IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Ahad, 31 Oktober 2010

HARI MESRA NIAGA SKPI 2010

Salam dan sejahtera....aku masih rasa sangatlah penat...otak still tak boleh berfikir secara normal lagi!!!huhu..bukan lah sampai gila...tapi..Cikma memang penat...hari ni pun ada hal...rasanya 7 hari waktu bekerja this week...macam nak cuti sekolah je esok!!bila pikir balik..kertas soalan dan bertimbun atas meja..yang lain-lain nyer kerja pun ada yang belum settle...so, terpaksalah buat...kena buat..wajib buat!!!ngeee...

Entri kali ni...Cikma just nak share tentang suasana Hari Mesra Niaga SKPI 2010..ramai yang datang, walaupun pada awal pagi semalam sangatlah hujan lebat.....dalam pukul 9.00 pagi baru reda..apa-apa pun Cikma enjoy walaupun semalam hati aku juga sayu...:(...kenapa???biarlah...hanya ALLAH SWT, aku dan pihak sebelah sana je yang tahu...jujur...sampai ke saat ini aku masih rasa sedih...sayu..dan perasaan ni masih belum stabil...aku akan cuba kawal perasaan..sampai bila???aku tak pasti..cuma..aku akan kenang kejadian semalam sebagai satu pengajaran buat aku di masa depan....

So, enjoyz tengok gambar yang sempat aku ambil semalam..macam biasa si tukang amik gambar tidak wujud di dalam gambar ok!!!busy sungguh-sungguh semalam...nak kata untung tu..adalah sikit..barang ada lagi sikit yang belum di jual...tengok keadaan, kalau ada rakan-rakan sejawat nak beli..harga boleh runding...hehe..janji dapat balik modal pun jadilah....hehe.......:)








Antara barang-barang yang aku jual di GERAI JUALAN DAN PAMERAN PIBG..



Teka berat kek dan kuantiti gula-gula..pemenang nya.....


SI MAMAT POYO LAGI GEDIKS!!!hehe....yang teka gula-gula tu tak nak ambil gambar..ada sorang pengunjung yang dapat teka..tahniah lah ekk pada parents tu..:)


Ramai betul nak masuk RUMAH HANTU ni!!!ngeeee...


Bersedia....di takutkan dan menakutkan!!!haha


Gerai kupon yamg sentiasa sibuk..lagi-lagi yang badan beso tu...ngeee..:)

Inilah yang dapat aku share...seronok??bolehlah..penat???memang penat giler....apa-apa pun rasanya semua pengunjung enjoyz...kan....

CIKMA : Havoc nya Hari Mesra Niaga 2010 ni sebab ada KLFM..secara live ekk...ada artis lagi yang datang..pelawak SATHIA, penyanyi BEINDA dan JAY JAY...suka lah yang pihak di atas tu!!!huhu...

Jumaat, 29 Oktober 2010

Lega....buat masa ni!!!

Alhamdulillah...lega rasa sikit kepala otak...masalah semalam dah dapat di settlekan...nasib boleh terpikir back-up yang lain yang secara tidak sengaja muncul dalam fikiran aku..thanks pada Kak Intan..yang tolong aku tadi carikan beberapa item yang agak-agak sesuai untuk aku jual semasa Hari Mesra Niaga esok di SKPI...

Walaupun semalam aku cakap malas nak pikir masalah yang aku hadapi...tapi macam biasa...aku tak boleh nak anggap sesuatu benda tu remeh...espicially benda ni melibatkan tanggungjawab aku sebagai ketua gerai PIBG..kalau dah di beri tugas..aku kena buat dengan sedaya mampu dan bersungguh-sungguh...kecuali..kalau tugas itu memang aku tak suka buat..lantaklah...memang tak hingin aku nak buat..ngeee....

Cuma untuk pameran...aku memang lupa betul pasal pameran esok...terlalu memikirkan tentang gerai jualan, pameran aku abaikan...aku pun tidak di follow-up oleh s/u PIBG..baru malam tadi dia cakap..hadui...kena pulak arrange tempat...dalam kelas...tapi nak menyusun kerusi meja tu yang berpikir 16 kali..aku ke yang kena buat sorang..kalau ikut petang ni janji nak buat..tapi di sebabkan ada benda yang masih aku belum settlekan di rumah..so, terpaksa di postponed kan...dah sms mamat tu..tak reply..tak tahulah dia dah susun ke tak...pening gak kepala pikir....aku ke yang kena susun...dah le pompuan...semua yang bawah gerai jualan dan pameran PIBG ni semua nya pompuan...mamat tu cakap dia boleh tolong aku..but aku takut dia sibuk je petang ni..paham tugas dia lagi banyak berbanding aku yang ala-ala je ni...last-last..aku bagitau kat dia...buat esok pepagi...kena lah aku keluar awal dari rumah esok....emmm....rasa lega kalau Hari Mesra Niaga ni dapat settle cepat....dah selesai..aku rasa otak akulah yang paling bahagia daripada bahagian anggota badan aku yang lain kalau dah selesai semua....ni belum masuk kerja nak menanda kertas soalan akhir tahun dan pelbagai kerja lagi lepas ni...itulah dunia sekolah...awal tahun dan akhir tahun memang antara waktu yang paling sibuk kepada para pendidik...redha ajelah ekk..dah tugas kita kan...:)

Insyaallah..gerai PIBG akan di buka seperti biasa...apa aku jual..emm..datang esok ke SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN INDAH, KL untuk bersama-sama memeriahkan HARI MESRA NIAGA 2010..macam-macam ada!!!

CIKMA : Cerita lain pulak yang keluar..buat aku pening kepala sekejap tadi...tapi bila pikir-pikir balik...emm..aku malas nak layan...nanti buat aku jadi stress jer....

Khamis, 28 Oktober 2010

Malas nak pikir...

Bila di pikir..sakit rasa otak..kalau tak di pikir...apa pulak yang nak aku buat..last sekali...malas dah nak pikir...ada ke tak..aku teruskan jugak...emmm...

Kalau takde..kira tak banyak sangatlah kerja...tapi terpikir pulak kan Puan Besar tanya..tapi macam biasa..bila aku tanya orang yang dah berpengalaman...dia cakap biarkan...takpe..jangan risau..jangan pening-pening kepala..lega lah sikit otak aku ni...tetap jugak aku try tanya pihak sebelah sana tu...tapi still tak dapat nak contact..bengang pun ada ni...tapi aku memang malas nak pikir...kalau sampai esok dia tak reply call aku..maknanya...aku buat jelah apa yang ada...kena jugak lah tukar plan...bagitau pada kengkawan yang under aku ni tentang tugas diaorang..andai kata adalah barang yang aku order tu...kira semua kena datang dari pagi sampai petang..tapi kalau takde...aku akan arrange ikut time..

Hopefully hari Mesra Niaga pada Sabtu ni akan berjalan dengan baik...harap jugak Mem Besar tak tanya aku soalan-soalan cepu mas tentang problem yang aku hadapi sekarang..yang penting aku nak enjoyz jer nanti!!!..layannn........:)

CIKMA : Baru excited nak menjual bagai..tapi last minute...hadui..hampeh betul!!!

Rabu, 27 Oktober 2010

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Allah berfirman mahfumnya “Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)” As Sajadah-11





CIKMA : Sentiasa beringat untuk diri sendiri..........

Selasa, 26 Oktober 2010

KALAU BERPACARAN

Syok giler lagu ni..very catchy song..first time dengar dalam Suria FM dalam 2,3 minggu sudah..Anna Raffali feat Suhaimi Meor Hassan dan Altimet...kalau yang zaman 70-an taulah kan siapa Suhaimi Meor Hassan ni..dia yang nyanyikan lagu berhantu "EPILOG CINTA DARI BROMLEY"...suara jantan u'lls...so layan video dan lagu nya ekk!!!!





CIKMA : Suka suara jantan Suhaimi Meor Hassan...satu negeri dengan teman ni...:)

Pecah Rekod!!

Huwaaa....Salam dan sejahtera....sedapnya tidur semalam..hehe..hujan pulak kan..memang best tidur petang...lepas balik sekolah..tak boleh nak buat apa...mengantuk ya amat...tak tahu pasal apa letih sangat aku petang semalam....

Kerana letih..aku buat rekod..pergi sekolah pukul 8.00 pagi!!!erk....tersedar pukul 7.30 pagi..walhal dah set jam pukul 6.30..bukan tak dengar alarm...lepas dengar..aku boleh sambung tidur..konon-konon nak lelap sekejap dalam 10 minit..last-last 1 jam terlajak!!!...

Qadha solat subuh...mandi dan siap macam orang tak cukup tangan..sms KAK MIN konon-konon suruh cover..masa bersiap tu terpikir..hari ni Isnin..pagi ada assembly, tak delah nak rush sangat..paling koman budak-budak masuk kelas dalam pukul 8 pagi..tup-tup..tak terpikir yang hari ni budak tahap 2 dah start exam akhir tahun..so, assembly takde..huhu...budak-budak masuk awal ler dalam kelas...tak tahu lah macam mana dalam kelas 1 Bestari tadi..sesampai je kat area sekolah..aku tengok kereta Puan Besar dah ada..ngeee...aku dengan laju nya bergegas ke kelas...tengok dari tepi tangga nak ke kelas tu nampak lah Puan Besar dah tercongok kat depan pintu kelas 1 Bestari..haduilah..boleh lah pulak dia singgah kat situ..

Kebetulan ada 2,3 orang murid nampak aku terus meluru depan aku..bagi cover kupon Mesra Niaga kat aku suruh masuk dalam bekas cabutan bertuah..aku terus naik atas..tulis nama dan amik buku rekod mengajar..kebetulan masa nak turun balik ke kelas terserempak dengan PK 1...cover diri sendiri beb!!!sembang kejap dengan dia..buat-buat soalan bodoh gitu..hehe...dan Puan Besar pun naik nampak aku..siap berlakon bagai depan dia...cakap konon aku tak perasan yang hari ni tahap 2 jer yang exam...lupa yang tahun 1 start hari Selasa...hehe...lepas aku...terus masuk kelas..macam biasa buat muka poyo depan budak-budak...kelakor2.....:)


So, conclusionnya Cikma..janganlah tidur lewat sangat ekk..pastu..dah bunyi alarm tu terus bangun..jangan dok sibuk nak tidur balik..ngeee...:)...maybe nilah penangannya bila sejak seminggu ni waktu tidur aku tak tentu...lewat tidur...kurang tidur dan sebagainya...badan dan otak letih..tapi mata tak boleh nak pejam...ntah tak tahu pasal apa..adakah ni kesan-kesan diet ekstrim yang aku amalkan???emmm..confused2....


CIKMA : Lega sebab semua barang untuk Hari Mesra Niaga dah settle...just tunggu barang daripada supplier...maybe Khamis ni dia hantar ke sekolah...teruja...tak sabar nak berniaga nanti...:)

Ahad, 24 Oktober 2010

Sharing this!!! (Pemakain tudung zaman kini yang.....)

Salam dan sejahtera...hari minggu yang damai...lega...dapat kemas rumah yang dah berzaman tak di sapu...berzaman???hehe...biasalah..busy memanjang..kengkadang hujung minggu takde kat rumah..balik kampung lah, pergi umah ALONG lah..jadinya memang tak berkesempatan nak mengemas..tengah takde buat apa-apa ni..aku dengan segala tenaga yang ada membersihkan rumah...dapat jugak keluar peluh kan...:)

Entri kali ni Cikma nak kongsi satu informasi kepada semua blogger espicially kaum wanita yang beragama Islam..dah lama aku nak share kat sini..tapi delay jer...hari baru dapat nak letak dalam blog...Cikma mintak izin pada yang empunya blog IBNU KHALID untuk sama-sama kongsi maklumat ni....harap dia izinkan...:)..

Mungkin ramai dah tahu..atau ada yang tak tahu...harap lepas ni kepada sesiapa yang baca..cuba fikir sejenak..Cikma pun bila dah tahu terus tak nak buat dah...apa yang aku buat...para blogger baca lah ekkk...






Sharing daripada blogger Ibnu Khalid

Isu yang saya hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kai
tkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.

Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.

Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...

Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..

Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..

Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..

Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).


Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta.Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup aurat....

CIKMA : Harap lepas ni kita berhati-hati....Cikma mengaku kengkadang susah nak cari tudung jenis ni yang panjang dan labuh....kalau ada di pasaran banyak saiz kecil...buat masa ni sebahagian koleksi tudung ni dalam simpanan aku adalah saiz yang besar..yang mana Cikma pakai semua nya labuh menutupi dada....kepada yang memakai tudung ni..di nasihatkan...ubahakan cara pemakaian mengikut syariat Islam.....

Sabtu, 23 Oktober 2010

Langgar pantang???

Salam dan sejahtera..baru rasa nak rest...sejak semalam hingga tengah hari tadi duduk memanjang di sekolah untuk memasak bagi program Perkhemahan Perdana Unit Uniform SKPI 2010..aku di tugaskan untuk bahagian memasak...enjoyz u'lls masak walaupun penat..tapi bila hati ikhlas terima buat kerja..rasa letih tu hilang..lagi-lagi dapat pulak memasak dengan geng yang ala-ala suku otak nya sama macam aku..haha...sorry ekk..kami ni kalau dah jumpa memang gila-gila sikit...bak kata cikgu-cikgu kat sekolah aku tu...kalo le anak dara ni masuk dapur dan jumpa pulak geng-geng mau pecah dapur tu di buatnya..thanks pada KAK JUN @MAK UDE dan KAK BESAH yang jadi ketua chef..memang tip top masakan diaorang ni..almaklumlah...orang-orang lama ni air tangan memang best!!!..aku...tukang bantu je apa yang patut..tukang rasa pun ada lah jugak...:)

Cikma rasa..hari ni pun antara hari yang banyak makan dalam tempoh 2 minggu ni..sorry lah sesangat kepada diri sendiri..aku dah langgar pantang sebenarnya...kalau ikut hati memang tak nak jamah walau sebiji nasi pun..tapi di sebabkan mereka-mereka tadi telah menapaukan untuk Cikma makan tengahari (aku balik awal sikit tadi sebab nak mandi dan buat sikit preparation untuk jadi emcee Majlis Penutup Perkhemahan Perdana petang tadi)...jadinya terpaksa lah makan..terpaksa ekk..rasa kesian pulak tengok diaorang susah payah tapukan untuk aku...aku jenis tak kisah...tak dapat makan pun tak pe..tengah berdiet lah katakan...maleh pun nak makan..pagi tadi dah jamah bihun goreng..jadi rasa dah makan sekali sehari tu dah cukup...bila dorang dah bagi..kenalah ambilkan...lagi-lagi dorang tapaukan pulak kaki ayam dan hati yang aku perapkan dengan sos cili, kunyit, garam, sos tiram dan kicap manis tadi..tak sempat nak goreng aku suruh mereka gorengkan..yang best...depa suka sangatlah makan resipi yang aku rasa aku campak-campak jer tadi...air tangan Cikma menjadi lah pulak...hehe..belasahlah ekk..dari di buang kaki ayam tu kan baik kita buat goreng berperisa...:)

So, hari ni aku langgar pantang...makan nasi beriani, ayam masak merah dan sayur jelatah...tapi aku makan sikit jelah...yang separuh lagi tu simpan dalam peti ais..kenyang ya amat.....mau lah sampai malam karang aku tak makan...dah makan petang ni...harap tak naik lah berat badan aku ni...:)...



CIKMA : Masih berusaha dan tetap berusaha untuk turunkan berat badan...semoga mission sukses!!!!...:)

AMALIN - 3 BULAN

Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana memperkenankan doa-doa mereka yang mendoakan kesejahteraan AMALIN..dah masuk 3 bulan AMALIN...tak sangka masa cepat sangat berlalu...AMALIN semakin baik...dah boleh senyum kalau kita mengagah dia...mulut macam nak bercakap..dah pandai renung-renung orang...tengah nak belajar kan....budak-budak memang suka melihat benda yang pelik...mula dia tenung jer...:)

ALIN dah pun di botakkan minggu lepas dan bersunat sekali..semalam dia ke IJN untuk pemeriksaan kesihatan dia espicially jantung...berat dah 3.0 kg...satu perkembangan yang sangat baik...suka rasanya bila dia boleh
minum susu dengan banyak...meragam pun dah tak berapa sangat..kalau meragam pun cuma lapar atau buang air besar je...

Aku berharap sangat AMALIN akan sentiasa sihat dan sejahtera....dapat membesar seperti kanak-kanak yang lain...rindu nya kat ALIN...:)...MAK NGAH SAYANG KAT ALIN....MUAH..MUAH...

Ni wajah latest ALIN yang dah kena botak...hehe..sebijik macam muka ALONG kecil-kecil dulu..lebih-lebih lagi dahi nya yang luas tu.....:)


AMALIN YANG COMEL!!!HEHE





CIKMA : ALIN dah boleh tau nama dia kena panggil...duk tengok jer kita bila dengar nama dia.....:)...

Khamis, 21 Oktober 2010

Cucur JAGUNG

Lama nya tak berentri masak-masak..semalam akhirnya aku ke dapur...dah lama tak menjengah apa-apa yang patut di ruang paling aku suka dalam rumah tu....just masak yang simple...bukan lauk pauk pun...buat cucur jagung yang dah lama aku teringin nak makan dan buat sendiri....:)


CUCUR JAGUNG

Bahan-bahan..very simple..just tepung gandum, jagung peket, sedikit koktel sosej, kunyit, bawang dan garam...aku letak baking powder dan campur air panas dan air biasa untuk bagi gebus lagi...yang bestnya..Cikma makan cucur jagung ni dengan sambal sotong yang aku bawak dari kampung minggu sudah..baru nak makan ok...hehe...nasib letak dalam peti ais...sambal sotong..made by Cikma...kenyang jugak semalam...hari ni...Cikma hanya jamah 2 keping roti dan selebihnya minum susu pagi tadi..ekk!!!...ekstrim sangat ke aku ni nak kurus....rakan-rakan sejawat dah bagitau jangan terlalu ekstrim sangat..berbahaya untuk kesihatan...tapi Insyaallah...buat masa ni badan aku boleh terima keadaan macam ni..doa-doakan aku sihat lah ekk..untuk meneruskan misi tidak mustahil ni.....:)


SAMBAL SOTONG


CIKMA : Persiapan untuk Hari Mesra Niaga bagi gerai PIBG berjalan lancar..aku dah ada bahagikan beberapa tugas kepada grup aku..harap-harap semuanya ok!!!....:)

Rabu, 20 Oktober 2010

Memulakan misi......

Salam dan sejahtera...Alhamdulillah...aku dah tak berapa ting tong hari ni...syok wei!!!dapat aku buat kerja dengan tenang...di saat aku membuat entri ni...aku hanya jamah 2 keping roti dan minum susu pagi tadi..dan aku mampu bertahan untuk tidak menjamah apa-apa lagi..perut dah berbunyi heavy metal...tapi aku tak rasa nak makan...maybe petang sikit kot baru nak mencari makanan..makan apa???aku tak tahu lagi..bercadang nak masak sesuatu..tapi tengoklah keadaan...rasa dah lama dapur tu tak berasap...aku pun dah lama kan tak masukkan entri makan-makan ni..sorry arr...tengah berdiet...memang lah kurang aku ke dapur...walaupun pada natijahnya..rindu betul aku nak masak!!!!...:)

Minggu ni...aku lebih fokuskan kerja aku sebagai ketua gerai PIBG untuk Hari Mesra Niaga minggu depan...buat soalan akhir tahun PSV dah settle..kertas lukisan pun dah bercop dan di kira, buku adab belajar murid bagi kelas aku dan kelas lain dah settle, so boleh aku fokus lebih pada tugas-tugas ni...sebelum ni aku dah beli beberapa barang untuk gerai aku tu..tadi dah print beberapa keping borang untuk di gunakan masa jualan Mesra Niaga nanti...cuma sekarang aku kena tunggu kad manila dan beberapa alatan tulis untuk nak buat poster gerai aku tu...tugas buat poster..aku akan serahkan pada beberapa rakan sejawat yang berada di bawah gerai jualan PIBG...pastu aku kena pulak nak mencari cup cake...kalau ikut hati nak buat jer..tapi tools dan bahan takde...oven my housemate ada bawak...entahlah..tengok keadaan...kalau malas..aku beli jer kat kedai kek....

Ada jugak beberapa barang yang masih belum aku beli...nak kata beli tu..rasanya boleh ambil yang tak di guna lagi macam kotak, getah, plastik kosong dan sebagainya...aku belum jugak bahagikan kerja pada mereka yang di bawah aku ni..maybe esok lusa aku bagitau apa yang harus diorang buat...barang yang aku pesan pada supplier akan sampai hari Jumaat ni..tapi hanya 1 item jer aku mintak awal...untuk jual awal pada budak-budak...2 item yang lain aku baru jual pada hari Mesra Niaga nanti...untung rugi..aku tak berapa nak fikir sangat...masalah yang aku hadapi sebelum ni pun dah aku anggap settle...thanks pada KAK ZAIMA, KAK ROS dan ZAKI yang bagi aku penerangan dan ketenangan dalam diri...sorry arr..aku bab-bab niaga dan duit ni memang failed!!!...tapi bila dah dengar apa yang mereka cakap dengan aku..aku boleh faham sedikit demi sedikit...tu yang aku cakap..untung ke rugi..aku taknak fikir sangat..janji masa Hari MESRA NIAGA tu semua nya berjalan lancar dan di permudahkan........:)


CIKMA : Rasa bersemangat pulak aku hari ni...sebab???entahlah...misi mustahil pun nampaknya membuahkan hasil...kita tengok pulak esok...misi seterusnya...macam mana lah ekk....:)

Selasa, 19 Oktober 2010

TING TONG!!!

Hari yang memang buat aku rasa macam nak pecah kepala...minggu yang buat segala anggota badan aku jadi kacau bilau...memang dugaan betul bila kita ni nak start berdiet...dugaan bila kita paksa badan ikut kata hati...serius...aku letih yang amat sangat..tapi dalam letih tu jugak rasa suka banget sebab perut dah boleh terima dalam keadaan yang kosong untuk tempoh yang agak lama....

Memang...aku tengah seksa perut aku...dan kerana menyeksakan perut aku sendiri..pagi tadi aku muntah dekat sekolah...abis susu yang aku minum untuk sarapan keluar semua...menitik rasa air mata tahan muntah yang keluar tu...tarik nafas dalam-dalam aku....rehat kan sekejap perut..pastu aku pergi kantin untuk jamah apa yang patut..tapi macam biasa aku tak boleh nak terima makanan lagi..selera hilang terus...hanya makan jambu jer tadi...dan petang tadi makan roti 2 keping....itu aje yang aku makan untuk hari ni...teruk kan diet ekstrim aku...janganlah korang ikut ye kalau tak mampu...Cikma ni memang paksa diri untuk buat camtu...dan aku kena teruskan....harap-harap aku boleh tahan...jangan sampai aku pengsan sudah!!!!!

Dan kerana aku kurangkan makan...aku pun tengah mengalami gangguan tidur yang agak teruk jugak...dalam 3,4 hari ni Cikma tak boleh lelap...dalam pukul 3 - 4 pagi baru boleh lena...dan bila tak boleh tidur aku mula lah menghadap lappy ni...macam-macam le buat...main games ler...serve internet le..tengok youtube ler...sampai tak sedar dah pukul 3 - 4 pagi...dan kesannya...aku ting tong!!!!rasa macam aku tengok orang pun dah tak stable....rasa kepala bergoyang-goyang...hari ni pun aku tak berapa nak bercakap dan ceria meria macam selalu...just rileks kan diri jer...


Sampai bila aku jadi macam ni...aku pun tak pasti...yang penting...niat aku nak mengecilkan badan ini akan berjalan dengan lancar...semoga apa yang aku hajatkan akan kesampaian........Aminnn........:)

CIKMA : Still TING TONG!!!!adeh....:(

Isnin, 18 Oktober 2010

Setahun Sudah Berlalu...

Salam dan sejahtera...ouch!!!aduh...argh!!!semua rasa ada hari ni...1 st..terasa sakit mengada-ngada sebenarnya..jari halus Cikma yang dah lama tak terpotong dengan pisau terkenalah pulak semalam masa tengah nak potong sayur...haha!!!lawak-lawak...pedih masih terasa...aku ni memang jenis careless sungguh buat keje...kena api ler..minyak panas ler..kena toreh semua dah rasa...MAK pun dah faham peel aku ni...2 nd..sungguh!!!aku letih giler hari ni...tak tahu napa..dan aku still ting tong lagi...selera makan masih takde...makan laksa di kantin sekolah tadi pun macam di paksa rela...padahal aku ni memang di klasifikasikan sebagai HANTU LAKSA..huhu....entahlah...tapi bagus gak kan..at least badan Cikma dah boleh mengecil sikit...hehe...3 rd..rasa sangat yang kerja akan bertambah sehari demi sehari..nak cuti sekolah ni semua benda nak kena settle...dah rasa terbeban jugak ni..tapi aku confident boleh handle situasi kerja terbeban ni...nama pun cikgu kan...kena pandai manage masa u'lls...:)

Tajuk entri...Setahun Sudah Berlalu...macam best je bunyi nye kan!!!tak de apa-apa maksud tersirat ok...cuma Cikma rasa cepat sangat masa berlalu...usia blog aku ni dah menjangkau setahun hari ni....juga akaun muka buku aku...aku buat serentak kedua-dua nya...dah macam-macam benda yang aku tulis dan rasa dalam blog ni...dari tak tahu nak create blog sampai lah dah mahir gunakan pelbagai widget serta aturan-aturan yang lain untuk memeriahkan blog aku ni...yang best bila ada blog ni..aku boleh share apa yang aku rasa pada orang lain dan jugak dapat share apa yang aku nak dengan para blogger yang lain..selain tu..dapat jugak menambah kawan serta beri aku peluang untuk melihat dan menerjah cerita-cerita blogger...sungguh!!!aku suka berblog...nak kata kemaruk tak lah..tapi kalau sehari tak bukak blog aku rasa macam aku hilang sesuatu...uhuk!!!



Antara yang best bila blog aku ramai yang singgah....syok rasa..bangga pun ada..hehe...

Muka buku pun sama jugak...dulu tak tahu menatang ni macam mana fungsinya...benda wall tu...nak comment, nak cari kawan...nak upload gambo dan macam-macam lagi lah...sekarang...aku dah boleh arr faham fungsi muka buku ni...seronok sebenarnya ada muka buku..sebabnya dapat jumpa kawan yang dah berbelas tahun tak jumpa...dan dapat mengeratkan lagi tali persahabatan tak kira dengan orang yang dah kita kenal dan yang tak kita kenal...serius cakap..sejak ada muka buku ni barulah rasanya Cikma rapat dengan rakan-rakan sejawat di sekolah...sebelum tu..nak cakap sepatah pun susah...tapi sebab ada muka buku ni..barulah dapat kengkawan yang boleh bergurau senda....gitu!!!!


Apa-apa pun..kedua-dua laman ini menjadi alternatif aku untuk melepaskan tekanan dan bebanan...rasa terisi jugak masa kita..walaupun ada lagi kerja penting yang masih belum di selesaikan...yang penting...Cikma enjoyz sangat berblog dan bermuka buku!!!!!!.........:)

CIKMA : Rasanya aku ada bagitau dulu sebab utama macam mana aku boleh terjebak dalam dunia blog dan bermuka buku kan...emmmm..:)

Ahad, 17 Oktober 2010

Bila tiada selera....

Hari minggu yang damai...sebelum bertolak balik ke KL sempat berentri baru...baru lepas masak...banyak masak hari ni...masak lemak ikan jenahak, sambal sotong, goreng ikan bawal dan goreng sayur campur...emm..sedap kan...cuma Cikma sendiri tak paham kenapa sejak 2,3 hari ni selera makan tak berapa nak masuk dalam perut...perut pulak meragam..tak tau nape.....

Nak kata takde selera...makan lah jugak..cuma kurangkan pengambilan makan nasi...memang Cikma akui tengah dalam prosen nak 'mengecikkan badan' ni...sebab pertambahan berat badan aku ni dah terlebih-lebih dos nya...sebelum ni selera makan cukup tip top...tapi bila dah mind set dah fokus untuk kurangkan makan..jadinya secara automatik aku nya sistem penghadaman dan pencernaan berubah sama sekali......

Apa yang aku makan..adalah dalam kuantiti yang sangat sikit...aku abaikan lunch dan dinner...perlu breakfast sebab memang aku ajar perut aku menerima makanan di pagi hari...kalau aku tak sarapan..perut aku sakit dan aku rasa sangat lah lemah...at least kalo aku tak sempat makan aku just minum susu jer..dalam pukul 10 pagi...aku akan makan kat kantin sekolah..itupun tak ambil makanan berat macam nasi..tapi sekadar alas perut...tengahari aku tak makan...cuma aku akan buat minum petang...malam kalau lapar sangat aku minum milo dan makan biskut....

Dalam tempoh seminggu ni aku buat benda yang sama yang pernah aku buat dalam tempoh beberapa tahun yang lalu...dulu aku tahan..tapi sekarang...bila aku buat macam ni...aku dapat rasa yang sistem badan aku sangat lemah...aku mula rasa pening 2,3 hari ni...cepat letih dan selebihnya perut aku meragam...maybe cara aku mengurangkan pengambilan makan buat aku jadi macam ni...

Tapi, aku kena TERUSKAN jugak..sebab dengan cara nilah aku boleh kurangkan berat badan aku...kalo aku makan pun untuk kuantiti yang sikit...untuk lapik perut jer..aku cerita benda ni pada MAK.macam biasa dia dah tau yang aku ni hangat-hangat taik ayam jer..katanya...tapi kali ni..Insyaallah...aku akan cuba buktikan yang aku boleh buat...cukup-cukup lah dah berbelas-belas tahun dengan bentuk badan saiz 40 ni...teringin jugak nak ada bentuk badan macam Priyanka Chopra kan.....:).......


CIKMA : Gambar tiada kena mengena dengan diet ekstrim aku..tapi sebagai rujukan kepada semua dan diri ini....MAKAN SEBELUM LAPAR...DAN BERHENTI SEBELUM KENYANG.....:)chaiyok2 Cikma!!!!!

ALIN @ AMALIN

Salam dan sejahatera..fuhh!!!lega rasanya..abis sudah peksa PTK..result...kita tunggu ajelah...aku tawakkal jer..jika rezeki tu berpihak pada aku..syukur Alhamdulillah...apa yang pasti..PTK dah takde lagi...dah di mansuhkan masa pembentangan BAGET 2011  hari Jumaat kelmarin...lepas ni..tak tahu lah periksa apa yang menggantikan PTK  tu...kita tunggu dan lihat ajelah ekk....:)

Alhamdulillah...AMALIN beransur sihat...dia dah pulang ke rumah 2 minggu sudah...tapi masih lagi di beri pemantauan oleh pihak hospital...masih ada lagi rawatan susulan untuk ALIN...dia dah boleh minum susu secara normal..tak perlu tiub lagi..dah boleh hisap susu badan KAK LONG...hari Isnin lepas baru bercukur rambut dan sunat sekali..aku belum sempat tengok wajah nya yang terbaru tanpa rambut..Insyaallah minggu depan aku jenguk ALIN kat rumah....

ALIN sekarang dah pandai nak manja-manja dengan kami...tak boleh letak sikit...dia merengek..nak asyik berdukung jer...nak tidurkan dia pun kena usung sana sini baru boleh tidur...kalau letak..terus bangun dan nangis...kesian jugak KAK LONG...terpaksa usung dan jaga ALIN macam tu..tapi lepas jumpa mak bidan masa cukur rambut ALIN...baru dia kurang nangis...tak delah kuat meragam nya lepas tu.....

So, ni gambar ALIN @ AMALIN yang latest...sapa-sapa yang rindu kat ALIN...tengok si kecil kesayangan aku ni puas-puas ye!!!!...:)


Bulatnya mata ALIN ni..:)




ALIN tengah minum susu...




ALIN WITH MAK NGAH...HEHE..

CIKMA : Tak sabar nak tengok wajah terbaru ALIN....:)

Jumaat, 15 Oktober 2010

LEGA...MIND FOCUS NOW....PTK!!!

Alhamdulillah..rasa lega sangat-sangat...selesai sudah Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat SKPI...semua nya berjalan lancar..walaupun murid-murid susah sikit nak handle..al-maklumlah..semuanya datang pagi...jadi keadaan agak sedikit kacau bilau..tapi dengan usaha guru-guru yang terlibat..majlis akhirnya berjalan seperti yang di kehendaki.....:)

Cikma rasa satu perkara dah settle dalam kepala..lepas ni...kena fokus sekejap pada exam PTK esok pagi...ni kali ke-2 Cikma amik peksa...kalau exam ni tak lepas 4/4..jawabnya...tunggu pergerakan gaji biasa jelah...Insyaallah..Cikma kena fokus betul-betul kalau nak lulus cemerlang ni..harap-harap apa yang di hajatkan akan kesampaian.....:)

Lepas exam PTK..fokus Cikma akan terarah kepada 2 perkara penting..iaitu exam akhir tahun dan Hari Mesra Niaga SKPI yang akan di adakan pada 30 Oktober ni...kebetulan peperikasaan akhir tahun akan di adakan pada minggu yang sama iaitu 25 Oktober sehingga 2 November 2010...aku kena buat soalan Pendidikan Seni Visual bagi tahun 1..sekali lagi ok...takpelah...tak de orang nak buatkan...jadi Cikma buatkanlah....berkenaan Hari Mesra Niaga pulak..Cikma kena handle gerai pameran dan PIBG..sebagai ketua..aku kena buat kerja lebih sikit...belum start apa-apa lagi..tapi dari segi perancangan dah ada..cuma aku belum bagi tugas tu pada ahli-ahli yang lain...Insyaallah minggu depan baru nak bagi tugasan tu pada mereka..harap sangat mereka dapat beri kerjasama pada aku...............:)



CIKMA : Mengharapkan sesuatu keajaiban akan berlaku....LULUS CEMERLANG!!!!Insyaallah...:)

Khamis, 14 Oktober 2010

Jadi emcee esok!!!

Salam dan sejahtera...Cikma tengah berdebar ni..hehe..bukan sebab apa pun..esok aku kena jadi emcee untuk Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat SKPI...adeh!!!macam biasa..aku tak buat apa-apa preparation pun..tak macam last year ok!!!record suara sendiri sebab nak pastikan intonasi suara dan sebutan jelas dan terang..wah!!!dan hasilnya...ramai yang berpuas hati aku handle majlis tu secara solo....:)

This year...aku berpasangan dengan Cikgu Razak...nampak berkaliber dalam mengacarakan beberapa majlis sebelum ni...so, aku tak rasa nervous sangatlah sebab ada orang back-up aku..tak le sensorang atas pentas..at least kalau aku tersasul ke atau terhilang ingatan sekejap atas pentas esok...adalah yang boleh cover kan....hehe..

Cikma kena asah jugak vokal ni...rasa macam perit sikit...2,3 hari ni nampak macam tekak terasa gatal dan batuk-batuk...harap-harap esok ok....tadi pun dah terjerit-jerit masa budak-budak tahun 1 berlatih untuk pertandingan pakaian 1 Malaysia..terasa anak tekak macam nak terkeluar je...so...chaiyok2 Cikma!!!!!



CIKMA : Tak sabar nak pegang mikrofon esok!!!.............:)

TRAGEDI OKTOER

Wah!!!tajuk entri yang menggerunkan..serius gerun..huhu..yelah tu...banyak sebenarnya yang berlaku bulan OKTOBER ni...selain daripada Hari Jadi aku yang jatuh pada 9 Oktober lalu...ada lagi kisah yang bagi aku merupakan perkara yang aku takkan lupa sampai bila-bila...

Kisah terjadi lebih kurang 2 minggu sudah...awal OKTOBER...seperti biasa aku akan hantar my bro ke Cheras setiap kali aku balik kampung atau ke rumah ALONG...hari AHAD...tak silap aku lah..aku bawak kereta memang penuh berhemah u'alls...nampak jer body kereta brutal...tapi bab-bab pandu kereta ni...Insyaallah aku akan drive dengan berhati-hati..ikut peraturan ok....:)

Entah macam mana...tetiba...lepas je aku u-turn ada satu simpang (depan downtown Cheras)...aku kena tahan dek mata-mata gelap..ekk???dalam hati...apa hal pulak kena tahan...aku pandang my bro...derrr...dia baru nak pasang sit belt...aku hangin...ni mesti dorang nampak adik aku tak pasang sit belt...mula mood aku tetiba berubah..tuned 360 darjah...muka jangan cakap lah..merah menahan marah dan bengang ngan adik aku ni.....

Mamat polis ni mintak aku ic dan lesen...pastu dia tanya aku..."Akak tau tak akak kena tahan ni sebab apa??"..aku dengan selambanya cakap.."Entah..adik saya tak pakai sit belt kot!!"...derr...kira aku telah mengkantoi kan adik aku sendiri kerana kesalahan itu..mamat tu pun diam lah...pastu dia cakap apa u'alls..."Akak sebenarnya dah langgar tanda tak boleh u-turn kat simpang tu"...dia tunjuk tanda tu...aku pandang belakang...sungguh!!!memang aku tak nampak tanda tak boleh u-turn!!!..sebab sebelum ni simpang tu boleh u-turn...bukan nya aku tak pernah lalu jalan tu...boleh di katakan sebulan tu 2,3 kali aku datang jenguk atau amik adik aku..memang tak jangka pun tak boleh u-turn..

Bila aku teringat balik kesalahan tu..aku baru terpikir patutlah 2,3 buah kereta depan aku sebelum u-turn tu dorang tak buat kat simpang tu...dorang u-turn ada satu lorong yang agak ke belakang dari jalan raya...aku..selamba jer u-turn....bukan sesaja ok nak buat kesalahan bodoh tu..tapi memang aku tak nampak tanda tu....bengang kena tahan ngan polis sampai sekarang ni pun masih ada dalam kepala otak....11 tahun pegang lesen tak pernah kena apa-apa saman atau kesalahan lalu lintas..tup-tup sebab kesalahan kecil kena pulak aku.....aduh!!!!

Yang buat aku bertambah bengang...1 st...mamat tu cakap dia bagi warning kat aku...siap cakap"Akak kami tak saman akak, cuma bagi warning jer"...pastu esoknya..awek my bro check dengan abang angkat kawan dia (polis gak)..dia cakap nama aku ada dalam list surat saman...ekkk!!!kata tak kena saman...apahal tetiba kena bayar saman ni...kena RM 300.00 OK!!!aku memang bengang ....kalau kata aku kena saman..cakap terus terang...tak payah cakap macam tu...aku boleh terima...bukan aku tak boleh terima kesalahan yang aku buat..cuma...please...jangan buat pada orang yang tak pernah kena saman ni...yang tak tahu apa-apa pasal saman-menyaman ni....berikan explain yang buat orang faham dan boleh terima...tak salahkan????

2 nd...dah le saman..tapi yang memusykilkan aku..napa masa mintak ic dan lesen aku..dia mintak sekali ic my bro dan awek dia (masa tu aku bawak awek my bro pegi umah ALONG)..untuk apa mintak semua ic penumpang walhal yang buat salah adalah pemandu?give me the reasons please!!!!!!...atau memang macam tu ke kalau dorang saman kita...semua ic penumpang kena tunjuk kat depa???pening-pening....

3 rd....kalau saman aku...kenapa tak terus bagi surat saman...aku tidak di berikan apa-apa surat ok masa kena saman tu...sebab saman kena di keluarkan di situ jugak kan..melainkan speed trap...surat di hantar ke rumah....betui tak???takkan aku nak tersua-sua ke Balai Polis tanya dorang..."Saya nak check saman saya??"..where's the proved letter untuk saman aku???...aku check guna SMS...dorang cakap tiada saman di keluarkan sehingga ke hari ini????...nak percaya SMS ker atau nak percaya cakap abang angkat kawan awek my bro tu....ataupun kawan aku...dia pun cakap nama aku naik dalam saman tu...member dia keje polis bagitau..bertambah pening lagi ni....:(

So, sampai sekarang aku tak buat apa-apa tindakan lagi....sama ada aku kena pergi balai polis sendiri untuk check status saman aku ataupun tunggu surat saman datang umah...RM300.00 tu beb...banyak tu...member aku cakap boleh kurangkan bayaran saman tu...tapi ntahler...aku cuma risau kalau aku nak buat road-tax for early next year tak boleh sebab aku ada saman yang masih belum aku jelaskan...please kengkawan...WHAT SHOULD I'LL DO?????

CIKMA : Sedang bengang dan tertekan dengan benda-benda lain!!!HELP!!!!!!!!

Selasa, 12 Oktober 2010

Problem....

Sejak reformat balik lappy aku ni..macam ada je benda yang tak kena...bukan lah problem yang besar mana..tapi bila bukak internet melalui Mozilla Firefox...aku akan mengalami....:

1) Situasi di mana aku susah sangat nak upload gambar dalam blog..dia akan cakap Mozilla having a problem...dan aku terpaksa klik dont' send ataupun debug....apasal ekk???

2) Nak bagi komen pada kengkawan dalam blog pun susah..sama jer problem nyer ngan upload gambo...

3) Aku jugak mengalami perkara yang sama bila aku upload gambar dalam muka buku aku...dulu tak silap boleh 5 keping gambar sekali gus di upload..sekarang 1 jer...ye ke??ataupun aku nyer Mozilla ni bermasalah???

4) Susah jugak aku nak tengok YOUTUBE...still the same problem...Mozilla tak boleh bukak...emm

5) Senang tak enkorang bukak blog aku???ada member cakap susah nak bukak blog Cikma ni...kena bukak pakai Mozilla jer...ataupun kena jawab soalann cepumas yang keluar sebelum boleh masuk blog Cikma ni...Cikma nak mintak tolong sesangat...sebab rasa cam kurang jer yang masuk blog Cikma..tak macam dulu-dulu kala...emmm...tolong ekk..bagitau.....:)

CIKMA : TERTEKAN!!!!!!!!

Makan-makan di.........

Malam minggu...(bday aku)..sempat ABAH dan MAK bawak aku dan 2 orang adik-adik aku makan malam di Restoran Sutera Indah, kat DIAMOND BAY..sempena sambut besday aku yang ke-29 tahun..thanks to ABAH dan MAK yang sudi belanja aku makan...peh!!!kenyang seh...berbaloi-baloi...cuma yang tak berapa best...my bro aka Syam telah kehilangan handphone kat restoran tu...ntah macam mana boleh tertinggal atas meja tu...masa tu aku tengah isi minyak kereta...kena patah balik ke sana..dalam 10 minit lah kot rasanya...tengok atas meja tu dah takde...tanya owner restoran..dia cakap takde...pekerja yang kemas meja tu pun kata takde...uihh..pelik..cepat betui pencopek tu mencopek hp adik ku itu..memang kalau aku dapat aku siat-siat tangan dia...my bro pun satu...careless kemain...nasib ada satu lagi hp...kalau tak...menangis tak berlagu lah jawabnyer...

So, lenlayan kejap gambo-gambo yang sempat aku snap masa dinner aritu......zass!!!


Best giler...Ikan Siakap Stim ala Thai...


Kailan Ikan Masin


Sup Sayur Bebola


Telur Bungkus


Udang Goreng Tepung


Tauhu telur masak hitam



Sempat posing sebelah air gitu...:)


ABAH N MAK...


Makan time..masa ni my bro duk sibuk bersms ngan buah hati...ada lagi hp tu...






Licin u'alls!!!huhu

CIKMA : Bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana di kurniakan keluarga yang bahagia dan penyayang...semoga kami semua di tempatkan di kalangan orang-orang yang baik....aminnn.........

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails