IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Selasa, 28 Ogos 2012

RAYA 2012...Part 1

Salam dan sejahtera..huhu..baru dapat jenguk blog..aduhai..buka sekolah dah kena kerahan tenaga..hehe..kena settlekan fail unit KWAPM sebab ada pemantauan esok..so, terpaksalah bertungkus lumus...

Hari ni baru rileks sikit..dapatlah tengok dan update belog..orang dah buat entri Raya banyak kali..aku baru nak masukkan dalam blog..adeh!!...layan ajelah ekk...:)

Hari Raya tahun ni paling sempoi..rasanya sampai Raya ke-3 jer Cikma betul-betul beraya..lepas tu..duduk rumah jer nokk!!!

Raya pertama..seperti biasa di kampung ABAH..walaupun ABAH tak berapa sihat (baru keluar hospital waktu tu)..tapi ABAH gagahkan jugak nak balik kampung..katanya nak jenguk adik-beradik..aku ngan adik-adik memang tak bagi ABAH pergi..duduk rehat di rumah sama MAK..tapi...yelah..berkumpul jumpa anak sedara dan saudara mara tu setahun sekali...sedih bila ABAH cakap..mana tahu tahun depan tak dapat nak jumpa..aku tetiba jadi sebak...:(

Sedikit gambar pada hari Raya pertama yang lalu......




CIKMA : Bersyukur sambut Hari Raya masih bersama keluarga....

Ahad, 19 Ogos 2012

Salam Lebaran 1433 H

Salam dan sejahtera..huhu..lama tak jengah..sibuk u'lls...persiapan nak sambut raya perlu di dahulukan..tanggungjawab setiap tahun...yelah adik-beradik Cikma tak ramai..jadinya aku yang still bujang with my bro lah yang kena buat kerja...hehe..layan jelah..

Anyway...ucapan Hari Raya mesti jugak masuk dalam salah satu entri dalam blog Cikma setiap tahun..di kesempatan ini di ucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri..dan mohon ribuan kemaafan kepada semua blogger dan pengunjung blog Cikma dan juga kepada semua yang mengenali diri..


Tidak lupa kepada MAK dan ABAH, adik-beradik, saudara mara, guru-guru dan rakan-rakan..serta rakan sejawat di SKPI..ribuan ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa serta menyinggung perasaan..semoga lebaran kali ini membawa kebahagian dan kegembiraan kepada semua....



Melayan mercun malam raya with my bro...huhu


CIKMA : Raya sorang lagi tahun ni....huhu....

Selasa, 14 Ogos 2012

Pergi ke JALAN TAR...


Memang ramai manusia!!!..huhu..dah dekat 2 tahun tak pergi Jalan Tar u'lls...hehe..bagus kan..jenis orang tak reti dan tak nak sangat membeli-belah..save budget oooiii..

Ahad lepas ke sana..membeli beberapa keperluan terakhir sebelum berhari Raya..dalam pukul 10.00 pagi sampai di sana dah ramai orang berpusu-pusu...jammed!!!hambik ko...tak larat nak menempuh lautan manusia..maybe last minute bershopping kot..

Apa-apa pun..shopping..shopping jugak..jangan lupa zakat fitrah ye u'lls....:)


CIKMA : Sakit kaki....:(..dah lama tak berjalan lelama kan...hehe..

Isnin, 13 Ogos 2012

IFTAR bersama SKPIans - Restoran Nelayan


Puasa tahun ni boleh lah di katakan murah rezeki...dah dua kali berbuka puasa di luar...ramai-ramai berbuka memang meriah...kali ni Cikma berpeluang pergi berbuka puasa di RESTORAN NELAYAN pada hari Jumaat lalu..terletak di taman tasik Titiwangsa...majlis berbuka puasa anjuran SKPI..ramai jugak rakan sejawat yang datang..oklah sebab murah jugak..RM 20 kami bayar..dan selebihnya di tanggung pihak sekolah...

Harap tahun depan dapat buat berbuka puasa sekali lagi di tempat lain pulak..seronok dapat kumpul walaupun bukan semua...:)


CIKMA : Ada steamboat..ada kenangan pahit dengan steamboat ni..hehe..layan lah jugak makan walaupun memang sah-sah ada udang..ingat boleh tahan..tapi..huhu..gatal satu badan lepas makan!!!nyesal sungguh...memang lepas ni kompem dah tak usik langsung steamboat..kepada bakal suami..tolong jangan suka udang ekk....sah-sah tak masakkan..kalau nak makan sangat..masak sendiri...haha...:)

Ahad, 12 Ogos 2012

Majlis Berbuka Puasa SKPI


Malam Khamis lalu berbuka puasa di sekolah..merangkap solat hajat UPSR, solat terawih dan bacaan Yassin...Alhamdulillah..walaupun ibu bapa tak ramai..tapi majlis tetap meriah..makanan pun boleh tahan..semua orang rasa suka...

