba buat satu-satu nanti...:)

CIKMA : Menerima itu mudah...melaksanakannya itu sukar..tetapi pengakhirannya nanti pasti membahagiakan...renung-renungkan..dan selamat sejahtera semua...:)

Jumaat, 7 Disember 2012

Kek Cawan Coklat



Di tugaskan oleh Mak untuk membuat kek cawan ni masa kenduri akikah Indah..tukang bancuh Mak...tukang bakar adalah Cikma..terasa seperti malas nak buat sebab time tu tengah on diet..hehe...

Resepi sama macam sebelum..boleh tengok dalam resepi Cikma (Kek Cawan Oren)..cuma kami tukar jadi coklat..emm..lembut dan gebus tu sama jer...rasa jer lain..so, layan-layankan resepi nya...:)

Bahan-bahan :

1 cawan minyak
2 1/2  cawan gula pasir
4 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
3/4 cawan air panas
6 biji telur
2 camca teh baking powder
1 camca teh soda bikarbonat
sedikit esen vanilla

Cara-cara :

1) Bancuh serbuk koko dengan air. Kacau sebati dan ketepikan.
2) Pukul semua bahan seperti minyak, telur, gula, esen vanilla hingga kembang.
3) Masukkan bancuhan koko tadi..pukul seketika.
4) Masukkan tepung (di ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat) sedikit demi sedikit di dalam adunan.
5) Letakkan adunan di dalam acuan kertas (lebih kurang 1/2 daripada acuan kertas)
6) Bakar di antara 15-20 minit... SELAMAT MENCUBA


CIKMA : Letih bila kita terpaksa tahan nafsu makan benda yang kita suka...tapi nak buat camne..aku kena kuat...huhu...

Khamis, 6 Disember 2012

MAHA INTERNATIONAL 2012

Tiga kali di adakan..ketiga-tiga nya Cikma dapat pergi dengan famili..rasanya kalau tak pergi sangatlah rugi..MAHA INTERNATIONAL 2012..singkatan bagi Malaysia Agriculture Horticulture and Agrotourism International Show..di mana pameran mengenai hasil pertanian khususnya untuk seluruh Malaysia dan juga sebahagian negara-negara luar yang terlibat.. Di adakan 2 tahun sekali dan bertempat di MAEPS, Serdang (dekat dengan UPM)..

Banyak info dan maklumat yang kita boleh dapat. MAHA 2012 juga di adakan serentak dengan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan. Cikma paling suka bila pergi ke dewan yang menempatkan pelbagai jenis makanan ringan yang telah di keluarkan oleh orang-orang tempatan di bawah seliaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)..kita nak cari produk makanan dan minuman yang kompem halal sangatlah banyak kat sini..ada yang kita tak pernah tengok dan rasa semuanya ada..almaklum lah satu Malaysia..

Yang best jugak..ada pameran mengenai hasil pertanian dan produk dari luar negara..hambik ko..ingat orang lain jer boleh terbang ke luar negara...Cikma pun boleh per...siap pergi satu famili...mana negara yang aku pergi..banyak woo...dalam satu hari...Indonesia, Korea Selatan, Singapura, China, Brazil, Iran dan pelbagai negara aku pergi..hehe..sempat tangkap kain silk China dan MAK sempat membeli telekung di Indonesia...:)

Kali ni jugak ALIN dan Kak Long dapat pergi ke MAHA..sebelum ni dorang tak berkesempatan nak pergi especially Kak Long..time tu ALIN kecil lagi dan tak berapa nak sihat..kali ni teruja jugak sebab ALIN dapat tengok dan lihat serta yang best dia dapat ilmu..ilmu untuk dekatkan ALIN mengenai dunia pertanian dan penternakan..hehe...so, layan sikit gambar yang sempat di snap di MAHA 2012...:)








Kalau tengok pada pameran ni..dunia pertanian dan penternakan bukanlah dunia cikai atau kotor yang tak boleh buat duit...Cikma rasa para belia yang masih sibuk cari kerja tu eloklah terlibat dalam bidang/sektor pertanian/penternakan/industri kecil dan sederhana ni..bukan tak boleh buat duit atau jadi kaya..boleh..In Shaa Allah..kalau kita ada usaha dan bersungguh-sungguh...sekarang ni pun banyak teknologi dan mesin yang memudahkan kerja pertanian ni...tepuk dada tanya hati dek non..jangan ingat rezeki tu boleh datang jatuh dari langit..ataupun duk saja..kena usaha kan...:)

CIKMA : Berangan jadi penternak ikan..syok wehh!!!..tak kisah berlumpur dan kotor bagai..janji kita nampak hasil titik peluh kita dan yang penting rezeki kita berkat dan halal..:)

Rabu, 5 Disember 2012

Kenduri akikah Indah...

Sudah masuk 5 bulan!!!..yaaa makin cute dan comel buah hati Cikma ni..dah dekat 2 minggu jugak tak jumpa...nak tengok Indah botak!!..hehe

Kenduri akikah Indah..selain daripada kenduri doa selamat, tahlil..Cikma sempat tidur sehari di rumah adik..maklumlah adik pindah rumah baru..seronok jugak rasanya duduk kawasan kampung.keliling pulak saudara mara..harap Indah semakin sihat dan semakin comel ...seperti biasa..macam Mak Ngah dia ni..haha..:)





CIKMA : Pengarang jantung hati dan pankreas aku..A.N.I (Alin , Nani , Indah)...:)

Selasa, 4 Disember 2012

Kampung ku...kampung ku jua...

Seronok kalau kita ada tanah sendiri kan..apatah lagi bila kita ni berbudi pada tanah...langsung jua tanah akan berbudi balik kepada kita..betul tak???..

Cuti sekolah selalunya hujung tahun ni lah time musim buah-buahan tiba..memang syok..boleh petik dokong..ambil buah rambutan dan manggis..tunggu buah durian gugur..sambil pergi tangkap ikan puyu dan haruan di belakang rumah..peh!!!syok..walaupun Cikma ni ada time malas nak ambil (tukang makan jer..)hehe..

Meh layan aktiviti yang aku dan famili buat bila kami balik kampung.hadap buah-buahan u'lls..korang ade???hehe...:)





CIKMA : Teringin terojun sungai..tapi bila pakcik bagitau ada lintah...terus tak jadi..huhu...

Isnin, 3 Disember 2012

Tauhu stim dengan sos daging



Menu diet..yup..gitulah hendaknya..kekeke...start balik hari ni..perut sudah ok...cuma kena hati-hati agar tak berlaku lagi..ABAH sudah bising..diet konon..membebel ABAH bila tengok anaknya kengkonon diet...risau gamaknya..bila perut masuk angin..natijahnya...Cikma terpaksa menahan sakit ya amat..bukan tak makan..tapi entahlah..lastly..Cikma ambil jugak kabohidrat but bukan nasi..just roti dan mee..ABAH pesan nak diet boleh..tapi jangan sampai kesihatan terjejas..ok2..that's why hari ni baru start balik..rejim senaman di teruskan semula coz last week juga aku pergi makan angin di MAHA...haha..hambik ko kan..orang tak mampu nak naik kapal terbang..terbang jer pergi MAHA...hehe..yang tu nanti aku masuk dalam entri yang akan datang..

Resipi ni terjah dalam google..check2 ramuan nya banyak yang letak udang kering sebagai penyedap kuahnya..so, Cikma tak boleh makan udang dan tukar sikit kepada daging hancur..not bad lah..janji boleh makan kan...layan sikit resepi nya...:)

Bahan-bahan :

1 paket tauhu lembut
Sebiji bawang besar
Bawang putih (dalam 3 ulas)
Daging cincang (ikut suka)
Kicap manis dan masin
Bawang goreng
Daun sup/daun bawang
Lada sulah
Tepung jagung (nak pekat kuah)

Cara-cara :

1) Stim dahulu tauhu bersama bawang putih yang di cincang halus
2) Toskan tauhu
3) Tumis bawang besar (di hiris) dan bawang putih (ambil dari tauhu stim tadi) dan daging cincang
4) Masukkan lada sulah. Goreng daging hingga garing.
5) Masukkan kicap manis dan masin ikut rasa masing-masing
6) Campur sikit tepung jagung untuk pekatkan kuah.
7) Tuang kan kuah pada tauhu yang telah di stim tadi.
8) Hias kan dengan daun bawang/daun sup serta bawang goreng..SELAMAT MENCUBA..

CIKMA : Naik balik KG Cikma..emm..tak kisah..coz aku tahu aku boleh buat..nak jadi kurus melidi tu idaklah..just light2 gitu..nak turun berat memang bukan kerja mudah..nak naik..sangatlah senang..cuma Cikma kena kuat tahan nafsu makan..yang tak mampu nak tengok sekarang kat rumah ni adalah buah-buahan, sweets like kek and dessert serta roti...yang lain boleh lah tahan..nasi..emm..dah 2 minggu tak sentuh..kalo pegi kenduri suap jugaklah..hormat tuan rumah kan..itu pun sesuap dua..rasa macam best pulak boleh tahan tak sentuh nasi...kekeke...chaiyok2 untuk diri sendiri...:)

Ahad, 2 Disember 2012

Durian Crepes..ala-ala jadi tak jadi



Sebab apa tajuk macam tu..hehe.memang kalau kita buat first trial selalunya akan tak berapa jadi kan..so, itulah yang terjadi pada Cikma ni haa..maybe tak prepared betul2 time buat tu..atau pun tools tak berapa nak ada..contoh macam pan ler..Cikma takde kuali pan tu..pakai yang biasa..jadi nya adunan kulit tu tak berapa nak bulat cantik molek..so, redha ajelah..:)

Musim durian kan..itu sebab nak buat sangat..walaupun time ni aku bertungkus lumus kawal pemakanan..but this week aku kena stop dulu sebab badan kurang sihat dan sistem pencernaan aku tak berapa ok..ntah le..tak tau pasal apa..pasni baru sambung balik rejim diet tu...

So, thanks pada para blogger yang sudi kongsi resepi durian crepes..dah dapat rasa sekali cukuplah..esok2 kalau nak lagi boleh buat..kali kedua buat rasanya menjadi kot..share resepi ni daripada blogger izahdaut...so layan-layan kan resepi nya...

Bahan-bahan :

3 sudu teh gula
3 sudu teh tepung ubi
- masuk sikit tepung jagung
1/2 sudu teh tepung gandum
4 biji telur
95 ml air
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh butter (di cairkan)
sedikit pewarna kuning

Cara-cara :

1) Satukan semua tepung dalam satu bekas
2) Masukkan butter yang di cairkan
3) Masukkan telur satu persatu (pukul dahulu)
4) Masukkan esen vanilla
5) Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sebati
6) Masak adunan dalam pan..masak hanya satu bahagian sahaja
 - nak cantik adunan..tapis dulu baru kita lempengkan nya dalam pan...:)

Filling :
Whipped cream (dipukul kembang)
Isi durian

CIKMA : Banyak jenis tepung nak guna..ada yang sampai 4,5 jenis tepung nak buat..well...depends pada kita..lepas ni nak try buat satu jenis tepung jer...

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails