Sunday 29 April 2012

Terasa macam...

Nak marah..tapi malas nak pikir...nak kutuk..tapi malas nak ambil tahu...emm...pening kepala..tapi rasa tak puas hati punya pasal...memang terasa macam nak kutuk semua orang...

Cuma..aku di hadirkan sikap sabar yang semakin menebal..satu aku ingatkan dalam diri aku...tidak berkat rezeki aku kalau asyik nak mengeluh je..nak mengata orang je..aku tak kisah rezeki orang..itu bahagian dorang..kalau ada yang tak sedar diri lagi..itu urusan dia dengan ALLAH SWT..kengkadang terpikir jugak dorang ni memang suka bersikap begitu ke..atau rasa diri dah terlalu banyak sangat pengalaman..atau berfikir yang dorang tu je yang penat buat kerja...orang lain duduk mengangkang jer (erk..ni statement aku kalo dah rasa marah sangat..maaf lah ekk kalau terkasar sangat bahasa ni..)..ke dorang rasa macam..alah..buat macam mana pun tak guna jugak..kalau dah baka dorang macam tu..emm motif???

Sungguh!!!kalau ler aku di berikan kuasa untuk bersuara..memang aku nak luah semua..boleh.tapi karang ada yang mengutuk dan mengata belakang..silakan lah kalau nak mengutuk tu..berdepan lagi bagus..tak kisah u'lls!!..

CIKMA : Sabar......:)

Friday 27 April 2012

Amalin selamat di bedah



Alhamdulillah...hampir pukul 4 petang semalam AMALIN selamat menjalani pembedahan...syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH SWT..kerisauan Cikma sepanjang hari semalam telah pun berlalu..memang sangat stress...bila fikirkan keadaan AMALIN...dengan keadaan kesihatan Cikma yang secara tiba-tiba tak menentu..di tambah dengan beberapa perkara yang membuatkan aku beristighfar banyak-banyak..yup..bukan senang nak menghadapi situasi yang agak tertekan dengan segala macam perkara yang mengganggu emosi dan mental...namun Alhamdulillah...hari ni..Cikma semakin baik..

Hari ni belum berkesempatan menelefon ALONG untuk bertanyakan keadaan AMALIN..yang pasti..Cikma sangat gembira..semalam call ALONG..AMALIN masih belum sedarkan diri...terima kasih di ucapkan kepada semua doktor pakar yang bertungkus lumus hampir 9 jam..walaupun  keadaan AMALIN  yang banyak kompilasi..tetapi berkat doa dan pertolongan daripada ALLAH SWT..mereka dapat melaksanakan pembedahan itu dengan selamat...

Cikma masih belum berkesempatan ke IJN..rasanya mungkin bila AMALIN ok dan di beri kebenaran melawat oleh pihak IJN..barulah Cikma akan ke sana..buat masa ni perkembangan AMALIN hanya di beritahu oleh ALONG melalui phone...


CIKMA : Sabar, tabah hadapi dugaan..semoga AMALIN mempunyai hati yang tabah dan sabar dalam menghadapi segala dugaan dan ujian daripada -NYA...

Thursday 26 April 2012

Semoga AMALIN selamat...


Pembedahan major untuk jantung AMALIN@ALIN hari ini di IJN..semalam MAK bagitau operation bermula pukul 8.00 pagi...dan MAK cakap ambil masa yang agak lama.8 atau 9 jam...risau..sangat risau...kami sekeluarga hanya mampu berdoa agar ALIN selamat...aku tak sanggup lagi nak call ALONG buat masa ni...memang tahu yang ALIN dah masuk ke IJN pada Isnin lalu..tapi ambil masa nak operation sebab banyak prosedur yang perlu di lalui oleh ALIN...

Sedih...bila MAK bagi tau malam tadi...perasaan ALONG..MAK cakap....ntahlah..Cikma dengar terus nangis...cuma kami mengharapkan agar ALLAH SWT melindungi ALIN dan sentiasa berada di samping ALIN...Cikma sendiri tak mahu fikirkan yang bukan-bukan...REDHA...KAMI memang mengharapkan keredhaan itu kalau ALIN ditakdirkan.......................:(.......

CIKMA : Ujian yang sungguh besar buat si kecil kami NUR MAWADDAH AMALIN...Mak Ngah akan sentiasa mendoakan ALIN sentiasa sihat dan tabah..MAK NGAH TETAP SAYANG ALIN sampai bila-bila...:(....

Monday 23 April 2012

BATTLESHIP


Hujung minggu yang memenatkan..hehe..akhirnya dapat jugak Cikma tengok filem ni...bersama my friends...seronok??macam-macam peel yang berlaku semalam..tapi Cikma happy..seharian di Putrajaya bersama mereka adalah perkara yang sangat menggembirakan...bila fikir balik..andai di takdirkan Cikma berpindah sekolah...aku takkan lupakan kenangan bersama mereka itu sampai bila-bila..dan biarlah apa sahaja rahsia yang kami kongsi itu adalah milik kami sahaja...:)

BATTLESHIP..tak sehebat TRANSFORMERS...walaupun di bawakan oleh satu company yang sama (HASBRO)...ending yang sangat tak BEST!!..alih-alih dah menang...ada jugak beberapa scene yang tak masuk di akal dan nampak sangat menipu nyer...obvious lah sangat!!sampai Cikma tergelak-gelak dalam panggung..emm 21/2 bintang je Cikma bagi...hehe....

Well, apa-apa pun filem ni bolehlah di layan..memang suka tengok cerita cenggini...lepas ni nak layan cerita THE AVENGERS plak..jom2..:)

CIKMA : Happy beria semalam..haha..nanti Cikma cerita version ke dua pulak...:)

Saturday 21 April 2012

SAD LOVE..

Malam Ahad yang..ermm..apa ekk..tak pikir apa cuma mahu rest, rehat, rest, rehat..gitu...sekolah pagi tadi..jadinya malam duduk di rumah..maybe esok baru nak meronggeng...hehe..

Layan lagu korea ni kejap ekk...best walaupun Cikma tak faham maksud dia..tapi tengok tajuk lagu..dah sah-sah lagu ni lagu sedih kan...putus cinta..barangkali...so enjoy....


 


CIKMA : Giler tengok cerita korea secara online sekarang...adeh!!!tidurku tidak lagi lena macam dulu..hehe

Friday 20 April 2012

Harta...

Tak banyak..bukan business woman ok..tapi aku mahu juga mencari harta di dunia yang sementara..orang kata kalau tak ada harta pun susah jugak kan di kemudian hari nanti..kita tak tahu masa depan hidup kita ni macam mana...

Alhamdulillah..dalam usia nak mencecah 31 tahun..aku sudah ada sebuah rumah sendiri..walaupun second hand..sekurang-kurangnya nak ada rumah dalam usia 30 tahun ni dah tercapai...cuma buat masa ni aku belum boleh lagi lah nak menetap di rumah tu..aku sewakan ajer..sebelah rumah MAK dan ABAH..hehe..rancangan ABAH..kalau aku beli rumah sebelah tu senang anak cucu nak keluar masuk sebelah menyebelah (hehe..motif utama ABAH..)..mula aku macam tak setuju..plan nak cari rumah luar dari Diamond Bay..tapi yelah kita turutkan jugak pilihan keluarga (macam nak kahwin je dengor nyer..haha)..cuma Cikma bagi syarat...tak nak pakai lagi pinjaman perumahan kerajaan..sebab rancangan Cikma untuk 10 tahun akan datang nak beli sebuah rumah yang baru...dekat mana...aku belum planning lagi..tapi ikut hati nak tengok sekitar negeri Selangor...

Apa-apa pun...Cikma puas hati..duit hasil titik peluh bergajikan cikgu ni..dapat lah beli harta sementara itu..so, bila orang tanya apa yang kita gunakan untuk gaji kita tu..at least aku boleh le berbangga sudah ada rumah sendiri..huhu...ALHAMDULILLAH...:)



Photo by Instagram...so nice..hehe


CIKMA : Harta paling berharga aku...KELUARGA...:)

Thursday 19 April 2012

Hanya sehari

Salam dan sejahtera..hampir sebulan tidak pulang ke Diamond Bay..kerja yang banyak dan hujung minggu yang di penuhi dengan aktiviti yang telah di rancang terlebih dahulu...namun, itu tidak bermakna aku lupakan kampung halaman..rindu pada MAK dan ABAH dan bandar TELUK INTAN tu memang meluap-luap...:)

Tiada yang istimewa di sana..cuma itulah tempat lahir dan membesar aku..kena juga balik sekali sekala..walaupun sebentar..masih ada orang tua di kampung..itulah kewajipan kita sebagai seorang anak..:)

Hanya dapat sehari sahaja di kampung hujung minggu lepas..memang merancang nak balik..tapi sekolah buat LADAP pula masa tu..dan kebetulan Cikma yang kena bagi ceramahnya...tanggungjawab mesti diutamakan..tapi aku minta izin guru besar untuk pulang awal..tak sempat nak dengar ceramah ke-2..

Hajat masa tu cuma satu..nak berkumpul ramai satu keluarga dan kebetulan sepupu pula kahwin..nak tak nak memang kena balik..lewat juga sampai ke kenduri, tapi kenduri saudara kan..lambat pun tak apa..hehe

ALONG juga kebetulan telah merancang pulang ke kampung..sebelum pembedahan AMALIN pada 23 APRIL ni di IJN..dan juga untuk meraikan hari jadi MAK dan ALONG (dua-dua belated..hehe)...

Sempat belanja mereka hanya sebiji kek..namun itu sudah cukup menggembirakan aku dan keluarga..sempat juga ABAH buat mesyuarat keluarga dan juga perkhabaran gembira buat kami semua yang adik Cikma sedang hamil anak kedua...Alhamdulillah..bertambah ahli keluarga TN. HJ MOHD YAHYA...

Sempat snap barang sekeping dua gambar semasa berada di kampung...layan..:)


MAK dan ALONG..(picture by Instagram..) nice lol!!!



Ehek!!..dua budak comel dan cute!!






Makan tengahari hujung minggu..Rendang Udang dan Ikan Siakap Stim..

CIKMA : Kempunan ikan siakap stim..special request aku untuk  kak long aritu..:)hehe...


Tuesday 17 April 2012

Memberi ilmu itu wajib

Salam dan sejahtera...seronok dalam pada masa yang sama apa yang aku impikan dah pun terlaksana..walaupun bukan semua dan tidak semua yang dapat aku berikan..sekurang-kurangnya hajat nak jadi penceramah kepada rakan-rakan sejawat di SK Pandan Indah terlaksana..

Setahun menanti..uihh..lama kan..beberapa kali di tunda..akhirnya LADAP (Latihan dalam Perkhidmatan) untuk tahun 2012 ni dapat di lakukan..memang banyak lagi sebenarnya yang aku nak berikan pada rakan-rakan, tapi kekangan masa membantutkan ilmu yang nak aku berikan..di tambah alatan dan bahan kursus yang terhad (tak ramai yang bawa lappy)..tapi rasanya mereka faham dan boleh lakukan kot apa yang Cikma berikan...penggunaan Movie Maker untuk pembelajaran memang menyeronokkan..lebih-lebih lagi hasil yang kita buat orang lain suka..:)


Apa-apa pun..Cikma suka kalau orang lain pun suka..minta maaf lah pada rakan-rakan yang tak berapa nak faham kalau apa yang Cikma sampaikan tu tak boleh di terima...memang nak buat benda ni memerlukan lebih masa..bukan sejam dua jer..cuma kalau boleh lepas ni...rajin-rajin bawa lappy ekk..senang Cikma nak ajar..bukan apa..Cikma suka sangat nak kongsi ilmu pada kengkawan...bila kita kongsi sekurang-kurangnya dapat membantu rakan-rakan yang tak tahu kepada tahu dan boleh menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran terutama nya berkaitan komputer..kan memberikan ilmu kepada orang itu wajib...betui tak???

CIKMA : Thanks kepada rakan-rakan yang sudi datang dan menuntut ilmu tempoh hari..:)

Friday 13 April 2012

ADELE - SET FIRE TO THE RAIN




BEST sangat lagu yang perempuan ini nyanyikan..vokal sangat baik...yang pasti walaupun big saiz (macam Cikma)..tapi sangat berbakat dan di kenali ramai....layan lagu yang sangat Cikma suka dengar sekarang..:)


CIKMA : Version ni memang Cikma suka...aduhai...terasa baru nak beli album dia...:)

Thursday 12 April 2012

11 cara pilih sahabat

Menggunakan masa senggang sebentar di tengah malam / awal pagi...emm...nak masuk ke Pengkalan Data Murid punyalah susah..tengok yang online...12000+++..mau nye tak dapat masuk..dah mula rasa fed-up..Cikma update belog dan nak kongsisedikit tips memilih sahabat yang baik untuk kita...

Ramai yang ada kawan/sahabat kan..tapi bukan semua kawan akan jadi kawan yang boleh susah dan senang bersama kita...bagilah berapa ratus atau ribu pun kawan..nak memilih kawan yang sejati dan saling memahami sangatlah sukar dan payah...tapi..kita sendiri tak boleh terlalu memilih kawan...takut nanti hidup jadi bosan dan jadi makhluk yang duduk di dalam dunia sendiri jer..




So, perhati dan pikir-pikirkan tips  ni....untuk diri Cikma sendiri dan yang lain-lain dalam memilih kawan/sahabat....

1) Jika berbuat baik kepadanya, ia akan melindungimu
2) Jika rapatkan persahabatan dengannya, ia membalas baik persahabatanmu
3) Jika memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu
4) Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
5) Jika engkau meminta sesuatu bantuan, ia akan mengusahakannya
6) Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
7) Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
8) Jika ia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, ia akan menghargainya
9) Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
10) Jika engkau merancangkan sesuatu, ia akan membantumu
11) Jika engkau berselisih faham, nescaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


CIKMA : Ramai kawan..tapi bukan semuanya rapat..kerana rapat tak semestinya akrab...dan akrab tidak semestinya intim...betui tak???renung-renungkan..dan selamat semuanya..:)

Tuesday 10 April 2012

Mirror Mirror


Menonton wayang di hujung minggu lepas...weeee...MIRROR MIRROR...sorry to say..bukan genre filem yang Cikma minat untuk tonton..tetapi di sebabkan menemani my friend yang tengah stress dengan kerja yang berlambak di sekolah..terpaksa lah ikut...ngee....sanggup suruh dia cari tiket untuk filem BATTLESHIP..rupa-rupanya release hari Khamis ni (12/04/12)...tak teringat filem tu belum keluar panggung....

Dengan rasa berat hati tengoklah jugak...bagitau dorang..Cikma nak tidur dalam panggung..sebab tak minat cerita ni dan ditambah Cikma kurang tidur sehari sebelum nya (sejam jer tido..ntah pasal apa tak dapat tidur...penangan Old Town Coffee kot)...

Tapi lain pulak ceritanyer u'lls...Cikma terbahak-bahak ketawa..lagi-lagi time orang-orang kenit tu muncul depan skrin...nak kata lawak sangat...tak pun...tahan ok mata ni daripada di tutup...member tadi siap-siap perli lepas habis cerita..kengkonon tak minat kan...haha..ooo..rugi tak tengok derrr...bayor RM 11.00 tu....:)..hehe...

Anyway..Cikma bagi 2 1/2 bintang jer...cerita sangat klise...boleh agak ler kalau nonton cerita version SNOW WHITE 2012 ni kan...well..untuk kengkawan Cikma tu...lepas ni teman kan aku tengok cerita perang-perang tu ekk...........:)...layan...

CIKMA : Rasanya dalam panggung tu kiteorang yang kuat gelak..nasib tak kena halau...haha...

Rombongan Cik MAI....

Rombongan CIK MAI...lebih realistik di letak tajuk begitu..ceh...MAI (singkatan kepada pangkal pertama nama-nama 3 dara glamour di SKPI!!! - MAZNAH, AKMA, INA)...haha...gelak-gelak dulu....:)

Aktiviti pertama anjuran Panitia Pendidikan Seni untuk sesi 2012...rombongan ke Pesta Kraftangan Malaysia di Jalan Conlay...kali pertama juga menyertai rombongan sekolah sejak posting di SKPI...kalau setakat bawa budak-budak pergi pertandingan ke..itu tak masuk list rombongan ekk....

Budak-budak teruja dan gembira..gambaran sebenar budak-budak SKPI yang jarang sertai rombongan walaupun Jalan Conlay tu sekangkang kera je dari SKPI..oklah kan untuk budak-budak ni mengenal seni kraf tradisional Malaysia...budak-budak pun tak banyak songeh dan buat hal..ok-ok jer...

Kami kalau boleh nak buat setiap tahun rombongan ke Pesta Kraftangan ni...sekurang-kurang nya kalau kita mengajar budak bandar ni apa benda nya gasing, budu, tikar, buluh, batik, canting, seni tembaga, seramik dan sebagainya takdelah dorang ternganga tak tahu...bagi mereka tu menambah ilmu di dada...yelah dok asyik ralit dengan tab dan ipad...susah juga kan...

Layan sedikit gambar yang sempat di snap....:)




















CIKMA : Nak pegi jalan-jalan lagi..ada sesapa nak bawak tak???....

Sunday 1 April 2012

Pesta Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay...

Setiap tahun dalam akhir bulan MAC..mesti ada Pesta Kraftangan Malaysia yang di adakan di Pusat Kraf, Jalan Conlay, KL...

Berkesempatan pergi tahun ni...dah hampir 3 tahun tak pergi (budget takdo!!!hehe)...tahun ni dapat pergi..lagipun dah lama tak ke sana dan juga nak membeli baju batik!!!(motif???dah 2 pasang baju batik Cikma koyak!!ganas kan..hihi)

Layan ekk perjalanan Cikma dan rakan-rakan...nanti ada juga yang Cikma akan masukkan entri tentang rombongan Cik Peah ke sana semalam...haha...layan...



Sarapan dulu...untuk tenaga berjalan-jalan







Cik Nah sibuk pilih kain..huhu


Cik Ina sempat posing






Berkoyan-koyan...haha









CIKMA : Tengok hasil-hasil seni dan kraf ni..teringat balik kenangan study kat UiTM...hehe..ingat-ingat lupa nak buat semua tu...:)

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...