Yang penting tujuan dan objektif utama sekolah..di harap murid-murid yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR akan berjaya dan berusaha dengan lebih baik lagi..Insyaallah...:)


CIKMA : Seronok makan reramai...:)

Khamis, 9 Ogos 2012

Hujung minggu di Diamond Bay...

Salam dan sejahtera..hujung minggu lepas di Diamond Bay..wohoo...sangat gembira dan bahagia..sangat senang hati..bersama famili tercinta..semua ada di rumah..rasa sangat meriah..sempat berjalan membeli belah untuk Syawal yang bakal tiba..sepanjang cuti itu juga di peruntukkan untuk berjalan jer..bazaar, shopping complex, balik kampung dan yang pasti sangat sibuk dengan anak-anak buah!!hehe..

Apa-apa pun terubat jugaklah rasa rindu nak berkumpul ramai-ramai..bila dah ada famili masing-masing serta kesibukan kerja memang sukar nak berkumpul satu famili..bila ada peluang macam ni memang tak nak di lepaskan..rasanya semua orang pun macam tu jugak kan..teringat zaman kecil dulu..semua ada di rumah..bila meningkat dewasa..dah belajar dan dapat kerja..semua bawa haluan masing-masing...tapi yang pasti..hubungan kekeluargaan tidak boleh di pisahkan...betul tak....:)..fikir-fikirkan dan selamat semuanya....


ALIN suka sangat balik kampung..


My bro sempat cukur rambut ABAH..


Buka puasa reramai..meriah makanan!!!


Booth jualan di Menara Condong dah bukak..pakat beli-belah ok nak Raya ni...:)


Melayan budak-budak comel main bunga api..sekali ngan Mak Ngah dorang jugak sibuk main..hehe


CIKMA : Dah lama tak berhari Raya satu keluarga..huhu..bila lah nak kumpul reramai pagi Raya lagi.........:)

Selasa, 7 Ogos 2012

Agar-agar Nescafe

Salam dan sejahtera..wallawey..huhu..lama nya tak letak entri makan dan masak ni..bulan puasa tahun ni sangatlah jarang turun ke dapur..membeli je di kedai..motif..semua tengah diet..hehe..makan satu jenis je dan air minum..kenyang sudah..takde kudap-kudapan ataupun kuih muih..kalau ada pun sekali sekala..yang kenyang sebenar nya hanyalah air jer..bergelen-gelen minum air tak pe kan...:)

Entri masak di bulan Ramadan untuk yang pertama tahun ni..buat pencuci mulut..Cikma suka makan manisan..itulah sebabnya Cikma sudah ada potensi penyakit  buat kilang gula dalam badan..huh!!!tolong lah...lepas ni memang kena control..pertama yang di buat aku avoid makan nasi..hanya makan 2 kali seminggu..minum air kosong bebanyak..yup..bulan puasa ni check sudah 2 kg turun..walaupun lambat, aku heppi sesangat..:)

Agar-agar Nescafe..sebenarnya tak tahu nak buat agar-agar apa..check kat dapur apa benda yang ada..so, serbuk nescafe je lah..so simple...check out the recipe...:)

Bahan-bahan :

Sebungkus agar-agar
1 tin susu cair
11/2 sudu kecil serbuk nescafe (di bancuh dengan sedikit air panas)
Gula
Air secukupnya

Cara-cara :

1) Masak agar-agar terlebih dahulu sehingga hancur dan mendidih
2) Masukkan susu cair dan kacau sebentar
3) Masukkan nescafe yang di bancuh tadi serta gula secukupnya...Selamat Mencuba...



CIKMA : Suka nya sebab berat badan dah turun lagi..chaiyok-chaiyok Cikma!!!!u can do it...

Isnin, 6 Ogos 2012

Hakikat sebuah perjuangan..

Salam dan sejahtera..bertemu kembali..terlalu lama meninggalkan blog sendiri..sibuk berhujung minggu di kampung halaman aka Diamond Bay..sangat gembira dan bahagia..dapat berkumpul di rumah ABAH dan MAK..nanti Cikma letak dalam entri akan datang...:)



Suka atau tidak..begitulah hakikat sebuah perjuangan..Cikma tak nak komen banyak sangat mengenai perlawanan akhir badminton semalam di Olimpik London yang melibatkan pemain badminton kesayangan negara kita..Dato' Lee Chong Wei dan Lin Dan..semua orang rasanya melihat di kaca televisyen..betapa berjuang nya beliau untuk mendapatkan sebutir pingat emas kepada negara..betapa gigihnya beliau untuk menyekat kemaraan pihak lawan..betapa kuatnya kudrat dan tenaga beliau untuk melawan dan membalas setiap pukulan bulu tangkis daripada pihak lawan..namun...adat sesuatu pertandingan..pasti ada pihak menang dan pihak kalah...

Dato' Lee Chong Wei..menitis air mata beliau tatkala berada di podium menerima pingat..sayu rasa hati..ramai juga yang mengalirkan air mata melihat beliau sebak..itulah hakikatnya..tidak perlu rasa kecewa..kerana kekecewaan itu sebenarnya adalah kunci kekuatan..untuk beliau bangkit kembali..yup..mungkin untuk beliau merampas pingat emas Olimpik daripada tangan Lin Dan untuk tempoh 4 tahun akan datang adalah tipis..tapi..mana tahu keajaiban boleh berlaku..kita hanya merancang..namun semua nya terletak pada takdir yang telah di tentukan oleh ALLAH SWT..

Apa-apa pun..permainan semalam antara yang terbaik pernah aku saksikan..kerana pertembungan dua seteru serta pemain badminton terbaik di dunia dan sepanjang zaman yang membuatkan semua orang terpana seketika di kaca televisyen...thumbs up to Dato' Lee Chong Wei..u still the best among the best..semoga terus success....:)

CIKMA : Kebimbangan aku sekarang...siapa pengganti Dato' Lee Chong Wei..dalam 28 juta rakyat Malaysia..takkan tiada seorang pun yang boleh menjadi pengganti beliau???..fikir-fikirkan..dan..MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.....

Jumaat, 3 Ogos 2012

Setia City Mall


Dah pergi tak korang???yang duduk sekitar Klang, Kapar, Meru dan Shah Alam mesti dah pergi kan..wohoo..besar kott!!!..baru buka bulan 5 hari tu..berkesempatan pergi minggu lepas..saja window shopping..

Dulu kawasan Setia Alam ni hanyalah sekadar ladang kelapa sawit..sekarang..dah pesat membangun..keliling Setia City Mall ni memang tengah di bina pelbagai infrastruktur dan perumahan...lepas ni memang jadi tumpuan lah tempat ni...

Tengok gaya boleh beat shopping mall yang lain..JJ Bukit Tinggi dah ada saingan..hehe..layan lah labu oii..semakin banyak shopping complex..semakin bertaburan lah duit kita ni di merata-rata tempat...haha..sendiri mau ingat...:)



CIKMA : Sempat shopping baju untuk anak-anak buah..hehe..untuk diri sendiri..hanyalah seutas jam tangan..oklah kan...:)

Khamis, 2 Ogos 2012

Oh, Amalin..!


Salam dan sejahtera..salam bulan Ogos..sudah hari ke-13 kita berpuasa..cepat nyer..rasanya macam baru semalam puasa...:)

Cerita Amalin..hujung minggu lepas aku balik ke Klang..melawat Alin di sana..emm..lain sungguh muka Alin bila takde tiub di hidung..hehe..comel sangat!!tengok dia semakin aktif..tak reti nak duduk diam..tapi...masih tak boleh nak makan..huhu..

Dah buat operation pun..semua susu yang di minum keluar macam tu jugak..muntah dan terus muntah..Kak Long tak bagi pun dia minum banyak..kenkadang 30 ml pun susah nak di minum..muntah jugak..ingat dah buat tiub kat perut..dah takdelah muntah..tapi..masih sama jugak..

Kami dah tak tau nak buat camne..berat badan Alin makin menyusut..dulu adalah dalam 10 kg+++..sekarang dalam 9.7 kg jer.bila bawak jumpa pakar untuk x-ray salur makanan dia..memang takde apa-apa problem..doktor pun cakap kes Alin dah selesai..cuma masalahnya dia tak mahu makan..doktor pun pelik ngan perangai Alin ni..

Memang tengok kesian..kenkadang geram pun ada..Alin macam takut nak makan..buat lah macam mana pun..dia memang takkan bukak mulut tu..risau sampai besar tak nak makan..tolong Kak Min...Adam dulu macam tu jugak ker..tak nak makan sampai besar???...emmm


CIKMA : Kurus susah..gemuk pun susah..tak makan susah..makan banyak pun susah..alahai....

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails