Saturday 28 July 2012

Nafsu makan di bulan Ramadan...

Salam dan sejahtera..wah!!tajuk..best-best..makan..mana yang tak best kan..lagi-lagi bulan puasa ni..time ni semua nye teringin nak makan..time tak pose takde pulak kita nak makan itu makan ini kan...hehe


Itulah yang di katakan nafsu..nafsu pada makanan..kalau yang boleh control diri takpe..yang jenis tak boleh blah tu macam mana???..ooo..jangan sampai berat badan naik tau..orang bulan Ramadan ni boleh kurang sikit berat..ni ada pulak yang berat badan naik mencanak-canak...tu belum Hari Raya lagi..haa...time tu memang dah tak ingat diet atau pun supplement apa yang nak di telan..hehe..dah tak boleh control u'lls bila tengok ketupat rendang bagai!!...:)

Nafsu makan ni sebenarnya boleh control..tapi kena betul-betul fokus dan jangan sekerat jalan je..satu bukannya apa..makan berlebihan boleh mendatangkan penyakit sebenarnya (merujuk kepada diri sendiri)..so, bila bulan puasa ni seharusnya kita boleh kawal pemakanan kita..ambil yang sekadar mampu ataupun alas perut..sebab kita makan pun dah kira waktu malam jugak tu..tak perlu lebih-lebih makan..

Satu lagi...bulan puasa ni jugaklah sistem penghadaman kita ni boleh 'rehat' seketika..organ dalaman kita ni perlu juga berehat kan..macam jugak kita ni..jadinya..bukan sahaja boleh memperbaiki kesihatan diri malah boleh memberikan organ dalaman kita berehat dan seterusnya 'bekerja' dengan lebih baik...

Di Malaysia ni Cima peratikan memang banyak hotel-hotel atau restoran buat bufet Ramadan..kenkadang terpikir..bulan Ramadan ni bulan untuk makan ker..ataupun bulan untuk kita perbanyakkan amal ibadat??memang itu satu cara buat untung untuk pihak mereka..tapi bukan ke satu kerugian buat kita yang boleh di katakan berbelanja besar daripada sepatutnya??seperti yang aku cakap..itu semua nafsu..nafsu makan aka nafsu berbelanja besar..sekali nak merasa boleh kot..tapi kalau dah setiap hari atau setiap minggu..kopak jugak duit!!!..itu belum lagi pergi bazar Ramadan..haa...semua benda nak di beli kan...

Anyway, tepuk dada..tanya diri sendiri..bukan nak mengata ekk (tak baik tau!!)..tapi aku just share apa yang di pikirkan dalam kepala ni..hidup kita bukan untuk makan..tapi kita makan untuk hidup..fikir-fikirkan dan selamat berpuasa...:)


CIKMA : Sepanjang hayat aku ni..rasanya baru 2 kali pergi bufet Ramadan!!!...huhu...

Thursday 26 July 2012

Iftar ke-6 - Restoran Tupai-Tupai


Berbuka puasa hari ini di Restoran Tupai-Tupai..antara restoran yang agak di kenali lah di kawasan KL ni..bersama housemate dan beberapa rakan sejawat yang lain...

Orang dah ajak..takkan nak tolak..mula-mula macam tak nak pergi..di tambah dengan keadaan aku yang tengah ehem-ehem..(hehe)..tapi bila memang di hati ni teringin sangat nak pergi ke restoran tu..pergi ajelah..bukan selalu kan..ok lah satu kepala RM 42..itu pun kata member dah naik..last year bufet Ramadan nya dalam RM 38 satu kepala (dewasa)..aku tak makan banyak..ambil lauk yang rasa nak makan..itupun dah rasa senak perut..lebih minum air kot!!!..anyway Cikma enjoy....:)


CIKMA : Jenis tak kisah nak berbuka dengan apa..kalo ada kurma dan air sejuk pun dah cukup..(erk..diet ker Cikma oitt)..hehe

Wednesday 25 July 2012

Semoga panjang umur...ABAH dan AMALIN

Salam dan sejahtera..sudah masuk hari ke- 5 kita berpuasa..emm..cepat rasanya masa berlalu..Alhamdulillah..apa pun yang aku lakukan tidak kira kerja atau peribadi semasa bulan Ramadan ini di harap akan di berkati dan diterima oleh ALLAH SWT...

Terlewat sedikit masukkan entri ini..bulan JULAI aku sifatkan sebagai bulan yang penuh dengan kegembiraan...sebabnya..ahli keluarga Cikma ramai yang lahir di bulan ni..ABAH, AMALIN dan terbaru..SYAHINDAH..untuk mereka..Cikma ucapakan Selamata Hari Lahir...semoga panjang umur, di rahmati dan disayangi oleh ALLAH SWT..dan sentiasa sihat sejahtera...ABAH dah berusia 62 tahun...AMALIN pula berusia 2 tahun..Cikma sentiasa doakan mereka sihat-sihat selalu..ABAH..kesihatan nya seperti biasa..kadangkala sihat..kadangkala tak berapa sihat..ubat sentiasa ada dalam simpanan..harap ABAH tabah dalam menjalani ibadah puasa tahun ni...AMALIN..selepas pembedahan gastrostomy tu..Cikma tak tahu sama ada dia dah boleh terima makanan atau tidak..Insyaallah hujung minggu ni aku akan datang melawat ALIN di Klang....

SYHINDAH..minggu lepas balik Diamond Bay..dah lihat perubahan pada wajahnya..emm..tak boleh nak cam ikut belah sapa..ibu atau abahnya..kalau NANI dulu..lahir-lahir dah boleh agak ikut raut wajah siapa...tapi SYAHINDAH..emm...ntahlah..tapi yang penting INDAH (nama timangan) sangat cute!!!...)

Apa-apa pun..aku bersyukur YA ALLAH..memberikan aku sebuah keluarga yang bahagia..sesungguhnya aku cukup bertuah..dan kerana itulah kepada sesiapa yang jarang balik untuk jenguk keluarga di kampung tu...sangat2 lah ruginya..famili kita tak boleh di tukar ganti..selagi mereka ada..selagi itulah kita sebagai anak ataupun adik-beradik sekalipun..jenguk lah dorang..kan..semoga kehidupan kita sentiasa di limpah rezeki dan diberkati selalu...:)




CIKMA : Erm..kenapa sejak akhir-akhir ni aku rasa macam nak melangkah ke satu titik perubahan yang besar dalam hidup aku..YA ALLAH..Semoga di perkenankan...AMIN...:)

Harapan Ramadan

CIKMA : Suka dengar lagu ni bila bulan Ramadan..banyak drama yang gunakan lagu ni dalam drama mereka...syahdu..

Sunday 22 July 2012

Ramadan 1433 H

Alhamdulillah..bulan Ramadan datang lagi..syukur masih dapat menunaikan Rukun Islam yang ketiga ini..terlambat meng'update' status..sudah puasa ke-dua kita kan....:)

Berkesempatan pulang ke Diamond Bay..puasa pertama dan berbuka puasa di sana..berjumpa ABAH dan MAK..Nani dan Syahindah..Insyaallah..2 minggu lagi aku kembali ke sana semula..berkemungkinan Along dan Kak Long akan balik..AMALIN..Alhamdulillah pembedahan nya di HUKM pada Rabu lalu dah pun berjaya..sekarang ni ALIN sedang cuba untuk menerima makanan melalui tiub yang baru..di tempat yang baru (perut)..semoga ALIN dapat makan dengan baik..

Kepada semua blogger..Selamat menjalani ibadah puasa..semoga kita ambil kesempatan di bulan penuh mulia ini dengan menambahkan amal ibadat kita..:)..Insyaallah...



CIKMA : Semoga apa yang di hajati di makbulkan ALLAH SWT pada bulan mulia ini..AMIN.....:)

Thursday 19 July 2012

Tuesday 17 July 2012

Tipikal para pemandu..


Menjadi lumrah kalau kita ni memandu kereta..baik lelaki atau perempuan..rasanya sama sahaja..bukan nak kata orang..tapi tempias jugak pada diri..meh layan sikit beberapa perkara yang korang tengok dan buat sebagai pemandu kereta di jalan raya ni...:)

1) Kalau pemandu perempuan..perkara pertama masuk kereta..adalah tengok cermin..betui tak..tak kiralah betulkan tudung ke..tengok lipstik comot atau pun sesaja memang dah tabiat tengok cermin!!haha

2) Pasang radio atau cd kuat-kuat..volume kalau boleh nak sampai full..itu belum tambah speaker besar gabak dalam bonet..hehe..layan..pastu bagi orang lain rasa nak lempang korang kan...

3) Memandu tengok kiri kanan..ok..boleh di maafkan kalau sedang mencari rumah ataupun tersesat..baik korang ada kan second driver (co-pilot)..sebagai pemandu arah gitu..tapi kalau setakat mata melilau tengok benda yang tak senonoh..baik korang tak yah drive..jalan kaki lagi baik kan...

4) Malas nak guna signal..kalau setiap kali nak masuk jalan/lorong tertentu..hello!!apa ke jadahnya setiap kereta di pasang signal kalau korang tak pakai..lain lah kalau signal tu korang nak buat lampu lip lap time raya kan..sorry to say..kebanyakkan para pemandu kat negara aku ni memang susah sangat nak bagi signal..berat sangat ke tangan tu nak guna signal..bukan nak angkat air dari telaga kot beratnya kan..

5) Bagi lampu tinggi time nak memotong kereta..woit..dah tahu had laju jalan tu katalah 90km/j..ko ikut ler oii..nak cepat sangat nape tak naik flight jer..pastu kengkonon tunjuk terrer pandang lain macam...nak ngorat ke cik abang oitt....

6) Pasang eksesori kereta..macam kereta berhias flora dan fauna dah aku tengok..hehe.siap ada taman padang pasir gurun sahara..berbelang-belang karpet bagai..pastu kepak nak tinggi melangit kalau boleh sampai kereta tu boleh terbang kot!!agak-agaklah nak hias kereta bang...cube ler duit lebih-lebih tu di berikan kepada orang-orang yang memerlukan..dapat pahala lagi..

7) Bawak kereta macam siput guna laluan memotong..alahai..entah pasal apa suka buat orang marah kan..heran..dah tahu drive perlahan ko drive lorong paling kiri..bila kita hon..buat muka tak puas hati..hello!!..kalau dah jalan tu had laju 110 km/j takkan nak dirve 60 km/j..tolonglah!!!

8) Suka buang sampai ikut tingkap..pernah buat tapi aku tengok jugak kereta kat belakang..line clear baru arr buang..kalo takat pembalut gula-gula hacks tu boleh di terima kot..tapi kalau dah plastik besar di tambah ada plak botol-botol plastik dan kulit rambutan..ko agak-agak ler nak buang..tengok orang belakang ler..dasar orang takde kesedaran sivik langsung..nasib tak buang pampers anak kan..haha..kalo tak....

9) Tinted cermin kereta sampai tak nampak muka driver..haaa..yang ni selalu aku lihat orang yang ada kereta-kereta besor..motif..wallahualam..napa dorang tak letak jer plastik sampah sebagai ganti tingkap tinted tu ekk...hehe..

10) Potong que..aduh!!ni lagi satu..memang lah nak cepat tapi tolong lah..fahamilah perasaan driver yang lain yang juga berkejar ke destinasi yang nak di tuju..pastu kalau tak dapat potong que..ko sesaja dekat kan kereta ko tu dengan kereta lain..sanggup kena gesel kot kereta tu..tak pelah kalo jenis tak sayang kereta..pastu boleh tukar kereta macam tukar baju..ni yang jenis duit gaji ala-ala kadar..sapa nak tolong bayarkan kereta tu kalo dah kemek bagai!!dasar keturunan atas pokok kot dorang yang tak bertimbang rasa ni!!!

Itu serba sedikit tipikal pemandu-pemandu yang aku tengok..kalau terasa hati dengan apa yang Cikma tulis ni korang bolayan je lah ekk..sama-sama menjadi pemandu..so sama-sama kita muhasabah diri..supaya apa yang kita buat tidak menyusahkan orang lain ekk...kekeke

CIKMA : Lesen bersih..Alhamdulillah..:)

Tiada Lagi Aku






Tiada Lagi Aku

Kita bersama menempuh semua
Dugaan melanda tidak kupinta
Pahit dan manis duka menghiris
Kita mengharungi dengan berani

Gurau dan sendapun turut mengisi
Ruang dan ketika di masa sepi
Kepercayaan dan keikhlasan
Makin menguatkan persahabatan

Entah mengapa engkau
Cepat benar berubah
Kerana kejayaan
Kau merasa megah

Jangan engkau mudah terlupa
Setiap benda yang ada
Takkan kekal selama-lamanya
Diriku akhirnya kau singkir jua

Oh... biarku pergi membawa sekeping hati
Tidak sanggup lagi aku menyaksi
Wajah yang pernah menyakitkan hati



  CIKMA : Dengar, hayati, fikir dan fahami...

Sunday 15 July 2012

OK tak??duit baru MALAYSIA


Ok tak??cantik rasanya..nampak ekslusif..yang penting wang kertas RM 20 di wujudkan semula..warna jingga lagi..hehe

Dilancarkan hujung tahun lepas..duit syiling dah pun di gunakan..wang kertas ni akan di keluarkan bulan ni (dah ke belum ekk)..yang pasti duit raya akan berwajah baru...:)

Sedikit info mengenai wang kertas baru Malaysia ni :

Wangkertas  Malaysia RM 100 :


Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100. Keajaiban alam semula jadi yang dipaparkan pada duit kertas RM100 ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak. Kedua-duanya adlaah alam semula jadi yang sangat mengagumkan dan membanggakan Malaysia.

Wang kertas Malaysia RM 50 :


Pada wang kertas RM50, gambar kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan sebagai satu ikon ekonomi yang sedang berkembang pesat dan boleh dibanggakan. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia. Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.

Wang kertas Malaysia RM 20 :


Setelah sekian lama duit RM20 diperkenalkan semula dengan meletakkan gambar keindahan dan hidupan laut di Malaysia. Duit kertas baru RM20 ini memaparkan gambar dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea). Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.

Wang kertas Malaysia RM 10 :


Wang kertas baru RM10 berwarna merah dan memaparkan Hutan Tropika Malaysia yang tumbuh subur. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003. Bunga ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

Wang kertas Malaysia RM 5 :


Wang kertas baru RM5 bertemakan hidupan liar dan memaparkan gambar burung enggang. Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia. Burung  yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai ‘Bumi Kenyalang’.

Wang kertas Malaysia RM 1 :


Wang kertas RM1 masih mengekalkan gambar permainan tradisional, Wau di belakang wang tersebut tetapi dengan rekaan dan bentuk baru. Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.


CIKMA : Duit penting dalam kehidupan..tapi jangan kita jadi hamba duit!!!

Thursday 12 July 2012

Senamrobik 1M 1S


Senamrobik 1M 1S yang di adakan serentak di seluruh Malaysia pada pagi Selasa lalu..gigih aku bangun pagi dan join sekali senamrobik gitu..best!!keluar peluh pepagi..

Di senarai sebagai " Largest Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session" dalam Malaysia Book of Record ni..kalau tahun lepas larian serentak 1M 1S tahun ni mereka buat senamrobik...

Seronok dan bagi aku ok2lah..rasanya lagi ok kalau lagu senamrobik tu di pilih lagu-lagu semasa yang terkini dan popular...budak tak rasa bosan..ni lagu memang lagu tetap "gomen"...ermm budak tak berapa tahu lagu-lagu camtu..kalau setakat Malaysia cergas tu oklah kot..hehe..apa-apa pun aku tetap enjoy....:)


CIKMA : Setelah beberapa bulan menghadkan diri daripada sebarang anasir-anasir luar yang 'ganas"..aku hilang 12 kg!!!gitu...chaiyok2 lagi Cikma...:)

Wednesday 11 July 2012

Sekadar majlis suka-suka

Memang betul...majlis suka-suki suka hati..haha..bak kata ketua pasukan rumah Panglima, Chief Iznan..rumah Panglima macam Johan keseluruhan pulak..buat majlis bagai..padahal pasukan paling corot...hehe..tapi macam biasa..team rumah Panglima punya semangat kesukanan yang tinggi...so, kami layan jer.........:)

Majlis sederhana pagi semalam..selepas selesai senamrobik 1M 1S..sekadar memberi piala individu kepada pasukan perbarisan rumah Panglima yang mendapat juara dalam kategori tersebut...selain hamper-hamper yang dapat di kongsi kepada semua guru rumah Panglima..sedikit terkejut..kekeke..nama Cikma di umum untuk ambil piala pusingan Johan Perbarisan Rumah...terharu u'lls..malu pun ader..kekeke...apa-apa pun kejayaan ini bukan kejayaan peribadi Cikma seorang..tapi kejayaan semua team rumah Panglima...anyway..thanks again my fren...




Untuk tontonan semua blogger..video di atas adalah perbarisan Rumah Panglima yang telah di upload oleh seorang rakan sejawat Cikma di SKPI..thanks a lot Cikgu Shamsul aka abang Shamsul...tapi tulah..sentap sikit...patut Rumah Panglima..bukan Rumah Laksamana..huhu..rumah lain pulak dapat nama...:)

CIKMA : Suka pulak motto rumah Panglima yang aku reka sendiri..anak kampung..kampungku..asalku  diriku...seadanya...layan...:)

Monday 9 July 2012

My new niece - NUR SYAHINDAH


NUR SYAHINDAH -lahir pada 1 Julai yang lalu..adik kepada buah hati Cikma..Nur Syahzanani aka NANI..sudah jadi kakak budak itu..tapi perangai...ya ampun..kata my sis..dia meragam jer sehari sebelum adiknya itu lahir..mungkin dia dah tau kot adiknya nak keluar..hehe..

Nampak beza sikit daripada raut wajah NANI masa lahir dulu..lebih besar..3.06 kg..mata sepet sikit..muka bulat..alahai..semua anak-anak buah Cikma ni memang comel-comel...secomel Mak Ngah dia..haha!!!

My sis lahirkan Syahindah di rumah ok!!..tak sempat nak ke hospital..Alhamdulillah mak dan anak selamat..aku boleh gelak pikir kan tentang adik aku yang tak sempat nak ke hospital..pagi Ahad dah rasa sakit perut..rasa macam nak membuang..dia bagitau suami..konon nak mandi arr nak pergi hospital..alih-alih air ketuban dan pecah..nak tak nak bersalin lah di rumah mak mertua..nasib biras my sis nurse dan ada nurse klinik desa bertugas time tu...apa-apa pun..semuanya dah selamat...

Mak Ngah harap adik SYAHINDAH akan menjadi anak solehah kepada ibu dan abah..dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara...Welcome to Haji Yahya family my dear....:)


CIKMA : Nani macam jealous jer ngan adiknya..biasalah kan budak-budak...dulu manja dia sorang jer..sekarang kena kongsi berdua gitu...:)hehe..

Sunday 8 July 2012

Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-17 SKPI 2012

Syukur Alhamdulillah, berakhirlah sudah Kejohanan Olahraga SKPI kali ke-17 petang tadi...penat..sangat penat..dari pukul 7.00 pagi sehingga 4.00 petang berkampung di padang SKPI..cuaca sangat indah dan panas pada hari ini, namun di sebabkan hujan sekitar awal pagi (sebelum Subuh)..padang dah jadi kolam ikan!!!...hehe..tak pe hujan tu kan rezeki...:)


Seperti biasa sepanjang majlis diadakan aku lihat semua nya dalam keadaan terkawal dan lancar..bagi aku takde cacat cela..cuma beberapa maklumat yang ingin atau cuba di sampaikan tak dapat di terima kepada pihak lain, namun yang pasti akhirnya semua warga pendidik SKPI..bagi aku semuanya mantap!!!

Sedikit terkejut, tersentap di awal pagi, namun aku berjaya control diri (ye lah tu..hehe) isu kecil tapi i ok jer..lepas tu pulak..ada jugak ler ketidakpuasan hati tentang keputusan Khemah Tercantik..bukan tak boleh terima kekalahan..tapi rasanya rumah Panglima LEBIH LAYAK di angkat sebagai Khemah Tercantik berdasarkan konsep yang kami ketengahkan....


Namun kekecewaan itu dapat di tebus kembali dengan kemenangan bagi Perbarisan Rumah Sukan..aku sebenar tak sangka persembahan perbarisan rumah Panglima menjadi juara bagi kategori tersebut...2 hari u'lls kami berlatih habis-habisan..namun mungkin benar kata Cikgu Yaya..lagu dan konsep yang kami pilih sesuai dan layak di angkat sebagai juara..tak sia-sia aku duk stress memikir koreografer tarian untuk lagu ANAK KAMPUNG...hehe...


Sesi latihan persembahan perbarisan rumah sukan...

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru terutama guru-guru Rumah Panglima di atas sokongan dan dorongan..mantap rasanya grup Rumah Panglima dan harapan juga biarlah guru-guru ini di kekalkan pada kejohanan olahraga tahun akan datang..walaupun kita merupakan pasukan tercorot..tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh menjadi yang lebih baik di masa akan datang..betui tak!!memang rasa sedih..begitu jugak aku memahami perasaan kecewa dan sedih daripada atlet-atlet rumah Panglima..dorang dah lakukan yang cukup terbaik untuk rumah Panglima...tapi kita anggap itu sebagai satu semangat..gagal sekali bukan beerti kita gagal selama-lamanya..HIDUP RUMAH PANGLIMA!!!


CIKMA : Ralat tak dapat videokan persembahan perbarisan rumah sukan terutamanya rumah Panglima..boleh Cikma terlupa nak suruh member tekan button record kat handycam..ko dah lupa lah tu Cikma oiit!!..tulah buat-buat sentap awal pagi...gitulah jadinya..haha!!!

Saturday 7 July 2012

Konsep rumah...


Alhamdulillah...setelah bertungkus-lumus hampir 5 jam..siap sudah khemah Rumah Panglima..huhu..inilah yang di namakan semangat kesukanan..thumbs up pada semua guru yang terlibat pagi tadi membantu dalam menyiapkan rumah ini...:)

Konsep rumah...ala-ala desa tercinta gitu..hehe..idea-idea daripada semua guru especially Cikgu Yaya..aku tolong-tolong apa yang patut...bila dah siap..boleh tahan cantiknya!!!..sesuai dengan tema perbarisan rumah sukan yang berkonsepkan pop-tradisional..gabungan suasana kampung dan alam semula jadi yang indah..serta bunga-bungaan yang mekar mengindahkan lagi keadaan di khemah tersebut..gabungan warna ungu dan putih juga dapat memberikan ketenangan dan kedamaian jiwa seperti berada di kampung sendiri..khemah juga di hiasi dengan tempat beristirehat dengan hamparan tikar serta pangkin sesuai dengan konsep..kampung ku..asalku..diriku..seadanya....:)

CIKMA : Tak sabar tunggu keputusan penuh esok...:)...

SUKANEKA SKPI 2012


Sekitar kejohanan Sukaneka SKPI 2012...hari yang baik dan cuaca yang elok semalam..seperti biasa murid-murid enjoy dengan acara yang di sertai...ibu bapa yang menyaksikan anak-anak mereka beraksi pasti berbangga dan memberikan sokongan..aku..tetap mengacara majlis walaupun suara dah terasa seperti Ramli Sarip..haha..harap esok untuk Kejohanan Padang dan Balapan SKPI..suara Cikma sudah sedikit elok..hehe...

CIKMA : Menantikan persembahan perbarisan murid Rumah Panglima..latihan hanya 2 hari..aduh!!aku cuma buat sehabis daya untuk mereka..harap mereka enjoy semasa melakukan persembahan itu..:).chaiyok2 Rumah PANGLIMA!!!!!

Thursday 5 July 2012

Selamat tinggal...Tudung

Wo..wo..wo..jangan salah tafsir tajuk entri kali ni..giler ko nak ucap selamat tinggal kat tudung..dah tak pakai tudung ke Cikma???hohoho..TIDAK sama sekali..tetap dan selamanya memakai tudung ok...kewajipan menutup aurat tau...:)

Aku teringat kali pertama bertudung...tak silap di tahun 6..time tu kena pakai tudung di sekolah dengan alasan jadi pengawas sekolah..hehe..pastu macam biasa..bertudung di sekolah tapi pergi jenjalan atau keluar rumah..memang tudung di tinggalkan..bak kata orang tudung terbang!!haha..sehingga Cikma betul-betul pakai tudung sekitar Cikma awal tingkatan 2..mungkin masa tu dah masuk akil baligh kan..dan sesuai sangat untuk memakai tudung dengan sempurna...

Sejak pakai tudung ni rasanya pelbagai fesyen tudung mengikut fesyen dan masa..time sekolah dulu aku pakai selendang/scarf jer...sama ada di ikat ke belakang (kekeke)..atau depan..(hahaha)..masuk universiti..tudung bawal segi empat jadi pilihan..dan beberapa jenis fesyen tudung..tudung segitiga bunga ros dan ada rambu ramba (erk..)..kat bunga tu..ingat tak korang??lepas tu tudung ala Arab gitu..fesyen WARDINA..time tulah fesyen penggayaan tudung pusing di perkenalkan....:)

Lepas tu..macam-macam jenis tudung keluar..antara yang popular tudung awning..tudung syria..tudung style turban dan tudung apa lagi lah..hehe..tapi rasanya tudung bawal dah lalui bermacam transformasi rekaan nya..dan kerana itu tudung bawal masih popular sampai sekarang...

Aku..erk..mintak maaf ler bebanyak..dah terlalu banyak pilihan tudung..sampai dah tak tahu nak pakai yang mana satu dan nak menggayakannya..tapi sekarang Cikma lebih minat pada tudung awning..mudah dan senang sangat nak pakainya..sarung jer..tak payah nak bentuk-bentuk kelepet dan bubuh pin..dah siap..simple jer..hehe..dalam setahun ni aku aktif (aktif kott!!!haha)..memakai tudung jenis awning....dan sekarang tengah mengumpul koleksi tudung awning ni...


Cikma pun telah buat keputusan untuk memakai tudung jenis ni sehingga ianya di rasakan sesuai dan mudah bagi diri Cikma untuk memakainya..dan terbukti u'lls..ada dalam 25 helai tudung jenis ni berada dalam simpanan sekarang!!..tak banyak lagi tu kan..rasanya orang lain dah penuh satu almari kott!!!haha..

Tudung bawal..alamak!!..mintak maaf le bebanyak..sudah di lipat kemas dan di masukkan dalam paper beg u'lls...huhu..kalau lepas ni nak pakai tudung tu..rasanya dah tak reti kot!!..mesti terkial-kial nak pakai balik..hehe...layan...:)



CIKMA : Pemakaian tudung kita haruslah mengikut syariat Islam..bukan pakai tudung hanya sekadar berfesyen jer....renung-renungkan dan selamat berfikir!!!..:)

Tuesday 3 July 2012

Nak jugak bagi komen - Final EURO 2012..

Ok..ok..walaupun dah lepas..aku nak jugak bagi komentar ekk..walaupun tak tengok..tapi aku nak jugak memberi sedikit kata-kata semangat bagi team yang kalah...kekeke..kengkonon pengulas sukan..tapi bukan yang bertauliah ekk..:)

Sebelum ni..memang Cikma tak layan sangat EURO 2012..rasanya adalah satu match yang aku tengok..itupun yang first perlawanan (pembukaan)..pastu..aku buat tak tau jer..selalu kalau tak tengok live..aku akan tengok highlights..tapi biasaklah..rumah sewa Cikma takde Astro..so, tengok gitu-gitu ajelah..

Walaupun begitu, sebagai peminat tegar bola sepak..nak tak nak kena ambil tahu juga..kebetulan aku balik ke Diamond Bay..kalau ikut hati nak tengok final EURO..tapi di sebabkan pagi itu aku terpaksa menempuh perjalanan yang agak lama..(balik KL)..so ABAH bagitau tak yah lah berjaga...tidur jer..takut jugak karang tak sampai ke SKPI..hehe..

Tu yang bangun jer pagi soalan pertama yang aku tanya pada ABAH.."Bah, sape menang pagi tadi bah??"..takde tanya dan pikir benda lain dah..pikir result EURO jer..kekeke..."Sepanyol menang"...heh..macam dah agak jawapan nya..aku pun tak predict apa-apa dalam final EURO..cuma jangkaan aku ITALI hanya gah di semi-final tu memang dah jangka..final main macam budak tadika...

4-0 Spain bantai Azzuri..huh..ingat penalti atau sekurang-kurangnya 1-0..tapi kalau dah sampai 4 di bagi...rasanya ramai peminat/penyokong Azzuri sakit hati kan..ABAH yang tengok match tu memang cakap team ITALI tak main macam sebelum ni..ataupun jugak dorang dah rasa letih sebab berhabisan main time semi-final menentang Jerman..Cikma pun sebelum ni terkejut sebab dorang boleh kalahkan pasukan Jerman yang dianggap pasukan favourite..tapi yelah adat pertandingan ada kalah ada menang..lepas tu jugak nasib dan tuah pun kena ada gak sebagai salah satu faktor nak menang...

Lagipun, kebanyakan ahli team Itali boleh dikatakan dah berumur..so, kemungkinan tenaga dan faktor usia juga mempengaruhi dorang..team Spain bagi aku spirit dorang nak menang sangat kuat..faktor untuk mengekalkan kejuaraan yang dorang menangi 4 tahun lalu serta bekas juara Piala Dunia 2010 memungkinkan dorang mahu diiktiraf sebagai pasukan bola sepak paling konsisten di dunia dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ni...

Apa-apa pun..tahniah team SPAIN..untuk team ITALI..korang antara pasukan terkuat..cuba ler lagi 4 tahun akan datang di Perancis..tak perlu risau sebab team-team Eropah ni sentiasa ada pemain berbakat...



CIKMA : Pemain favourite aku pakcik Torres dapat jaringkan gol time final tu..kekeke..suka2..apa-apa pun..aku tetap sokong HARIMAU MALAYA...:)

Sunday 1 July 2012

Cantik ker???

Salam bulan JULAI..pertama sekali bersyukur ke hadrat Ilahi..adik Cikma selamat melahirkan bayi perempuan hari ni...syukur ibu dan anak selamat dan sihat..nanti aku bagitau lebih lanjut dalam entri akan datang....

Entri pertama di bulai 7 ni..huhu..cantik ker??..apa yang cantik..orang kata cantik ni subjektif..dari segi apa yang cantik tu pun kita sendiri tak tahu..cantik luaran kita boleh tengok..cantik dalaman??hanya diri sendiri jer yang tahu kan???

Terbaca dalam berita mingguan hari ni..satu slot/fakta dalam berita yang menunjukkan tentang 8 negara yang mempunyai wanita yang tercantik di dunia..wah!!!sorry..Malaysia tak masuk dalam senarai..huhu..tapi bagi aku wanita-wanita di Malaysia ni cantik aper...kalau tak takkan mamat-mamat dari negara luar banyak jugak yang kahwin dengan wanita Malaysia ni...hehe..

Ni aku senarai kan mengikut ranking yang dorang keluarkan berdasarkan undian yang telah di lakukan menerusi satu laman web traveler's digest...nak kata aku setuju 100%..tak lah jugak..ada yang rasa sesuai dan ada yang langsung tak sesuai...komen korang???...:)

Senarai 8 negara wanita tercantik dunia :

1) SWEDEN - di pilih paling teratas di sebabkan kebanyakan wanita nya memiliki rambut original blonde dan bermata biru...selain bijak...hehe
2) ARGENTINA - antara negara Amerika Selatan yang cantik-cantik..ok lah
3) UKRAINE - kebanyakan wanitanya mempunyai rambut ikal mayang dan tinggi lampai gitu..
4) RUSIA - wanita yang bagi aku pandai menggoda..keke..banyak jadi ejen rahsia wooo...
5) BULGARIA - antara negara Balkan yang punyai wajah wanita yang cantik..berkulit biasa (tak cerah), rambut ikal mayang dan bermata hijau u'lls...
6) KOREA SELATAN - seperti penulis dalam berita mingguan ni..aku pun tak berapa setuju negara ni di masukkan dalam senarai wanita tercantik..sebab hampir kebanyakan wanitanya buat pembedahan plastik sejak awal remaja lagi..woo..aku rasa baik pilih jer Malaysia kott..original jugaklah kebanyakan wanita di negara kita...
7) COLOMBIA - macam negara Argentina...bentuk badan jangan cakaplah..superb...hehe
8) BELANDA - sapa nak wanita tinggi lampai..pilihlah dari negara ni..kebanyakan wanita nya punya ketinggian 5 kaki 7 inci ..wow..tinggi gak tu..



CIKMA : Biar cantik hati daripada cantik muka tapi perangai macam langsuir..gitu..hehe

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...