IKUT BLOG NI

Pelawat blog

Pray for them...Pray for GAZA

Pray for them...Pray for GAZA

Isnin, 31 Mei 2010

Sambutan Hari Guru peringkat SKPI

Rindunya kat blog aku ni..sungguh!!!tangan memang dah gatal nak menaip keyboard..tapi di sebabkan 2,3 hari ni sibuk di kampung..jadi terpaksalah pendamkan hati dan perasaan nak mengupdate blog..dan akhirnya hari ni aku berkesempatan membuka blog yang lama tidak di jengah..

Entri kali ni aku nak share sebahagian sambutan Hari Guru Peringkat SKPI..sambutan yang diadakan pada Khamis lepas..seronok tahun ni..meriah rasanya..yang pasti jugak tahun ni banyak pulak dapat hadiah dari anak-anak murid..ingat cikgu garang ni tak dapat le hadiah..hehe...budak-budak pun suka dan happy dapat meraikan guru-guru mereka..

Seperti biasa..aku seperti tahun lepas buat persembahan menari..huhu..meronggeng cikma!!!seronok walaupun step menari ke laut ke parit..tapi ku belasah jer menari..thanks pada couple2 menari yang lain yang very the sporting ok!!next year kalau boleh memang nak retired dari menari..tapi andai masih diperlukan kudratku untuk menari..akan aku pertimbangkan..hehe...so, enjoy ekk gambar-gambar yang di upload ni...


Anak-anak ku kelas 1 Bestari..



Persembahan nasyid daripada ustazah-ustazah..memang best!!!

Persembahan koir oleh guru-guru B.Inggeris..Puan Besar pun menyanyi gak tau!!..memang world performance!!!huhu

Persembahan dikir barat daripada guru-guru lelaki...

Persembahan tarian daripada guru-guru yang sporting!!!termasuk aku lah tu..hehe



Sebahagian hadiah yang aku dapat daripada anak-anak murid..

Lepas di buka..hehe..

CIKMA : Dapat anugerah jugak..hehe...

Jumaat, 28 Mei 2010

Amik Award

Sorry sesangat untuk kak min dan azza yang lama menunggu AWARD di ambil dari rumah engkorang..sangat-sangat sibuk (buat-buat sibuk sebenarnya) hehe..cuti 3 hari di Diamond Bay adalah untuk membuat kerja ok!!!tiada masa untuk landing-landing time...huhu

 
Sempat untuk melihat blog arini..aku akan balas lah apa yang korang bagi tu..so..lihat-lihatlah jawapan nyer ekk!!!layan....

1) Apakah yang bermain dalam fikiran kamu sekarang?

TIDUR...boleh???

2) Nama samaran kamu?

ANGAH...EMMA..AKMA..MA..the latest..CK dan CIKMA..gitu???tapi teringin orang panggil aku ni dengan nama NOOR..hehe..suka tau!!!

3) Berikan 3 orang yang kamu sayang
  • AKU
  • FAMILI
  • KETURUNAN HAJI HUSSIN DAN RAJO
4) Panggilan untuk si dia

Maaf, tiada jawapan untuk soalan ni..ahaks!!!

5) Hadiah yang korang impikan dari orang tersayang

KASIH SAYANG...sampai aku dah takde kat dunia ni nanti.....

6) Blog mane korang suke follow?

Of course....MATAHATIJIWA...hehe

7) Bagi awards ni kat 15 blogger lain dengan penuh penghormatan :

Haruskah???hehe..rasa ramai dah bagi award ni...dah berbakul2 kot engkorang dapat!!!hehe (sebenarnya malas nak buat..huhu)

Harap-harap KAK MIN dan AZZA puas hati dengan jawapan ala-ala sengal aku ni..hehe


CIKMA : Toche2!!! kak min dan azza coz bagi ni award pada kami..muah2...

Rabu, 26 Mei 2010

Joget Berhibur..




Lagu yang kami akan gunakan untuk persembahan tarian sempena Sambutan Hari Guru peringkat sekolah aku (SKPI)...hehe..meronggeng lagi tahun ni..tahun lepas dah ronggeng..tahun ni di pilih lagi tuk meronggeng..bukan nya terrer sangat menari tarian Tradisional ni...tapi sebab nak enjoy jer..kita layan-layan kan yer..dah 2-3 hari berlatih..rasa sakit dah pinggang dan kaki ni..hadui..

Jadinya...tunggu esok....siapa nak tengok couple paling comel..paling romantik..paling kertu dan paling mesra alam menari di atas stage..hehe..

CIKMA : Tolong ler tahun depan orang lain pulak..duk muka ni jer yang naik kat stage..karang di cop gila glamer pulak!!!huhu

Selasa, 25 Mei 2010

FOR THE REST OF MY LIFE

Malas nak fikir benda yang mengarut dua hari ni..aku just nak share sebuah lagu yang sangat-sangat menyentuh hati aku..kali pertama dengar..lagu ni buat aku terus jatuh cinta..andai ada yang bagi lagu ni kat aku..emmmm..alangkah bestnya...





FOR THE REST OF MY LIFE – MAHER ZAIN

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart

CIKMA : Sesuai ditujukan pada suami isteri yang sedang di landa badai....

Isnin, 24 Mei 2010

BILA BERADA DI ATAS..JANGAN LUPA PANDANG DI BAWAH..BILA RASA DIRI ITU HEBAT..JANGAN LUPA ALLAH SWT LEBIH MAHA HEBATNYA...

Entri ke-2 yang mempunyai tajuk yang panjang hari ni..seperti biasa jika entri ini berkaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia...itu hanyalah kebetulan semata-mata....

Pengalaman persahabatan banyak mengajar aku memahami perangai dan sikap manusia..ada kawan yang boleh susah senang bersama..ada kawan yang hanya senang bersama..tetapi apabila kita sedih dan susah..mereka menjauhkan diri..meminggirkan diri daripada kita...sukar menduga hati manusia..payah juga memahami perasaan mereka...

Persahabatan yang erat juga bukanlah jaminan ianya akan kekal sampai bila-bila.. aku begitu mementingkan nilai persahabatan aku dengan rakan-rakan..begitu menjaga hati dan perasaan mereka..aku diajar dari kecil agar menghargai orang di sekeliling..namun..hati manusia..adakalanya cepat berubah..mudah alpa dan lupa..sukar sebenarnya nak menjaga sesuatu perhubungan..melainkan jika kita dapat memberi dan menerima...

Menilai hati manusia bukanlah dari pakaian atau paras rupa..begitu juga dari cara pertuturan dan tingkah laku..kerana manusia ini diciptakan oleh ALLAH SWT dengan pelbagai sifat dan perangai, dengan pelbagai sikap dan mentaliti yang berbeza..mungkin di depan kita sikap manusia itu berbeza..namun di belakang kita sikap dan perangai mereka akan berubah 100%...itulah hakikat sebenarnya makhluk yang bergelar MANUSIA...

Manusia mudah lupa..apabila kejayaan datang bertandang dalam kehidupan mereka...mudah sangat menjadi begitu riak dan takbur...apatah lagi kejayaan yang datang itu diperolehi dalam bentuk mata wang ataupun ringgit..yup...manusia mudah lupa apabila diri itu sudah mejadi kaya dan senang..berasa diri itu sangat hebat daripada orang lain..sangat rasa dia sahaja yang betul...maaf..bukan membuka pekung di dada orang lain..namun aku cuma ingin menyedarkan makhluk yang bernama MANUSIA itu sedar yang kita hanya lah makhluk ALLAH SWT yang sangat kerdil di sisi pencipta-NYA..

Harus diingat..apabila kita berada di atas..hendaklah kita sentiasa pandang ke bawah..tidak jatuh maruh diri kita seandainya kita punyai sikap sedemikian rupa..kerana hidup yang sentiasa di redhai dan di limpahi keberkatan dari-NYA adalah kehidupan dunia yang ingin dimiliki oleh umat manusia khususnya kita yang beragama ISLAM...begitu juga jika kita rasa diri ini hebat...jangan lupa ALLAH SWT lebih MAHA HEBAT-NYA..kerana sesungguhnya tiada kuasa yang mampu mengatasi kekuasaan ALLAH SWT di muka bumi ini.......WALLAHUALAM...........



CIKMA : Manusia mudah lupa.....

Rambut sama hitam..hati lain-lain...don't jugde a book by it's cover..

Tajuk entri paling panjang yang pernah aku buat..tetapi entri tidaklah panjang manapun..cuma aku sedikit terkilan..tiba-tiba mendapat pesanan di muka buku aku..seseorang yang menggelarkan dirinya isteri seorang kenalan lama..sedikit terkejut apabila membaca pesanan yang diterima..meminta supaya aku dan rakan-rakan lama espicially perempuan jangan add lagi nama suami dia..iaitu kawan lama aku...hmm susah sebenarnya nak paham hati manusia ni..cuma agak terkejut dengan permintaan beliau..

Untuk tidak mengeruhkan keadaan aku cuma boleh cakap kat entri ni..jika itu permintaan dia..akan aku delete nama suaminya dalam my friend list..sebenarnya aku baru jumpa kawan ni lebih kurang 3,4 minggu sudah..lama tak dengar khabar berita..gembira tengok kawan tu dah kahwin dan beranak pinak (dah ada anak 3..aku...hehe still solo lagi ok!!)..jadi aku pernah chat dengan kawan ni di muka buku..bercerita perkembangan semasa dan terkini serta kehidupan masing-masing..sungguh!!!tidak lebih dari itu..tidak terniat untuk mengganggu apatah lagi mengucar kacirkan hubungan kawan aku tu dan isteri dia..maaf..aku bukan perampas ok!!!dan bukan berminat dengan suami orang...nauzubillah..aku sentiasa berdoa agar tidak terjebak dengan perkara tersebut....

Pesanan itu buat aku rasa sangat terganggu..berdosa kah aku bersembang dengan suami dia yang merupakan bekas rakan sekelas semasa di tingkatan 2...salahkah aku bertanya khabar suami dia beserta anak dan dirinya sekali???susah betul nak baca fikiran orang..memang betul kata satu peribahasa...RAMBUT SAMA HITAM..HATI LAIN-LAIN..ramai lagi kawan-kawan aku yang dah mendirikan rumahtangga..baik lelaki mahupun perempuan..tetapi setiap pasangan mereka tidak pernah menghalang rakan-rakan yang lama tidak berhubungan berjumpa dan menyambung kembali persahabatan kami..susah-susah...

Aku tahu perasaan wanita tersebut..cuma pesanan tersebut buat aku macam punca pulak hubungan dia dan suami sedikit terganggu..beliau sendiri meminta aku menyampaikan pesanan tersebut kepada rakan-rakan perempuan yang lain..yang pasti aku sendiri tak tahu berapa ramai kawan aku yang dah add nama suaminya tu dalam muka buku...cuma satu yang aku minta..DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER..selidik dan bertanya dulu..jangan menilai orang tanpa mengenali hati dan budi mereka...


CIKMA : Inilah dia penangan muka buku @ facebook..boleh merapatkan kan hubungan yang lalu dan sedia ada..juga boleh merenggangkan dan melukakan hati seseorang...........

Ahad, 23 Mei 2010

Hikayat dan cerita tauladan

Ahad yang merehatkan...tak sangat pun.. kemas rumah..basuh kain..gosok baju..makan..tidur..antara aktiviti hujung minggu ku yang biasa-biasa jer...

Kali ni aku nak share beberapa video klip dari FILEM NEGERA MALAYSIA tentang cerita-cerita kartun tauladan yang sangat sesuai untuk budak-budak serta mak bapak budak!!..teringat masa aku kecil-kecil dulu..masa nak tunggu pergi sekolah waktu petang..suka tengok TV PENDIDIKAN..rancangan yang banyak manfaat dan informasi yang sungguh sesuai untuk kanak-kanak..pelbagai ilmu dapat kita kongsi bila tengok rancangan TV PENDIDIKAN ni..dan selain tu rancangan ni selalu menayangkan cerita kartun tauladan..memang syok dan selalu aku nantikan..so..enjoy!!!


HIKAYAT SANG KANCIL DAN SANG BUAYA






HIKAYAT SANG KANCIL DAN MONYET






GAGAK YANG BIJAK






ARNAB YANG SOMBONG






HIKAYAT SANG KANCIL,SANG BUAYA DAN SANG KERBAU - yang ni sikit je..yang full version tak dapat ler..nanti ku cuba cari...





CIKMA : Teringat pada arwah kawan baik..si 'ADIK'..selalu tengok cerita-cerita kartun tauladan ni dengan arwah..sungguh nostalgia.......

WAKIKI

Maaf kak eja lambat membalas tag..hehe..nak mencari gambar yang ala-ala senyum seindah suria..tak pun senyum semanis Julia Roberts..hehe..di belek-belek inilah gambar yang sangat sesuai untuk membalas tag tu..harap-harap KAK EJA puas hati ekk!!!layan


Gambar sekitar tahun 2007..masa ni dekat IPRM (Inst. Perguruan Raja Melewar, N9)..tengah rehat-rehat di belakang stage..masa ni di tugaskan untuk buat stage sempena konvokesyen..member kami yang suruh senyum melebar camni..katanya kalau kita sebut "WAKIKI" muka kita nampak lagi berseri-seri dan nampak lain..ye ke nampak lain..hehe..tapi tengok lama-lamA memang rasa lain je wajahku ini..so..KAK EJA..enjoy ekk!!

CIKMA : Cam malu jer letak gambar ni..uhuks!!!!

Sabtu, 22 Mei 2010

Sardin..telur dan keropok...

Sabtu yang agak sibuk..pagi ke sekolah ada aktiviti kokurikulum..petang kena ke sekolah semula sebab jaga budak taekwando..malam nanti ada mesyuarat PIBG..haruskah buat di malam minggu???aku sedikit bengang..plan nak pergi umah member di batalkan secara mengejut sebab benda remeh ni..tolonglah!!!!..manalah pihak-pihak yang berkaitan ni nak settlekan masalah bebanan tugas guru ni...dah macam ahli politik aku ni..sibuk memanjang...aduhai....

Malas nak memanjangkan isu..sebab aku ni keroje kerajaan kan..so, aku pun melayankan diri aku untuk memasak..simple jer untuk makan lunch tadi..lepas balik aktiviti kokurikulum..teringin nak makan nasi..mula nak beli jer..tapi disebabkan duit dah ala-ala menipis..jadinya aku masak je.teringat ada sardin..aku pun masak asam pedas sardin..ada keropok..aku goreng..ku buat jugak goreng telur dadar bercili..simple jer ok makan hari ni..tapi tetap tambah nasi..lapar seh!!!layan...




CIKMA : Nak lepas tension..aku suka makan dan masak..memang bleh release tension seh!!!paling koman aku terus jer tido..zzzzz....


Jumaat, 21 Mei 2010

Hadui!!!bila nak mula ni????

Semakin dekat hujung bulan 5 ni, semakin aku seriau..hadui lah..pening-pening lalat dah aku ni..nak kata tak settle keje..alhamdulillah adalah yang dah siap..keje still go on..nama pun cikgu...tak pernah nak abis keje tu..lagi-lagi bulan 5 ni bulan peperiksaan..buat soalan...bungkus soalan..macam-macam lagi..tu belum tanda markah dan buat buku rekod murid..yang tu pun belum start apa2 lagi..huhu..

Aku tengah risau pasal bulan 6 ni kena exam PTK (sapo keje goverment tau lah kan ape kebendanya PTK ni)..kali pertama nak exam..tapi satu hapah pun tak study..nak pegang buku pun macam suam-suam kuku jer..setiap kali masuk bilik..buku PTK tu memang duk sebelah tilam..tapi tak pun di baca...duk pandang jer..dulu masa dapat tau dah boleh amik exam ni aku dengan semangat berkobar-kobar pegi lah cari buku pasal PTK ni..konon-konon nak study ler..last-last..jadi tokong jer buku tu..baru baca Bab 1 dah tertido..satu haram aku tak ingat..kui..kui..kui..

Sampai satu tahap aku boleh terlupa yang aku dah apply nak periksa bulan 6 ni..hinggalah aku dapat slip tiket masuk peperiksaan dari kerani sekolah..hadui...di tolak di tambah dalam 2 minggu jer lagi..tak study apa wei...bila aku nak mula study ni???....aku kalo boleh nak lulus lah dua-dua paper yang aku amik tu (konon-konon confident jer..orang lain 3-4 kali exam pun tak lepas..)..memang niat tu tak nak repeat paper..(macam kat U pulak..hehe)..tapi kalo tak dapat lulus nak wat camne kan..kira kalo aku lulus tu memang rezeki aku tu...rezeki  kalo lepas PTK ni..naik gaji aku..sapo yang tak nak naik gaji kan.....

Harap aku boleh lah mula study..aku cuba praktice study hujung minggu ni..itu pun kalo ade mood..kalau tak...tunggu jelah minggu depan..kalau minggu depan takde mood lagi..tunggu jelah 2,3 hari lagi nak exam..barulah pulun nak study PTK ni..chaiyok..chaiyok Akma!!!!

Slip periksa PTK aku..

Satu-satunya buku PTK yang aku beli..konon nak study..tapi hampeh!!!kuikuikui..

CIKMA : Peel aku..bila nak exam..2,3 hari baru nak bukak buku..konon-konon bagitau kat MAK dan ABAH kalo baca awal-awal tak masuk dalam otak..pastu telinga kena dengar walkman..hehe..dengar lagu je lebih..study ntah ke mana..tapi berjaya jugak aku jadi CIKGU..huhu...

Khamis, 20 Mei 2010

Peel aku..


Peel aku..selalu kalau aku makan ikan..aku akan pastikan ikan tu aku makan abis sehingga ke tulang-tulangnya..pastu aku akan gigit tulang ikan tu kecil-kecil dan hisap tulang tu..kenkadang langsung tak jumpa dah isi ikan tu...yang menjadi masalah bila MAK membebel-bebel tengok tulang ikan bersepah dalam sinki..dah le kecik-kecik...tak pasal karang tersumbat dalam lubang sinki..hehe..saje kan buat MAK aku tu marah!!!

Peel aku..pepagi haruslah membuang..wajib..kalau tak aku akan sakit perut..terpaksa lah pulak nanti berlari-lari ke tandas..memang bagus sebenarnya kita membuang pepagi ni..perut rasa ringan dan kosong..at least kalo makan pagi tak rasa senak perut..kenkadang sesetengah dari kita ni kalo makan pagi terus rasa sakit perut..tu sebab perut kita belum balance lagi..makanan yang kita makan waktu sebelum nya belum kita buang..so, sebelum pegi kerje ke atau pegi mana-manalah..cuba membuang dulu supaya perut tu rasa nyaman sikit..tips berguna ni...

Peel aku...petang wajib tido..ekekeke..sejak sekolah menengah lagi memang aku dah terbiasa tidur petang..tapi takdelah sampai 3-4 jam..sekurang-kurangnya dalam 1-2 jam dah kira ok..yelah penat wei lagi-lagi mengajar tahun 1 ni..dengan perangai budak..dengan macam-macam kerenah..rasa kalau tak tidur petang tu macam tak bermaya..memang ramai kata tak digalakkan tidur petang..tapi..aku nak tidur jugak..sekejap pun jadilah kan...so bila malam adelah tenaga sikit..kalau nak buat kerja ke..apa ke...

Peel aku...aku tido mesti guna banyak bantal..ekeke..dua bantal kat kepala..dua bantal kat kaki..dua bantal kat sebelah kiri dan kanan..satu bantal aku peluk!!!gitu...banyak kan..hehe..tak tau nape..rasa syok pulak bantal tu banyak-banyak keliling aku..rasa baru tidur tu lena....

Peel aku..tiap kali tengok cerita sedih kompem boleh menitik air mata ni..kenkadang tu tak sedar dah mengalir air mata tu kat pipi aku yang gebus ni..hehe..tengok jer aku ni garang + brutal..tapi sebenarnya aku ni berjiwa sensitif dan beremosional sikit..kenkadang nak cover nangis ni aku pegi duk jauh-jauh..tak pun aku pegang bantal letak kat dagu..rasa-rasa nak terkeluar air mata tu cepat-cepat tutup muka ngan bantal..hehe..

Peel aku..kalau makan..aku susah nak tinggalkan sisa nya dalam pinggan..aku kalau makan memang licin!!!siap jilat jari lagi..kenkandang aku tengok orang makan mesti diorang tinggalkan sisa makanan tu..kiranya macam tak abis lah..kalau dah tau tak abis napelah amik banyak-banyak kan..tu namanya membazir..aku pantang sebenarnya tengok orang makan tak abis ni..cuba pikir orang yang kebulur kat negara-negara miskin..nak makan seminggu sekali pun susah...kita ni sebab dah terlalu banyak sangat makanan tu yang senang-senang je buang dalam tong sampah..manusia2........


Ini antara peel atau habit aku yang masih tak boleh aku tinggalkan..rasa-rasanya peel aku ni takkan menyusahkan orang keliling aku pun..nak ubah peel atau habit ni memang susah sebab dah sebati dalam kehidupan kita..tapi peel atau habit yang buruk tu kenalah kita-kita ni tinggalkan..dah beso panjang ni elok-elok lah kita tinggalkan tabiat yang buruk  tu kan!!!


CIKMA : Peel aku..masa kecik dulu suka cakap sorang-sorang..hehe..berangan nak jadi tu nak jadi ni..siap berlakon depan cermin nak jadi apa bila beso nanti..hehe...

Rabu, 19 Mei 2010

Tak sabar nak tengok

Kali nie entri ala-ala ganas sikit..ganas ker???kepada yang minat bola memang ganas kot..tapi yang tak minat tengok bola ni..baca aje lah ekk......cam biasa aku ni kalau time tengah Piala Dunia memang tak boleh tahan..since 1998 punya Piala Dunia aku follow tengok match sampai lah sekarang...nak kata gila bola..tak lah sangat..maklumlah pompuan..tak macam satu lagi jantina tu..kalau Piala Dunia sanggup makan bola..minum bola..tido pun bola..bola..bola jer dalam kepala...


Minat tengok bola ni banyak dipengaruhi oleh ABAH..hehe..anak ABAH lah katakan..ABAH masa sihatnya dulu suka bawa anak-anak pergi Stadium..selalunya kami tengok perlawanan yang membabitkan pasukan Perak di Ipoh....seronok masa tu..boleh tengok perangai dan peel manusia dalam stadium..macam-macam ada..bila dah selalu di bawak tengok bola..secara automatiknya aku pun tersuka lah tengok perlawanan bola sepak...

Bila dah nak datang perlawanan Piala Dunia ni..aku dah mula nak prepare untuk berjaga malam..tido siang tuk ada tenaga nak membuka mata tengah-tengah malam..pastu aku akan pastikan ada jajan untuk aku menguyah depan tv nanti..hehe...jangan tak tau..Piala Dunia 2006..aku tengok semua perlawanan...dari awal sampai akhir...gila bola aku sekejap..dalam sebulan jer..pastu aku kembali normal!!!!

Jadinya..bulan Jun nanti aku nyer kehidupan akan ada sikit kucar kacir..kompem datang sekolah mata berpinar-pinar dan sangap jer aku nanti..ala..tak lama kan..pastu dah settle Piala Dunia aku jadi diri aku ler balik!!!cuma aku nak pastikan nanti aku kena siapkan sume keje..tak nak bawak balik ke rumah..siapkan kat sekolah untuk memastikan aku layan Piala Dunia nanti dengan aman dan tenteram....ngeeeeeeeeeeeeee......


CIKMA : Untuk perlawanan Piala Dunia ni aku sokong team Brazil dan Sepanyol...calon pilihan menang Piala Dunia....tetap BRAZIL...dulu...kini dan selamanya...kui..kui..kui....

Selasa, 18 Mei 2010

Cheese Roll Bread with Nestum

Petang semalam..lepas solat Asar..perut dah mula lapar..maklumlah makan kat kantin sekolah pukul 10 pagi..makan pun bukan yang heavy..jadinya aku dengan rasa lapar mula menjelajah peti ais..tengok apa-apa yang patut..masak yang simple dan cepat..tengok ada roti dan cheesedale..aku pun cuba buat roti goreng..tapi aku nak salut dengan nestum..peh!!sedap seh..sebelum ni cuma buat roti salut nestum jer..kali ni dalam roti tu letakkan cheese..memang sodap!!!makan....emm sorang-sorang je ekk!!sebab housemate takde..sepinggan ku buat..ade lebih ku buat breakfast sebelum ke sekolah pagi tadi....layan!!!...



CIKMA : Dua tiga menjak ni asyik rajin ke dapur..nape ntah!!rasa bila masak ni dapat release tension sikit..suka kami!!!!hehe

Isnin, 17 Mei 2010

Mixer


Dah lama benar nak benda alah ni..tapi di sebabkan harga yang ala-ala membuatkan aku berfikir 16 kali nak beli..terpaksalah dipendam kan dalam hati..pernah cakap dengan MAK nak belikan satu untuk MAK..tapi tak terbeli sampai sekarang..bila balik kampung ataupun tengok rancangan masakan dekat tv..MAK siap perli-perli bilalah benda alah ni dapat sampai ke kabinet dapur..hehe..ku diam jer..tapi dalam hati ku tetap cuba nak dapatkan satu untuk MAK..nak kata janji..mungkin kot..tapi disebabkan aku ni boleh lah dikatakan rajin membuat kek..aku mesti dapatkan satu MIXER ni...


Selalu aku buat kek pakai mixer yang pakai tangan tu..lenguh ler pulak kalau lama sangat pegang benda tu...kalau ada yang macam STAND MIXER ni senang sikit..campak-campak jer bahan..pastu tunggu jer sampai sebati...lagi pun adunan rasa sangat ringan dan sebati...seronok tengok chef-chef kat TV pakai MIXER ni...ku harap sangat dapat satu tahun ni atau selewat-lewatnya tahun depan..Insyaalllah......

CIKMA : Kalo dapat..sungguh-sungguh ku buat pelbagai jenis kek...badan pun nanti naik gebu macam kek!!!hehe

IRON MAN 2 DAN BIG APPLE

Minggu lepas punya aktiviti..minggu ni baru nak masuk..sebab ada je entri baru yang nak di tulis..biasalah..ikut mood dan idea...nak kata pembuat blog tegar..tak jugaklah..tapi Insyaallah andai di beri kudrat dan tenaga untuk sentiasa menulis..akan ku update blog ini setiap hari........

Ahad lepas sempat jenjalan sama Adik Syam dan bakal adik ipar (hehe) kami ke Leisure Mall, Cheras..tempat aku melepak tengok wayang sejak duduk di KL ni..tempat lain belum berkesempatan..ada sekali di Mid Valley..mungkin sebab Leisure Mall ni dekat dengan rumah, dan mudah untuk ke sana..tak payah pikir sesat jalan dan traffic jam...

Filem ke-2 ku tengok untuk tahun ni..IRON MAN 2...boleh lah...bagi 3 bintang dari 5...jalan cerita boleh agak ending dia..orang jahat pasti mati...orang baik teruskan kehidupan..ekekeke..tapi teknik CGI dan penggunaan props memang malatop wei..senang cerita..boleh buat mata ni tak berkelip lebih-lebih lagi bila time scene lawan-lawan...kalau dapat ler pakai suit Iron Man tu..benda pertama nak di buat adalah try to fly anywhere....huhu..mesti syok kan!!!

Lepas tengok wayang..cam biasa perut lapar..mata melilau mencari makanan..tapi di sebabkan tiada yang berkenan..ku decide untuk masak jer di rumah..tapi sebelum balik...bakal adik ipar belikan aku donut BIG APPLE...hehe..suka kami....memang lama teringin nak makan...sebelum ni dah pernah makan donut tu..tapi tak boleh lah selalu sangat...sugar terlebih-lebih dalam itu donut..lemak lagi..tak boley2....sekali sekala jer boleh makan BIG APPLE tu..lagipun prize donut tu pun boleh tahan...time bergaji jelah boleh nak beli kan..lagipun kami tak boleh makan selalu donut tu, kena wei berpada-pada sebab my keturunan dah ada penyakit kilang gula........

Itulah cerita aktiviti minggu lepas..minggu ni..emm..macam nak berjalan-jalan ke rumah kawan pulak..dah lama tak ke umah member tu...tengok keadaan..takut-takut pulak ada aktiviti kokurikulum Sabtu ni..emm..tengoklah camner...........................




CIKMA : Donut J.CO jer belum rasa lagi..........teringin ni!!!

Ahad, 16 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU..UNTUK SEMUA GURU DI SELURUH DUNIA


Aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU untuk semua guru yang pernah ajar aku..dari tak tahu apa-apa hingga dah tahu apa-apa..huhu..untuk MAK...PUAN SABARIAH RAJO..mak lah guru paling terbaik untuk aku..ABAH jugak..walaupun bukan bergelar guru..tapi ABAH lah guru terbaik untuk ANGAH!!!..

Untuk ustazah-ustazah masa aku belajar di TADIKA IKHLASIAH, PEKAN BARU..Guru-guru semasa aku kat sekolah rendah SRK SULTAN ABDUL AZIZ (1987-93)...guru-guru semasa aku di sekolah menengah SMK RAJA MUDA MUSA (1994-98)...kepada guru-guru semasa aku form 6 lower..SMK SERI PERAK(1999)...dan juga bekas lecturer-lecturer aku di UiTM, SHAH ALAM (BA HONS FINE METAL 1999-2004) serta di IPRM, SEREMBAN (KPLI-PSV 2007)....JASA-JASAMU AKAN KU KENANG DUNIA DAN AKHIRAT....

Juga untuk ADIK aku yang bakal bergelar guru 4 tahun lagi..PAKCIK DAN MAKCIK aku, SEPUPU2, JIRAN2 dan KAWAN-KAWAN aku yang dah bergelar guru...tidak lupa kepada warga PENDIDIK S.K PANDAN INDAH (sekolah aku sekarang...)....semoga kita menjadi pendidik yang berjaya mendidik anak-anak didik menjadi insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi..................

CIKMA : Untuk aku jugak!!!SELAMAT HARI GURU!!!!

Sabtu, 15 Mei 2010

Fried Macaroni,hotdog roll bread & chocolate ais blanded with nestum

Cuti hujung minggu yang membuatkan aku sedikit rehat..sedikit aje ye..sebab keje sekolah masih belum settle..pagi tadi Gotong Royong Sempena Sambutan Hari Guru SeMalaysia..sambut Hari Guru esok, hari ni kena pulak gotong royong...iyekan ajelah..dah namanya tanggung bin jawab..kita ni orang bawahan buat ajelah apa yang patut...

Balik rumah..terasa boring..penat tak sangat pun..penat makan je aku kat sekolah tadi..hehe..bukak muka buku..tengok jer..komen sikit-sikit..tengok blog..tak de apa nak tulis..tunggu esok nak tulis dalam entri..tetiba dapat call dari kawan..nak datang dan tido kat umah..lama tak jumpa..idea keluar dari kepala..nak masak untuk kawan aku ni...so ku belek-belek barang dalam peti ais..emm..memang ade jer idea nak masak kaw-kaw untuk kawan ku tu..langkah kanan dia...

Jadinya....terhasil lah 3 jenis menu masakan aku pada hari ni..kira pecah rekod masak sampai 3 jenis..kat rumah sewa pulak tu..hehe..tapi tak lah susah sangat...simple nye masakan...kenyang giler seh!!!sampai tak abis pulak...takpe..esok pagi ku panaskan balik..buat breakfast!!!...layann........

 Fried Macaroni...

Hotdog roll bread

Chocolate ais blended with nestum

CIKMA : Balik cuti sekolah nanti ku nak buat latihan rejim memasak!!!boleh???ekekekeke

Jumaat, 14 Mei 2010

Semua tak jadi

Semua tak menjadi..begitulah yang aku boleh gambarkan tentang perlawanan Piala Thomas antara team Malaysia dan team China...memang harus tunggu dua tahun lagi..untuk genapkan penantian kita menjuarai Piala Thomas 20 tahun dulu.....

Bila team Malaysia masuk semi-final menentang China..ku dah agak peluang 60-40...nak menang dengan diorang ni hanya tuah dan keajaiban...dah macam satu badi kalau team Malaysia lawan dengan China..susah nak menang...peluang sangat tipis...tapi harus jangan mengalah..namun..nasib menang tu masih tak menyebelahi Malaysia untuk kali ini..

Bila Datuk Lee Ching Wei tak boleh kalahkan Lin Dan...aura kekalahan tu memang dah ada di depan mata..sayang sebab ramai penyokong Malaysia datang tengok diorang bermain kat Stadium Putra...memberi sokongan padu dan jitu..tapi..masih tidak boleh mengatasi kekebalan benteng Tembok Besar China...harus diakui..mereka adalah pasukan yang paling berjaya sepanjang edisi Piala Thomas bermula lebih dari 70 tahun yang lalu...

Apa-apa pun..inilah yang dinamakan permainan..kalah dan menang adat pertandingan..mesti ada team kalah dan team menang..yang penting lepas ni kita kena usaha lebih dan lebih lagi..kalau nak julang kembali Piala Thomas..kita tak kurang dari segi peruntukan, fasilator, dan kemahiran jurulatih, namun yang menjadi kekangan adalah daripada mental dan psikologi para pemain..itu yang diakui kelemahan utama...harap kesatuan dan badan-badan berkaitan dapat menyelesaikan dan menambah baikan apa yang kurang...komen ikhlas dari aku.........



CIKMA : Rasa macam nak replace tempat Wong Choon Han jer tadi...hehe

Khamis, 13 Mei 2010

Selesai ke??

Rasa-rasanya lepas ni aku akan kembali pada kehidupan yang normal...3 minggu kebelakangan ni adalah satu masa yang sangat memenatkan..meletihkan..yang buat aku jadi tak tentu arah..hilang punca..dan sebagainya...tapi disebabkan bab yang satu ni dah selesai..maka aku pun boleh lah hidup dalam keadaan aman dan tenteram buat masa ni...

Bila akhirnya Jemaah Nazir yang di tunggu dah tiba pagi tadi..rasanya semua orang lega..especially guru-guru tahun 1 yang ajar subjek BM dan MATH...salah satu nye aku lah tu..huhu...tidak pulak di pilih untuk di observe...bukan rezeki..dan bertuahnya aku sebab tidak di pilih...yang best..2,3 hari ni aku punyalah moody dan stress sebab nak pikir apa benda yang aku kena buat masa mengajar tu...takut-takut kalau diorang nak masuk..punya aku dah tak pikir orang lain..jiran sebelah meja aku kat sekolah pun aku tak tegur...diorang tegur aku jawab tak jawab jer..muka jangan cakap..duk berkerut jer memikir masalah ni...last-last tidak di observe..punya malam tadi aku pulun print apa-apa yang patut..BBM dah siap sedia...amik aura time praktikum dulu-dulu kala..hehe..dan akhirnya tidak di cerap..well..tak pa lah..at least aku dah buat sebagai bahan persediaan aku untuk mengajar...dari tak ada...jadi ada...lepas ni tak payah lah nak buat-buat BBM lagi sebab dah ada..kalau nak di buat pun tokok tambah apa yang perlu je nanti.......

Bagi aku..ini baru permulaan..mereka akan datang lagi mungkin bulan Julai ni..kali ni mereka akan cari kesalahan kita sedalam-dalamnya..tadi mereka memantau dan membantu apa yang patut..tapi lepas ni mungkin diorang akan teliti sebaik mungkin..dan berkemungkinan besar aku pulak yang akan di pilih untuk di observe..mana tau kan....dan aku harap masa tu aku akan bersedia sebaik mungkin....insyaallah..........aku mesti cari balik AURA aku masa praktikum...time tu memang bersemangat waja...buat BBM, cari-cari maklumat dan sebagainya..harap-harap jugak aku di pantau oleh Jemaah Nazir yang sama..sebab kita dah kenal orangnya...takdelah risau sangat......

Lepas ni jugak turn aku untuk buat soalan peperiksaan pertengahan tahun..aku hampir pasti membuat soalan Pendidikan Seni Visual (walaupun mesyuarat KP Seni tak pernah diadakan lagi tahun ni)..well, terpaksa lah aku mengoffer diri nak buat..siapa lagi pun nak buat...cikgu lain pun diorang buat jugak untuk kertas subjek lain....karang tak pasal-pasal budak-budak tahun 1 takde pulak periksa kertas Pendidikan Seni...tak dapek den nak nolong.....hehe....

Berkemungkinan jugak aku akan membuat jadual pengawasan peperiksaan bagi semua guru...emmm...banyak jugak kan kerja aku...orang lain mengeluh banyak kerja..yang aku ni tak habis-habis kerja pun masih duk cool jer...hehe..cool ker...buat masa ni lah..esok-esok aku tak tau...nasib aku cepat dapat transfer balik diri aku jadi aku yang sebenarnya...kalau lah aku lambat cari balik diri aku...mau tak aku mengamuk dah!!!hehe...tima kasih lah pada orang keliling aku yang dah tau perangai aku bila tengah moody...nasib dorang paham kan....hehe...layan kan ajelah ekk!!!!!!

CIKMA : Meeting PIBG pulak malam ni...aduss!!!sibuk mengalahkan ahli politik aku ni.........

Rabu, 12 Mei 2010

HARI SUKAN SEKOLAH SKPI..part 2

Memandangkan hari ni aku sudah ok sikit..pemikiran aku pun dah mula stabil..mood yang baik..jadinya aku boleh lah menyambung cerita mengenai Hari Sukan Sekolah SKPI yang telah pun selesai Sabtu lepas..kali ni aku akan upload gambar budak-budak perbarisan setiap Rumah Sukan yang bertanding..sekolah aku ni lain sikit..setiap perbarisan rumah sukan mesti ada persembahan..siap ada Tema persembahan lagi...tak silap aku tahun ni ada 4 tema...tema 1 Malaysia, tema Flora dan Fauna, tema Sains dan Teknologi (tak silap aku) dan satu lagi...tak hingat!!!hehe....dan perbarisan rumah sukan aku telah memilih tema Flora dan Fauna.........

Untuk persembahan..kami di peruntukkan RM 70 satu pasukan..memang tak cukup..apa yang dapat di beli bahan dan alatan dengan duit banyak tu..jadi kami membuat intensif meminta jasa baik guru-guru rumah sukan Temenggung untuk menderma sebanyak RM 10 setiap seorang...thanks sebab diorang tak banyak komen dan komplen masa bagi duit kat kami....at least bersemangat sikit kami nak hias dan beli props yang di rancangkan untuk perbarisan tu...

Jadi...enjoy ekk tengok gambar-gambar ni..hanya ini yang ada dalam simpanan aku..yang pasti mengajar dan membimbing budak-budak perbarisan rumah sukan ni antara kenangan manis aku di SKPI.........so.....layan.........




Persembahan perbarisan dari Rumah Temenggung...ala-ala cheer leader gitu!!!ahaks..



Persembahan perbarisan Rumah Bendahara- Johan Perbarisan


Persembahan perbarisan Rumah Laksamana - tempat ke-3


Persembahan perbarisan Rumah Syahbandar - tempat ke-4

CIKMA : Idea nak koreographer untuk persembahan Hari Guru tahun ni dah ada dalam otak...hehe..tunggu...............

Selasa, 11 Mei 2010

Hilang..

Nampak sangat minggu ni aku betul-betul hilang..hilang apa???hilang punca???punca apa??entahlah..aku pun tak tahu..i'm lost everthing..dari semangat...dari kekuatan..dari keyakinan..dari segalanya..mungkin otak dan badan sangat-sangat letih..terbeban dengan kerja yang di galas..aku tahu bukan seorang yang macam aku ni..masih ada lagi yang mengalami keadaan ni kat luar sana...

Sampai satu tahap..aku nak lepaskan semuanya..rasa otak sangat-sangat tidak mahu menerima input dari mana-mana sistem maklumat di sekeliling aku ..memang sekarang aku tak terdaya..susahnya kalau aku tak dapat cari balik kekuatan dan semangat aku yang hilang ni..

Tapi aku kena buat..kena paksa diri..badan..otak aku untuk buat semua ni...dah nama nya pun tanggungjawab...memang kena buat..cuma aku tak nak terlalu memaksa diri membuat kerja sesempurna orang lain..dan aku juga harap orang lain jangan mengharapkan aku buat kerja sesempurna apa yang mereka buat...jangan buat kerja untuk orang lain..buat untuk diri sendiri....apa yang aku buat..itulah kemampuan aku dan daya aku...jangan expect aku tinggi melangit...nobody perfect!!!!!


CIKMA : Andai aku dapat cuti..aku mahu cuti sepuas-puasnya.............tolong!!!aku sangat2 letih dan tidak berdaya!!!...YA ALLAH...tolong hambaMU ini..........

Isnin, 10 Mei 2010

ICE BLENDED JAGUNG WITH APPLE


Sedap???memang sedap... Di sebabkan aku ternampak salah satu resepi ice blended jagung ni dalam blog yang aku baca ( sorry tak ingat nama blogger tu )..dengan mudah nyer aku buat benda alah ni..memang sedap..cuma aku tambahkan epal untuk bagi rasa masam sikit....tapi sedap lah..senang sangat nak buat..jus jagung..ais batu..susu pekat..air..dan jugak epal..bland semua...memang senang...satu jug aku abiskan sorang..ekeke.......

CIKMA : Nanti nak try ice blended coklat pulak..tengok nanti aku bubuh apa pulak..bagi lebih ummph!!!hehe

Catatan Popular

MY LISTED

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails