Tuesday 30 March 2010

Tangisan Penawar Duka

Menangis....dari kecik sampai besar...semua orang pernah menangis..baik lelaki atau perempuan...tua mahupun muda...ada beberapa perkara yang buat kita menangis...sedih kehilangan orang tersayang, terlalu gembira, sedang mendengar jenaka, mendapat kejayaan dan pada hari bahagia...dan menangis juga merupakan salah satu penawar duka bagi setiap manusia...

Kenapa di katakan menangis ni penawar duka...aku terbaca dalam satu kolum pada MAJALAH SOLUSI..seorang doktor dari Pusat Kajian Mata dan Air Mata di Sant Pholl Rams Medical Centre menjelaskan bahawa menangis amat berguna bagi kesihatan jiwa dan emosi seseorang dan sangatlah tidak baik untuk kesihatan diri jika keinginan untuk menangis itu di kekang dan di tahan...

Pakar-pakar psikiatri (sakit mental dan tekanan jiwa) juga berpendapat bahawa menangis sangat berguna dalam merawat tekanan saraf yang kerap dialami oleh manusia zaman moden ni..

Menangis juga dapat menyihatkan mata dan membersihkan mata dari kekotoran. Selain itu dapat menjadikan mata lembap dan tidak kering...

Jadi..sesiapa yang rasa nak menangis...tak perlu lah tahan keingianan nak menangis tu...aku selalu menangis...untuk melepaskan tekanan dan masalah yang sedang dihadapi...sangat lega dan tenang selepas kita menangis....tak payah nak control-control menangis tu...sebab ia sangat mujarab dan sebenarnya air mata kita tu boleh membebaskan bahan-bahan kimia yang boleh memberi tekanan jiwa pada kita....pikir-pikirkanlah...


CIKMA : Hati menangis tiada siapa tahu....isk...isk...isk....layannnnnn...hehe
 

Mencari GURU MITHALI

Pagi semalam tengah aku syok-syok tanda buku dalam kelas..2 orang bekas murid aku tahun 4 last year masuk ke kelas sambil bimbit satu kotak yang aku tak tau apa isi dalamnya...salah sorang bagi aku satu memo yang macam ala-ala gini :

1) Setiap murid di beri satu keping dan menulis satu nama guru pilihan untuk memilih menjadi guru mithali.
2) Guru kelas perlu memastikan setiap keping kertas dikepilkan nama guru yang sama.
3) Perlu dihantar dengan segera kepada pihak berkaitan (maleh mention nama kat sini...)

First impression aku..tersenyum ala-ala Julia Roberts...pastu...aku jeling-jeling manja kat bekas murid aku...emm GURU MITHALI...apa maksudnya ekk???

Aku tak pasti lah kenapa pihak pentadbiran nak adakan GURU MITHALI ni...bukan tak setuju (kalo tak setuju pun...keputusan tetap dari pihak atasan!!!)..tapi mithali ni maknanya terlalu mendalam...tinggi martabatnya....bukan mudah mencari GURU MITHALI kalau dari pilihan murid-murid....
 
Mithali....lebih di takrifkan sebagai seseorang yang boleh di jadikan contoh dan teladan yang baik...sebagai contoh...ibu mithali...punya banyak aspek-aspek tertentu yang menjadikan seseorang tu bergelar ibu mithali...contohnya :
  1. Berdoa memohon keredhaan Allah
  2. Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumahtangga
  3. Membersihkan hati dan pemikiran
  4. Membina kebahagiaan secara proaktif
  5. Mendidik diri sendiri
  6. Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan Al-Mawaddah (berkasih sayang) dan Ar-Rahman (kasih-mengasihani)
  7. Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul
  8. Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumah tangga.
  9. Membina rumahtangga berasaskan Al-Muiasyarah Bil Makruf (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan di redhai Allah)
  10. Pembangunan fizikal dan kesihatan
  11. Muhasabah diri
Seorang ibu mithali juga perlu ada 9 sikap mental yang positif iaitu :
  1. Positif Terhadap Perubahan
  2. Positif Terhadap Diri Sendiri
  3. Positif Terhadap Kepimpinan
  4. Positif Terhadap Masalah
  5. Positif Terhadap Orang Lain
  6. Positif Terhadap Keadaan Emosi
  7. Positif Terhadap Idea Kreatif
  8. Positif Terhadap Membuat Keputusan
  9. Positif Terhadap Qada Dan Qadar
Cuba kita tukar pulak setiap sikap positif mental dan jugak aspek-aspek di atas yang layak menjadikan seseorang itu GURU MITHALI...boleh kan...cuma bolehkah kita menilai seseorang guru itu MITHALI jika hanya kerana guru itu popular di sekolah...atau meminta belas ikhsan murid untuk menyokong diri sendiri serta memilih guru itu hanya kerana dia sporting dan tidak garang serta sentiasa mesra dan menjalinkan hubungan mesra dengan murid-murid....

Bukan mudah mencari GURU MTHALI...tapi kita boleh menjadi GURU MITHALI jika kita tahu niat kita menjadi seorang pendidik...aku seorang guru biasa...menjalankan tugas yang diamanahkan...cuba menjadi rakan sejawat yang baik dan cuba bersikap adil pada semua orang...tetapi itu bukan menjadikan aku sebagai GURU MITHALI....siapa-siapa pun pilihan murid-murid kita........biarlah...mungkin rezeki dan itulah pilihan murid terhadap GURU MITHALI nya............
 

CIKMA : Ibu ku....IBU MITHALI DAN GURU MITHALI........

Sunday 28 March 2010

Masuk UM...FESTIVAL TARI KANAK-KANAK 2010

Sepanjang minggu ni aku duk sibuk dengan pelbagai aktiviti..boleh dikatakan 7 hari waktu bekerja..hehe...semalam shopping sakan ngan Kak Min...hari ni aku ikut Yaya, Kak June aka Mak Uda, Liza dan Kak Nad ke Festival Tari Kanak-Kanak anjuran Kolej Kinabalu, Universiti Malaya.....


 

Sebanyak 11 buah sekolah yang menyertai Festival Tari ni...jauh dari jangkaan pihak penganjur yang telah memberi hampir 100 faks ke seluruh sekolah di negeri Selangor ni..yang bagi jawapan yang tu ajelah...kesian jugak sebab kebanyakan pihak pentadbiran tak begitu berminat nak menyertai Festival Tari ni..bagi aku penganjuran kali ke-2 Festival Tari Kanak-Kanak ni sangat bagus dan berfaedah...bukan saja dapat mencungkil bakat tari mereka bahkan dapat memperkenalkan seni tari tradisi negara kepada generasi baru...


 Festival Tari Kanak - Kanak 2010

Penaung bagi Festival Tari ni adalah selebriti terkenal tanah air..Aznil Nawawi aka Pak Nil...beliau sudi hadir bagi merasmikan Festival Tari tersebut dan seterusnya menyampakan hadiah kepada para pemenang...time dia datang tadi...havoc sungguh...gegak gempita satu dewan..yelah orang glamer datang kan...pastu pulak sempat pulak dia buat lawak atas pentas tu...gelak sakan ler aku dan yang lain..hehe


Aznil Nawawi

Dan pemenang bagi pertandingan Festival Tari Kanak-kanak ni adalah dari Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti, Sepang...boleh arr menang sebab pernah wakil kebangsaan dan koreographer dorang tu ambil yang dah profesional...kang kalo tak menang malu pulak kan!!!...sentap di mana-mana...huhu....tempat kedua..sekolah orang asli..Sekolah Kebangsaan Sungai Bunbum, Pulau Carey..Aku suka sekolah ni berbanding yang pertama tu...best giler lah tengok bebudak tu menari...lenggok tarian dorang ni macam dah profesional lah...suka bangat!!!...dan tempat ketiga Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana...

Sekolah aku...kira ok...best jugak persembahan budak-budak tu..tapi bukan rezeki diaorang...congrats tu Cikgu Yaya sebab latih dorang ngan sungguh-sungguh...tak pe...cuba lagi tahun hadapan..maybe dah last minute dapat tahu..tapi kalo ada masa dorang latih..mana tau nama sekolah dalam top  3 pulak..hehe...anyway..congrats again dan cuba lagi for the next year...chaiyok2...


Kumpulan Pesona Tari SKPI

CIKMA : Kaki dan tangan ni dah gatal nak menari pulak dah!!!hehe...ewah...ewah....

Aku dan buku

Hari ni...aku bershopping sakan membeli buku dengan kak min (tahun depan kita pegi sama-sama lagi ekk!!!). Tahun lepas aku tak dapat pegi sebab fulus tak cukup sebab dah tershopping sakan membeli kain batik masa Pameran Kraf Kebangsaan kat Jalan Conlay...tahun ni aku memang tak pegi pameran tu...jadi...adalah peluang aku nak membeli belah buku-buku baru....lagipun gaji baru dapat..ape lagi memborong ler jawabnya...

Nak kata banyak tu..takde lah...cuma aku ni dah lama tak membeli buku novel...cerita pasal buku novel ni..aku ni boleh di katakan mania dalam membaca buku-buku cerita cinta ni..sejak dari sekolah menengah sampailah sekarang...paling kemaruk aku membaca novel ni masa aku dekat UiTM...pernah aku beli satu hari 4 buah buku..dalam masa tak sampai 11/2 hari dah abis buku-buku tu...pas tu..beli lagi...lagi...dan lagi...sampaikan mak dah bising sebab dah banyak sangat buku novel tu dekat rumah.



Ni novel yang aku baru beli..hehe

Tapi bila dah start keje...makin lama makin kurang pulak aku membaca novel ni...dan secara automatiknya jarang lah aku beli novel....tak silap aku last novel yang aku beli dalam 2 tahun lepas....macam dah tak de masa nak membaca novel ni...yelah kalo nak baca tu mesti lah kena fokus sebab nak menghayati cerita dan watak dalam novel tu...skang ni...baru muka surat pertama...dah pulak kena stop kejap sebab keje lain kena buat...tulah sebabnya aku dah jarang membeli novel...takut beli tak baca...kan ke rugi namanya tu.....

Sekarang aku cuba nak cambahkan balik minat aku nak baca novel...tapi mungkin tak semania masa time blaja dulu lah...dan aku tak le sefanatik kak min ekk!!!...boleh beli tiap-tiap bulan...haha..

Aku sekarang minat pulak nak menambah koleksi buku-buku motivasi...dapat jugaklah aku memotivasikan diri dan seterusnya dapat berkongsi bahan ilmiah tu dengan orang lain...bagus baca buku-buku motivasi ni sebab buat kita sentiasa berfikiran positif dan bersemangat...kengkadang aku ni pun selalu tak balance dari segi emosi dan rohani...jadi nak balancekan balik tu aku selalu motivated diri ni dengan baca buku-buku motivasi ni...memang bagus dan berkesan!!!!



Antara buku motivasi aku...

So...conclusion nya....marilah kita membaca buku..kerana pelbagai ilmu dapat di perolehi dan menjadikan masa senggang kita berfaedah...laporan dari Berita CK@CIKMA online...hehe...

CIKMA : Kira-kira tadi...ade lah jugak dalam RM 150++ aku guna tuk beli buku-buku ni....terduduk ler jugak aku...hehe...tapi takpe...sebab beli  dan baca buku ni banyak faedah nye kan!!! pikir-pikirkan lah...bertemu lagi tahun depan di Pesta Buku Antarabangsa.

Friday 26 March 2010

Over the limit

Isk...isk...memang betuilah aku ni kena rest kejap dari mengeblog dan bermuka buku...kihkihkih..aku dah terover limit pakai broadband ni...haduilah...patutlah slow melow....

Dalam seminggu ni memang broadband aku lemau dan lembab giler...aku pikir kan ade problem ke aku nyer broadband ni...nak bukak youtube pun lemau...muka buku pun cam sengal-sengal...blog aku ni pun lembab sesangat...tension di buatnya...last-last aku tipon custemer services...

First aku call...aku bgtau masalah aku ni...duk pung pang2 bercakap...satu haram aku tak faham...dia cakap orang putih ler pulak...aku paham ler sikit-sikit..tapi bila dia cakap aku kena tambah bayar tuk pulihkan balik aku nyer problem ni..aku tetiba naik angin...takkan lah aku beli 3GB nak kena upgrade lagi..dah banyak dah tu...ke saje nak promosi menambahkan hutang aku jer...hangin..hangin..

Macam tak puas hati...aku pun cakap ok2...nanti-nanti aku pikir dulu nak tambah speed tu...tapi dalam hati ni marah lagi..aku call kali kedua..hehe...aku cakap dalam bahasa Melayu..barulah operator tu nak cakap dalam Bahasa Melayu...dan kali kedua aku call barulah aku paham.......

Dia bagitau aku ni dah terlebih pakai...data download dan upload aku lebih daripada speed yang aku gunakan..tulah sebab speed aku dari 3GB boleh dorang tambah dekat 1GB...that's mean aku pakai dekat 4GB...dalam erti kata sebenar..aku dah lebih pakai dari sepatutnya..dan bila dah lebih penggunaan secara automatik benda tu akan upgrade dan pihak broadband aku ni akan kurangkan sedikit kelajuan dari sepatutnya...aku pun takut jugak kalo aku dah terover limit pakai ni terpaksa pulak lebih bayar...nasib lah pulak dia bagitau pembayaran bulanan tetap sama...cuma aku kena control guna broadband ni...

Yang best nye aku sebenarnya tak tahu broadband ni penggunaan terhad...maksudnya kalo lebih dari speed yang kita beli..secara automatik mereka akan slow down kan kelajuan..dalam surat perjanjian ada bagitau..yang hampehnye aku masa sign surat tu tak baca langsung pun term-term dia...dan yang aku geram gak orang yang jual broadband ni tak bagitau aku secara detail penggunaan broadband ni...cuma dia cakap kalo aku beli speed dalam 3GB ni...server memang laju...aku pun on je beli apa yang dia cakap..bila dah jadi camni...aku le yang padan muka!!!!huhu...

Pas ni..hehe..terpaksa lah control ekk cikma..dah tak payah nak download tu daownload ni...tengok tu tengok ni....pakai kejap-kejap jer ekk!!!...orait???....oraiti.......hehe...




CIKMA : Conclusion dari cerita di atas..kalo nak sain apa-apa perjanjian baca dulu..tengok term-term tu dulu...pastu..kalo dah tak reti nak cakap bahasa Inggeris...tak yah cakap...cakap je dalam Bahasa Melayu...paham cikma?????pahammmmmmmmm........hehe

Thursday 25 March 2010

Otak ku BLANK!!!

Entah le nape tetiba otak aku ni jadi blank???blank??? dalam istilah planet Marikh..otak mu menjadi socai..(dungu sebentar..)haha...nak komen2 dalam muka buku pun dah tak selalu sangat..kalo ada tu pun tengah paksa otak aku ni berpikir...tu pun susah jugak nak suruh jari aku ni mengetuk keyboard..walaupun aku dapat tulis dlm entri ni..tapi nak tulis satu ayat pun payah!!!hadui lah...napa ekk...sian pulak member2 aku dalam muka buku yang suruh duk aku berkomentar......




Rasa-rasanya...aku kena rehatkan otak aku ni barang seminggu dua...rehatkan minda dari anasir-anasir luar dan jugak dalam....nak brain wash otak ni kejap...scan dulu..takut-takut ada virus..pastu delete..reformat...dan bermuhasabah diri..hehe...

So, kalo lepas ni tengok dalam muka buku aku atau blog yang tidak di update barang seminggu dua ni..paham-paham ajelah...nanti kalo otak aku dah tak blank...aku akan continue berkomentar dan ber blog....tunggu kan kedatangan komentar aku yang jitu dan bernas!!!haha...(jitu ker???)

CIKMA : Badan sihat...otak cerdas...

Tuesday 23 March 2010

Penat Sudah..

Penat wei minggu ni...bukak sekolah keje bertimpa-timpa....kesian cikgu-cikgu tahun 1...nak settle data LINUS, dengan budak-budak lagi..emm...citer benda alah ni sampai hujung tahun takkan abis...nilah dia penangan orang baru dalam kubah besar di Putrajaya (sendiri pikir aaaa...)...yang susah cikgu-cikgu..yang senang...sapo lah tu...alahai......

Camno pun..bueklah yang torbaik wok!!!!..dah keje kita...nak tak nak kena jugak buat!!!..lagi satu hal...aku nak ingatkan lah pada sapo-sapo nak jadi cikgu di masa depan..pikir-pikirkanlah...kalo rasa jadi cikgu ni senang...banyak cuti...gaji malatop...tak da banyak stress....aku nak nasihatkanlah...RENTIKANLAH NAK JADI CIKGU!!!....pegi mintak keje lain yang rasa senang sangat nak buat...rasa-rasanya tak de dalam dunia ni yang keje nya senang...nak keje cuci tandas pun payah tau!!..

Kalo dah dalam hati tu "Jadi cikgu ni bleh kayo" (kayo ke kita ni???huhu..) ataupun "Alah dah takde keje lain"...tolong lah pegi jauh2 kan diri tu jangan apply jadi cikgu..aku cukup pantang kalo ada yang dah jadi cikgu...keje hampeh nak mampus!!...suruh buat keje..duk nak elak-elak...suruh pegang jawatan..bagi macam-macam alasan...tolonglah!!!kalo nak setakat keje duk besarkan buntut..baik tak payah ekk!!!...dah nama nya tugas..tolong buat sungguh-sungguh..dan jangan menyusahkan orang lain......SENDIRI MAU INGAT LAH WEI.........


CIKMA : Entri di atas tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia...jika ada ianya hanyalah kebetulan semata-mata......Renung-renungkan dan selamat beramal!!!!!!haha

Monday 22 March 2010

AKU MINAT GILER LELAKI NI...

Hehe..macam best je tajuk entri aku ni kan..haha...bleh ke aku buat entri ni...blehkan ajelah ye...layan......

Aku sebenarnya minat dengan DJ Abg Halim Othman ni..dari zaman dia kat Radio Era...kemudian transfer ke Radio Sinar dan berhenti sekejap dalam 2 tahun sehinggalah dia masuk balik konti di Radio Suria FM...aku ikut dia punya celoteh ni dari sekolah menengah hingga aku dah keroje ni...memang minat betul kat dia...

 
Celoteh dia tu buat aku rasa happy pepagi buta..syok je dengar...cara penyampaian tu memang takde orang lain boleh ikut lah..kiranya antara juruhebah radio yang paling berjaya kat Malaysia ni..aku sampaikan dah minat kat Halim Othman ni..dari setia menjadi pendengar Radio Era..aku pegi bertukar jadi pendengar setia Radio Sinar pulak sebab follow dia..last-last sekarang ni..aku follow Radio Suria FM sebab dia ada kat situ...

Dekat 2 tahun dia tak muncul kat konti..memang boring sikit lah halwa telinga aku pepagi..selalunya aku dapat dengar dia bercakap...aku pun tak tahu sebab apa dia resign dari Radio Sinar FM masa tu..dengar cerita sebab masalah peribadi...alih-alih awal tahun ni dia muncul pulak...tu yang terkejut sikit tu..tak de angin tetiba terima tawaran Radio Suria Fm..

Aku cerita sikit arr tentang Abang Halim aku ni..hehe..asal dia ni dari Terengganu...budak sekolah SESMA (Sek Men Sains Sultan Mahmud)..melanjutkan pelajaran ke US dalam jurusan arkitek..(aku ni memang minat orang keje arkitek jer..hehe)..hampir berusia 46 tahun...selain menjadi DJ..beliau pernah menjadi perantara Selamat Pagi Malaysi dan Roda Impian...tak banyak gosip selama hampir 12 tahun dalam industri hiburan..kalau ada pun para peminat nya cuma nak tahu bila dia nak nikah..

Beliau pernah memegang rekod Juruhebah Paling Lama berada di konti...masa tu dia jadi DJ kat Radio Era...siap ada buat live dari internet nak tengok perkembangan beliau dalam konti...tak silap dalam tempoh seminggu kot (kalo tersilap tulun betulkan)..masa tu memang support giler arr abg Halim aku!!huhu...

So, sekarang pun aku tetap sokong dia walaupun berlainan channel radio..apa yang pasti kehidupan pepagi buta aku best arr sebab ada Abg Halim..hehe...dengar pun dia nak kahwin..aku tumpang hepi buat DJ yang aku minat ni..harap-harap lepas ni dia boleh tingkatkan lagi prestasi dia dan juga boleh buat Radio Suria FM tu dapat ranking nombor 1 radio di Malaysia...cayalah Abg Halim!!!




 CIKMA : Dulu cita-cita nak jadi DJ macam Abg Halim..hehe....

Sunday 21 March 2010

Kisah Cinta...

Well...di sebabkan kisah sengal aku telah tersiar dalam blog aku..rasa-rasanya lepas ni mungkin dah takde lah kisah sengal aku untuk part yang akan datang..tunggulah bila aku dah dapat calon pilihan hati yang sesuai untuk aku...boleh lah aku sambung kisah sengal aku tu ekk!!!

Cuma..aku nak kongsi beberapa lagu yang tangkap lentok baik punyer dari firasat aku ler...best layan lagu-lagu ni..hehe....


CINTA TAK BERSYARAT - ELEMENT






KEKASIH YANG TAK DIANGGAP - KERTAS






KETIKA CINTA BERTASBIH - MELLY GOESLOW






TERUSKANLAH - AGNES MONICA






KHATIMAH CINTA - SIXTH SENSE






JANGAN BILANG TIDAK - RAFFI AHMAD FT AYUSHITA






CIKMA : Peratikan lagu dan video klip ni..hehe kebanyakan nya lagu-lagu dari seberang jadi pilihan aku..kenapa???sebab lagu-lagu dorang ni lebih dekat di hati kita...sangat melankolik dan menusuk kalbu..andai lah komposer negara kita dapat buat lagu-lagu macam ni..rasa-rasanya peminat-peminat lagu kita akan beralih mendengar muzik Malaysia..tak gitu???

Semoga panjang umur mak aku...

Malam tadi..iaitu bersamaan 20 Mac 2010..aku dan famili besar aku buat celebrated birthday mak dekat Restoran Sutera Indah, Teluk Intan..huhu..best giler sebab semua adik-beradik ada dan jugak kakak ipar serta adik ipar aku yang baru di ijabkabulkan dengan adik aku semalam..(19/03/10) pun ada...penuh lah meja tu dengan makanan yang dah di tempah oleh abang aku...

Sebenarnya, ini semua perancangan aku..huhu..dah terlanjur kan semua ada, so nilah masa nya nak buat suprise kat mak kiteorang...memang bab makan dekat restoran tu memang mak tahu..tapi bab aku buat suprise bawak kek dari luar restoran sampai lah ke meja tu memang kejutan..mak memang tak tahu pun aku nak buat camtu..hehe..berjaya gak lah buat perancangan yang last minute ni...huhu...siap aku pasang lilin suruh mak tiup tu..huhu..mula mak macam segan sebab semua orang dalam restoran tu tengok..tapi demi anak-anak..dia dengan malu-malu kucing pun tiup jugaklah lilin tu..huhu

Hasilnya..kami semua kekenyangan malam tadi..huhu..tapi aku rasa ni lah celebrated hari jadi mak paling havoc di buat oleh anak dan menantu nya...SEMOGA MAK PANJANG UMUR, DI MURAH REZEKI, SENTIASA DI LINDUNGI OLEH ALLAH SWT DAN BERBAHAGIA SELALU....LUV SO MUCH MUM!!!!


Lepas tiup lilin kek..smile!!!



Kek bday mak aku..Secret Recipe tau!!huhu



Tengah potong kek..



One big happy family!!!huhu



Hehe..romantic couple..suapan dari suami tercinta aka abah aku..



Suapan dari mak kepada abah pulak..huhu..ni aku suruh ni..hehe

CIKMA : Kenyang giler aku malam tadi...dah rasa macam ular sawa lah pulok aku ni...huhu

Saturday 20 March 2010

AKUKAH TERLEWAT,,,

Aku nak tuju lagu ni untuk mamat hensem @ mamat sekor tu..dengan ucapan..selamat berbahagia dengan insan tersayang..huhu..layan.......

AKUKAH TERLEWAT - ROYSTON STA MARIA





CIKMA : Walaupun lirik tu macam ada sikit je yang kena mengena..tapi tajuk lagu ni..AKUKAH TERLEWAT..memang sesuwey ngan aku..hehe...

Kisah Sengal Aku...Part 2...

Aku nak sambung kisah sengal aku yang sudah..hehe...macam suspen jer...huhu

Tahun lepas, masa tu bulan puasa..tak silap cuti hujung minggu..aku balik kampung..konon nak bukak pose sama ngan family....tak silap hari Sabtu (ingat wei ari ape..hehe sebab baru tahun lepas kan!!!)..aku tengah belek-belek suratkhabar (Berita Harian)...ada satu sisipan..satu kisah...emm..aku baca lah cerita tu..interested baca sebabnya ada gambo mamat-mamat bujang...(aha!!!)..nampak sume bleh tahan hensem (aik!!!dah tukar taste ler pulak!!)..dan aku tertarik dengan satu mamat hensem dalam kisah tu....

Aku tengok dia..1st time tengok..peh!!terus terpacul dari mulut aku "hensem mamat ni..." nak kata hensem sangat tu..boleh arr..(bagi mata aku lah!!)..tapi raut wajah dia tu..huhu..tenang je aku tengok..macam ada aura yang buat aku tertarik nak kenal mamat hensem ni dari dekat...sebabnya susah tau aku ni nak pandang dua mata ngan mamat-mamat hensem..sebab taste aku sebelum ni mamat tak hensem..tapi ngan dia ni..hehe..lain sikit...

Aku siap bagitau mak suruh baca kisah dalam surat khabar tu..dan pilih mana satu bleh jadi menantu...huhu..mak aku tengok..terus dia tunjuk mamat yang aku suka tu..aik!!!sama taste je mak aku ni..macam ada something jer..huhu...boleh pulak lepas tu dia suruh aku call mamat tu..hadui lah mak aku ni..aku bukannya kenal pun mamat tu..baru je tengok dalam suratkhabar...dalam tu pun tak tulis alamat apa-apa pun...email ke..hadui...mak aku siap suruh aku pegi call wartawan yang interview mamat tu..kalo-kalo dia ada nom tipon mamat hensem tu..haha!!!lawak-lawak mak aku sorang ni...hehe........

Pastu..ntah macam mana..esok malam time tu aku tengah online...saja je masa tu nak tengok freindster dan cek e-mail...ntah macam mana terlintas kat fikiran aku ni nak search nama mamat hensem tu dalam google..mana tau lah kan terappear nama mamat tu bleh lah aku tau nom tipon atau email dia kan...hehe..dan nak di jadikan cerita..memang aku dapat search nama mamat ni...search kat google..terus dapat masuk blog dia...dan aku mengenali mamat ni melalui kisah dia dalam blog....

Dari blog dia tu aku dapat email dan nom phone..tapi masalahnya..macam mana aku nak mulakan hubungan tu..tu yang pening..takkan nak terus tipon je kan...pastu kenalkan diri si polan bt si polan nak berkenalan dgn awak..huhu...kang mamat tu pikir aku ni mereng pulak..lagipun aku ni biasaklah..pemalu nak mampus!!!susah nak buat ayat-ayat power kat mana-mana mamat pun..hadui2...

Entah macam mana..tengah duk aku pikir nak kenal mamat tu..tengah baca blog dia..aku ternampak dalam 1 entri mamat tu yang boleh buat tempahan kerepek raya secara online dan buat penghantaran percuma..peh!!masa tu terpacul lah idea yang agak bernas dalam otak aku...haha...aku mula lah konon akan buat tempahan kerepek tu kat mamat tu..pastu bleh arr jumpa..haha...brilliant tak idea sengal aku??huhu..time tu aku rasa penyakit angau aku dah datang balik...kah3....

Esok siang nya pula...dengan lafaz bismillah dan selawat 3 kali...(haha!!!aku memang buat ni tau!!)..aku pun call ler mamat tu...sekali call tak dapat..aku pikir time tu mesti dia rehat kot..walaupun bulan pose mesti arr nak rehat-rehat jugak kan..aku pun cakap dalam hati..x pe..kalo tak dapat esok aku call..tak sampai 5 minit..mamat tu call aku balik..peh!!!mengigil lah pulak tangan aku ni nak tekan butang hijau kat handphone aku ni..huhu...tapi aku tekan kan jugak...kali pertama dengar suara mamat tu..emm..boleh tahan..aku boleh lagi duk pikir mamat ni mesti pandai nyanyi..huhu...aku pun cama biasa konon perkenal diri sebagai customer dia arr yang nak tempah kerepek tu..aku siap bagi senarai kerepek apa nak beli..hehe (memang ek aku beli kerepek dia tu..sedap gak)...lebih kurang dalam 10 minit arr bercakap...dia memang cakap nak hantar ke rumah..hehe..ni memang lah peluang aku nak tengok secara live mamat hensem tu..huhu..memang rezeki aku di bulan pose...

Seminggu sebelum raya..akhirnya...hari yang aku tunggu pun kunjung tiba..malam mamat tu datang umah aku..kesian lah pulak sebabnya sebelum sampai dia tersesat jalan..huhu..dekat 1/2 jam cari rumah aku..nasib ler dapat cari..kalo le dia give-up..pastu dia nak hanta aku nya kerepek tu pakai pos laju ke atau pun nationwide ke..tak ke kempunan aku nak tengok dia..huhu...

Kali pertama aku tengok mamat ni..emm tinggi gak mamat sekor ni..dalam samar-samar lampu jalan dan jugak lampu rumah aku..aku tengok memang mamat ni hensem macam dalam paper tu..yelah kenkadang dalam surat kabor tu maybe muka dah kena touch up ke..dah pakai bedak 1/2 kilo nak tepek kat muka untuk jadi macho dan hensem ke..tapi mamat ni..dia memang hensem secara naturally..(peh!!!kalo ler mamat ni baca blog aku..kembang kuncup lubang hidung dia..haha)..dia siap cakap susah nak cari rumah aku..nasib gak ada sorang member dia temankan (ni yang tak syok..adalah pulak sekor mamat interupped dalam pertemuan sulung aku dan mamat ni..huhu..tu yang susah buat ayat power kat mamat hensem tu!!hehe)...dan bermulalah sesi aku dan mamat tu berbual sambil membelek kerepek tempahan ku...

Lebih kurang 20 minit lah jugak bercakap...tanya itu..tanya ini...aku pulak dapat tau dia pernah duk kerja kat MPAJ...tapi aku tak de lah tanya position mana dia keje kat situ...nak tanya lebih-lebih macam muka tak malu pulak kan..aku pun sembang-sembang biasa..sambil-sambil tu mata memang tak lepas tengok muka mamat tu (gatai ko Cikma wei!!huhu)...

Dan..seperti biasa..hubungan aku ngan mamat ni..hanya sekadar kawan dan customer je..ada gak aku try sms dia..ada balas...ada tak balas..kenkadang tu aku pulak lupa nak cucuk jarum..duk sibuk kat sekolah..bila teringat baru nak sms..dia pulak dah nak lupa nom handphone aku..tapi cam biasa aku dapat tau dia punya aktiviti seharian dalam blog dan fb dia..sebut pasal fb dan blog..sebenarnya fb dan blog aku ni mendapat ilham mengcreate benda alah ni pun sebab kan mamat tu ler..kalo bukan sebab mamat tu..takkan aku nak bukak akaun fb dan blog ni..huhu...dan semuanya bersebab....hehe

Sekarang...disebabkan aku ni lemau dan lembab dalam hal mengorat dan mengacau anak bujang orang..aku pun terlepas lagi..huhu..sedey beb!!tu sebab aku tengah jiwa kacau + parah ni...aku tengok dalam fb dan blog dia..macam dah nak jadi laki orang dah mamat tu..alahai..melepas lagi mamat sekor ni..dia ni..memang ada ciri-ciri suami yang aku cari..selain hensem..(ni bonus ni!!)..dia educated, kerja bagus, agama kuat, family golongan baik-baik, lawak, pendiam dan ada beberapa kriteria dan sifat dia yang buat aku suka...walaupun aku hanya baca blog  dan fb dia je..tapi aku dapat rasa chemistry antara aku ngan mamat sekor ni ada..tapi nak buat camne..aku keterlambatan sekali lagi..huhu...

Kesimpulan dari kisah sengal aku ni..bukan nya aku tak usaha cari jodoh aku tu..tapi tiap kali aku dapat jumpa mamat-mamat baik ni..mesti tak dapat punya...ada ajelah sebabnya..kenkadang tu aku macam dah putus asa nak usaha cari jodoh tu...sampai satu tahap...kalo aku tak kahwin seumur hidup aku ni pun aku dah tak kisah....tapi...aku tahu Allah SWT tak suka umatnya bersikap putus asa...berdosa kita kerana tidak percaya pada qada dan qadar dari DIA...mak aku selalu pesan...jangan mudah putus asa..usaha sungguh-sungguh..mintak pada Allah SWT agar dekatkan jodoh tu..tapi..entahlah...susah nak habaq wei..mungkin dalam hati aku sendiri tak bersedia nak kahwin ni..bukan aku tak bersedia..tapi kalo belum dapat jumpa mamat yang boleh bagi aku kepercayaan untuk aku nikah ngan dia..macam mana nak bersedia...betui tak???so, lepas ni bila ada orang tanya bila aku nak nikah..aku akan jawab 'Ada aku kisah!!!haha' tak lah wei...aku cuma boleh cakap..belum ada jodoh...kalo ada nikah lah aku...kalo tak do nak buek camno.....alahai anak omak!!!




CIKMA : Aku macam dapat rasa mamat tu baca entri aku..tak pun cousin dia..haha..lantaklah..at least dia tu tahu apa perasaan aku pada dia sebelum ni..terus terang..aku dah boleh accept mamat sekor ni dah ada yang punya...cuma kenkadang tu bila terbaca blog ngan fb dia..adalah jugak sikap jeles aku ngan minah yang berjaya buat hati mamat tu tertawan!!!tapi...aku salute lah minah tu..sebab dapat calon suami yang hampir perfect wooo!!!!layan.....

Friday 19 March 2010

Kisah Sengal Aku...Part 1...

Minggu ni macam banyak je idea nak tulis blog..(bab kata aza..idea mencurah-curah)hehe..biasalah manusia..kalo terasa ada benda nak luah..tapi malu nak bagitau...selalunya kita akan luahkan dalam bentuk tulisan..mudah, senang diingat...

Kali ni aku nak kongsi (hehe..kongsi???) perasaan aku sekarang..(cam seram je bunyi dier..huhu) entahlah...mungkin jiwa tengah kacau...parah..macam lagu Anang "SEPARUH JIWAKU PERGI"..memang rasa separuh kot jiwa aku ni pergi...terbang melayang entah ke mana..sampai aku nak amik balik pun susah!!huhu...

Sejak dua menjak ni aku terpikir keadaan aku yang tak berapa ok....susah sebenarnya nak handle jiwa dan hati kalau tengah kacau ni...tapi aku tengah usaha nak lawan balik perasaan aku ni...dalam istilah antarabangsa...perasaan FRUST MENONGGENG SECARA TIBA-TIBA nie..huhu..

Rasa dah lama tak ada perasaan tu..last sekali aku punya perasaan frust menonggeng ni dalam 3 tahun sudah..hehe..time tu aku minat soramg mamat kat maktab aku ni..(minat dalam diam ler)biasaklah aku ni nampak je brutal...huhahuha sana sini..tapi kalo bab jiwang karat ni..memang tak boleh handle..huhu..segan nak mampus!!haha...tapi duk segan-segan aku usaha gak nak mengorat mamat tu...hehe..ok pe...kita kena usaha gak kan...memang semua orang kat dunia ni ada jodoh masing-masing..tapi Allah swt suruh kita berusaha cari jodoh tu...bukan jodoh tu datang dari langit..ye tak!!!huhu..

Nak di jadikan cerita..aku berkongsi perasaan dengan 2,3 orang member aku kat maktab..dorang sokong penuh aku..huhu..sokong-sokong pun tetap susah gak nak dapat mamat tu..sebabnya dia ni jenis pendiam..sepatah aku tanya..separuh dia jawab (ada ke??)huhu..betui..aku tak tipu..peel aku pulak..aku ni minat pada lelaki yang pendiam (maybe sebab aku ni banyak cakap kot!!)..jadi tu yang susah kalo nak berkomunikasi tu..aku pulak kalo dah pendiam sangat aku pun terus jer terdiam..haha!!!

Teringat time nak raya..(tak silap 2 minggu sebelum raya 2007)..time tu aku lepas praktikum...aku dengar cerita mamat tu dah ada makwe..aduh!!sakit hati punyalah parah...kecewa..sedih sume ada..aku tak segan nak bagitau aku menangis beb!!(buruk beno ler cikma wei!!huhu)...memang frust menonggeng aku..sedey time tu kire tahap gaban lah..gaban pun tak dapat nak cecah tahap sedey tu!!..derita kejap le hidup..yelah terpikir gak mamat yang pemalu + pendiam + tak hensem + hitam legam + gemuk tu ada pulak yang nak..huhu..hah!!!satu lagi peel aku..aku tak suka mamat hensem..tu sebab aku pilih mamat gorila ni (member aku panggil dia gorila sebab..paham-pahamkan sendiri lah ekk!!)..sebab aku menyampah mamat hensem yang perasan hebat + bagus ni!!..sedey beb..yelah kira macam first luv aku yang berkecai ler..aku pun terasa gak time tu..mungkin aku tak luahkan feel aku kat dia kot..tu sebab orang lain kebas..huhu sedey2..

Lepas jer aku frust..aku tekad (huhu tekad siut!!!) aku nak lupakan mamat tu..nasib dia bukan sekelas ngan aku..aku cube arr buat muka toye dan poyo depan dia..sebab nya aku tau dia tahu aku suka kat dia..macam biasaklah..lelaki ego...tak nak mengaku kan!!..cuba2 ler jauhkan diri dari mamat tu...tapi yang pelik time aku nak elak-elak jumpa..ada jelah muka mamat gorila tu di mana-mana..time tengah syok dulu susah pulak nak tengok muka dia..heran-heran...

Dan..satu hari tu..pepagi buta di kala aku tengah nak berbaris masuk dewan (time tu final exam)..aku dapat sms..hehe..sapo lagi kalo bukan mamat gorila tu bagi..terkejut badak aku beb!!tak tahan jiwa raga aku ni..tak penah-penah dia bagi sms (selalu aku je yang bagi kat dia..bila balas..macam x nak balas je..sengal sungguh!!)..dia wish kat aku gud luck untuk exam..menggeletar beb tangan aku..sampai aku suruh sorang kakak tu yang balas sms dia..(kira aku jual mahal lah sebab aku tak nak balas sms dia..huhu)..memang tak percaya sungguh..huhu..aku dah mula rasa lain..macam dah tawar hati sebenarnya..tapi member-member aku macam bagi support kat aku suruh tackle balik mamat tu..sampaikan member sekelas dia yang tahu aku suka dia tu sokong penuh 100% aku ngorat balik dia..dorang bagitau yang mamat tu belum ada makwe..kiranya yang sebelum ni gosip jer..pastu pulak dorang ni bagitau yang mamat gorila ni susah sikit nak kawan rapat ngan pompuan apatah lagi nak bersms..kiranya aku ni dah berjaya lah membuatkan hati dia tu hantar sms ngan aku..hehe..(dorang saja nak propa aku lah tu..huhu)..

Pastu cam biasa..hubungan aku on off ngan mamat ni..kami kawan...ada jugak bersms..tapi cam biasa..aku pemalu..dia pun pemalu..memang susah nak luah perasaan ni..last-last..bila dia dah posting jauh..aku pulak kat KL..hubungan tu macam tu je..tak de apa2..sedey???adalah rasa sedih tu sebab tak de noktah perhubungan tu..nak lupakan mamat ni memang lama jugak lah..sebab..dia ni ada ciri-ciri lelaki yang aku suka..pendiam, baik, educated, beriman, responsible, sifat kepimpinan..tu yang buat aku suka kat mamat ni..

Dan..perasaan jiwang aku terbuka sekali lagi pada tahun lepas..hehe...nak tahu cerita..nanti aku continue ekk!!!


CIKMA : Saja je nak buat continue ni..hehe..nanti tak suspen...tungguuuuuuuuuu....

Thursday 18 March 2010

SEPARUH JIWAKU PERGI

Aku tengah hayati bait-bait lirik lagu dari Anang...jiwang sikit aku minggu ni..(duk jiwang2 makan tetap makan..masak tetap masak!!hehe)....layan...





CIKMA : Tengah frust..huhu..lambat sangat cucuk jarum..tu yang terlepas...camno nak buek...nasib badan......:(

Wednesday 17 March 2010

chibidi bang bang

Aku suka lagu ni..haha...teringat kat Idlan Raja Lawak 4 @ Abg Kassim Pon Pon....layan...






Versi Idlan Raja Lawak....ABG KASSIM PON PON...





CIKMA : Camne nak share video ni kat fb org lain?ade sesapa tau tak???

Tips berguna untuk pemandu wanita..

Aku nak share sikit arini tentang tips mengenai para pemandu wanita yang selalu drive sendiri (macam aku ler) espicially kalau yang selalu drive jauh-jauh ataupun tengah-tengah malam...


1) Sentiasa pastikan kereta berada di dalam keadaan yang memuaskan untuk mengelakkan sebarang kerosakan ketika memandu.

2) Bawalah telefon mudah alih bersama untuk meminta bantuan jika perlu (pastikan jugak telefon tu di caj penuh ekk!!).

3) Pastikan pintu dan cermin kereta sentiasa berkunci (bagus tips ni!!!).

4) Jangan biarkan beg tangan atau beg kerja berselerak di dalam kereta. Letakkan di tempat yang tersorok.

5) Jangan sekali-kali berhenti untuk bertanya alamat daripada orang yang tidak dikenali. Tanyalah alamat di stesen petrol atau kaunter tol.

6) Jika di ekori, pandulah kereta ke balai polis yang berhampiran.

7) Jangan tumpangkan orang yang tidak dikenali.

8) Jangan sekali-kali keluar dari kereta jika anda dilanggar secara sengaja oleh pemandu lain (nyawa lagi penting beb drpd kereta!!!).

9) Catat nombor pendaftaran kereta itu, warna dan lain-lain dan gunakan telefon mudah alih untuk meminta bantuan. Anda juga boleh terus memandu ke balai polis yang berhampiran untuk membuat laporan polis.

10) Jika anda berada di dalam kesusahan atau orang yang mencurigakan menghampiri kereta anda, bunyikan hon kereta atau nyalakan lampu depan kereta untuk menarik perhatian orang sekeliling.

11) Jika anda diugut oleh perompak, serahkan kunci kereta dan wang anda tanpa berlengah-lengah.

12) Jika tayar kereta anda pancit di tempat yang gelap dan asing bagi anda, pandu kereta perlahan-lahan ke stesen petrol atau tempat awam yang berhampiran untuk mendapatkan bantuan.


Ini antara tip-tips yang sangat berguna kepada semua pemandu wanita...ingat!!biar kita hilang kereta...jangan hilang nyawa....pikir-pikirkanlah !!!

SUMBER : Berita Harian - 25 Februari 2010.

CIKMA : Aku kenkadang pun takut gak drive sensorang ni...tapi dah terpaksa..nak wat camne...redha ajelah..selalu sebelum drive..aku akan baca ayat naik kenderaan dan ayat kursi serta selawat 3 kali...alhamdulillah...sejak drive ni tak delah apa-apa yang berlaku...yang penting..kita kena percaya Allah SWT selalu melindungi kita.......

Monday 15 March 2010

Rendang Ayam Cikma

Hari ni macam biasa aku mula membuka bakat memasak aku (sempena cuti sekolah je). Dah lama tak memasak jadi hari ni aku cuba masak resepi baru aku..hehe...sebelum ni aku pernah buat lah resepi ni...tapi dah lama tak cuba..takut jugak tak jadi..tapi..alhamdulillah..jadi jugak aku masak rendang ayam ala-ala cikma ni..hehe...nak resepi...aku boleh bagi...cuba arr....

Rendang ayam Cikma

Bahan - bahan :
1 ekor ayam
4 biji bawang besar (nak lebih pun x pe)
4 ulas bawang putih
2 batang serai
4 sudu besar sos cili
6 sudu besar sos lada hitam (nak lebih pun x pe)
3 sudu besar sos tiram
11/2 sudu besar jintan manis
3 keping asam
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
sedikit kunyit
garam secukup rasa
 
Cara-cara :
1) Kisar bawang besar dan bawang putih
2) Dalam bekas, masukkan ayam yang telah di potong dan masukkan bawang yang telah dikisar tadi
3) Masukkan sos tiram, sos lada hitam, kunyit, garam, jintan manis (yang telah di tumbuk)dan serai (yang telah di titik) ke dalam ayam.
4) Kacau sebati dan biarkan di perap selama 1/2 jam...
5) Tumis kayu manis dan bunga lawang..biar sedikit garing.
6) Masukkan ayam yang telah di perap bersama bahan-bahan tadi...kacau sebati.
7) Masukkan sos cili dan asam keping ke dalam ayam.
8) Biarkan ayam masak sehingga empuk...
9) Sedia untuk di makan..

CIKMA : Resepi aku ni original made from aku tau...hehe...kalau nak pedas lebihkan sos cili dan sos lada hitam tu...sesuai jugak dimakan bersama nasi impit dan lemang...budak-budak bleh makan rendang ni sebab tak pedas sangat...cuba arr...

Pertemuan Penuh Emosi...

Semalam...aku bawak mak ke Jalan Kebun, Klang sebab sepupu aku kahwin..kahwin???biasalah cuti sekolah..memang banyak jemputan kahwin...baik apa kahwin ni..menambah umat Nabi Muhammad SAW kan..

Bukan cerita kahwin yang aku nak bagitau kat entri aku kali ni..(sebab aku pun belum kahwin lagi kan!!!maleh nak cakap lebih-lebih bab nikah kahwin ni) tapi aku nak cerita sikit pertemuan penuh emosi antara aku, emak dan sepupu-sepupu aku yang datang ke kenduri semalam.....

Sebenarnya kami dah lama sangat tak jumpa sepupu yang tinggal kat Jalan Kebun, Klang ni...rasa-rasanya dekat 15 tahun tak jumpa...bayangkan dulu jumpa sepupu aku ni masing-masing kecil lagi..tak tahu apa-apa..alih-alih jumpa dah besar panjang...dah nak kahwin pun..muka semua dah berubah...rasa-rasanya kalau terlanggar bahu kat luar pun belum tentu kenal.......

Kisah pertemuan ini juga mengingatkan aku pada 15 tahun yang lepas...kali pertama aku jejak ke Jalan Kebun, Klang ni...masa tu keliling rumah sepupu aku sekarang ni penuh dengan pokok getah...tapi sekarang banyak rumah-rumah dekat area tu...dulu rasanya nak pegi ke sana tu amik masa yang lama jugak lah..dalam 35 minit kot...tapi sekarang...tak sampai 20 minit dah sampai ( ikut Kota Kemuning )...

Hubungan aku dan sepupu aku tu memang tak rapat...bukan bergaduh atau perang dingin sesama saudara..tapi hubungan persaudaraan kami renggang gara-gara kisah peribadi keluarga yang melibatkan antara keluarga mak dan juga keluarga bapa sepupu aku tu...aku nak cakap lebih-lebih kat sini macam memburukkan pulak keluarga bekas pakcik aku tu....cuma yang dapat aku terangkan...punca hubungan saudara ini renggang gara-gara perpisahan antara makcik aku dan bapa sepupu aku tu...jadi diorang ni terpisah sebab dua orang sepupu aku ni di jaga oleh bekas pakcik aku tu...

Kali pertama jumpa...rasa lain sangat...tengok dorang ni membesar...dengan rupa dan fizikal yang berlainan..terutama sepupu aku yang lelaki ni...Syahrizal nama dia...anak sulung makcik aku...dulu kecik-kecik nakal...pernah tengok dia panjat tingkap...dengan selekehnya..emm..kalau tengok sekarang..lain betul...pemalu...sopan...hensem..emm memang berubah betul...

Yang adik nya pulak, Linda (pengantin)..memang lain betul muka...yang ni pendiam betul...2 minggu lepas ada datang rumah (Teluk Intan) sebab bagi kad jemputan...suami dia orang Sungai Samak, Bagan Datoh...jadi dekatlah dengan rumah..memang tak sangka dia datang...sanggup dia mencari rumah kami sedangkan dia tak pernah jejak kan kaki ke rumah...memang terharu sebab dia berusaha mencari kami sekeluarga...memang betul cakap mak...Allah SWT pertemukan jodoh dia dengan orang dekat-dekat kawasan kami ni semuanya bersebab..ada hikmah dia dapat jodoh dengan suami dia...dan suami dia yang sama-sama usaha dan bantu sepupu aku tu cari kami...kalau tak..mungkin sampai sekarang kami tak dapat jumpa diorang tu...

Bukan kami tak nak pergi cari dorang kat Klang ni..memang dekat..tapi..ntahlah...banyak perkara yang buat kami terasa hati...hal peribadi keluarga yang sangat-sangat memdedihkan hati kami sekeluarga terutama keluarga belah mak aku...aku tak nak masuk campur lebih-lebih walaupun aku tahu perkara sebenar...tapi apa yang pasti..pertemuan kami semalam merupakan pertemuan yang penuh emosi..dengan pelbagai kisah cerita..sedih, terharu, gembira semuanya bercampur baur...melihatkan dua orang sepupu kami yang dah besar dan mampu berdikari sendiri...membuatkan kami semua terharu...

Apa yang pasti selepas pertemuan ini...harap agar hubungan ini akan kekal selamanya dan tidak terputus lagi..semoga mereka sentiasa mengingati kami sepertimana kami mengingati mereka.............



Dengan pengantin perempuan @ sepupu Linda



Dengan abang pengantin perempuan @ sepupu Syah Rizal




CIKMA : Bila tengok kesan penceraian yang berlaku...terfikir sejenak banyak yang negatif daripada positif bila perpisahan berlaku lebih-lebih lagi pasangan yang sudah mempunyai anak..pikir-pikirkan lah....

Saturday 13 March 2010

TERKENANG...IN PERSON MICHEAL JACKSON...

Kali ni...kita layan lagu-lagu dari Micheal Jackson plak ekk...(aku ni layan sume lagu)...x memilih beb!!!layannnnn...aku suka dia sebagai penyanyi pop paling berjaya di zaman kegemilangannya...dengan rentetan lagu-lagu popular serta vidoe-video klip yang hebat mnenjadikan MJ antara penyanyi antarabangsa yang tiada galang gantinya...semoga MJ aman di sana.......


BEAT IT





Ni lagu favourite aku dari MJ..best step tarian dia dlm video ni..hehe..bleh lah aku ikut skit...buat senamrobik aku!!!haha


SAY SAY SAY





Kolaborasi ngan PAUL McCARTNEY...dihasilkan tahun 1983...aku suka melodi yang catchy dan ala-ala country song...


SMOOTH CRIMINAL





Antara lagu dan video pilihan aku..lagu yang berkisar tentang kumpulan hitam @ geng-geng jenayah..


EARTH SONG





Video klip yang paling hebat untuk dekad ini...(bagi aku lah)lagu ni pun banyak mengajar kita tentang pentingnya menjaga bumi kita..lagu yang memberi pendekatan betapa tanpa alam sekitar yang tidak dicemari...akan membuat kan generasi baru kita merasai alam yang indah dan sejahtera di masa hadapan


YOU ARE NOT ALONE





Lagu yang dicipta oleh penyanyi R Kelly pada tahun 1995..lagu pop ballad yang begitu singnifikan sekali setelah MJ meninggal..memberi kesan begitu mendalam kepada seluruh peminatnya...


WE ARE THE WORLD





Kolaborasi dengan penyanyi antarabangsa yang lain..hasil nukilan LIONEL RICHIE dan MJ sendiri..lirik berkisar tentang keamanan dan kesejahteraan di kalangan masyarakat dunia...menjadikan lagu ini begitu dekat di hati semua umat manusia...


HEAL THE WORLD





Lagu yang berkisar tentang keamanan di dunia...mesej yang cukup jelas untuk semua manusia supaya menjaga dan memelihara keamanan dunia daripada kekejaman...


BILLIE JEAN





Salah satu lagu popular MJ dalam album THRILLER tahun 1982...aku suka jugak lagu ni..


CIKMA : Banyak lagi lagu-lagu dan video klip dari MJ yang aku tak upload kat sini..contoh macam THRILLER, HUMAN NATURE, BAD, GHOST dan sebagainya..nak tengok..pegi jelah tengok kat YOU TUBE ekk..huhu

Monday 8 March 2010

Terkenang..cerita drama Hollywood

Hari ni aku nak kongsi pulak drama-drama dari Hollywood dalam tahun 80-an...sapa-sapa yang baya-baya aku atau yang lebih kertu (hehe) mesti ingat cerita-cerita dari Hollywood ni...meh kita layannn....

THE A-TEAM





Cerita ni mengisahkan tentang sekumpulan penyiasat yang bertanggungjawab membenteras orang jahat (takkan orang baik pulak kan!!huhu)...setiap daripada dorang ni ada tanggungjawab dan punyai keistimewaan tersendiri..aku suka cerita ni sebab ada scene lawan-lawan....hehe...


AIRWOLF





Yang ni..paling aku suka..tentang cerita keterrean sebuah helikopter yang berteknologi tinggi (pada tahun 80-an lah)..aku suka gak tengok hero cerita ni..hehe hensem...masa kecik dulu abah siap beli helikopter airwolf ni kat abang aku..kire aku kongsi main lah dengan abang...syok wooo...


MACGYVER





Cerita polis yang paling best time tahun 80-an ni..hehe..sebab tiap kali detektif MacGyver ni terperangkap ke atau nak masuk mana-mana tempat ke mesti boleh celuih..x de yang x boleh buat...ada je idea dia nak buat benda-benda yang kita x boleh nak pikir...kenkadang tu macam tak rasional..sebab nyer tiap kali dia buat benda-benda tu ada je benda atau barang kat tempat yang dia nak masuk tu...hehe...dah nama pun cerita...ikut pengarah lah kan!!!haha


21 JUMP STREET





Aku suka cerita ni sebab ada Johnny Deep...hensem siut dia dalam cerita ni...time ni dio muda belia lagi...masih cerita tentang penyiasatan...tapi yang ni kisah budak-budak remaja lah...dorang 1 grup akan buat undercover dan masuk mana-mana kolej untuk siasat tentang salah laku remaja...best cerita ni...


KNIGHT RIDER





Selain airwolf...ada satu cerita lagi tentang vehicles yang canggih giler tahun 80-an ni...yang ni..Knight Rider..sebuah kereta yang boleh bercakap!!!haha..kereta ni memang best...dulu kecik-kecik konon nak ada kereta macam Knight Rider..hehe...ada machine gun..tak lut kena peluru..macam-macam lagi lah...


MISSION IMPOSSIBLE





Cerita ni..memang glamer...dah siap buat filem lagi..cerita tentang satu kumpulan yang cam biasa investigate orang-orang jahat...aku suka tengok time boss dia dapat maklumat tentang kes baru...dalam a few second..komputer atau mesin pemberi maklumat tu mesti meletup...kui3..memang syokk!!!


STAR TREK - THE NEXT GENERATION





Salah satu siri drama paling lama bertahan dekat Hollywood..antara drama sains fiksyen yang paling aku suka...berangan nak pegi ke angkasa lepas...pastu jadi kaptan kapal Star Trek..hehe...biasaklah budak-budak..dok tau berangan je..kagum tengok angkasa lepas yang cantik dan indah..walaupun apa yang digambarkan tak macam yang sebenarnya....

Itu antara drama-drama bersiri Hollywood yang aku tengok dan yang aku suka..ada lagi drama lain..macam..HULK..COMBAT..MOONLIGTHING...BEVERLY HILLS 90210 dan macam-macam lagilah...sekarang ada jugak tapi drama bersiri sekarang ni emmm...macam tak berapa nak best...ada jugak lah yang best tapi tak macam tahun 80-an...kengkadang tu merapu-rapu jugak aku tengok..tapi..aku layan kan aje..hehe


CIKMA : Kalau versi Melayu aku suker cerita OPAH..best sesangat!!!antara drama bersiri Melayu yang paling berkualiti sampai sekarang...

Sunday 7 March 2010

Tandas Awam

Aku nak story sikit pasal kisah Tandas Awam ni..hehe...tandas??? aler..bukan apa..rasa-rasanya tandas awam kat negara kita ni masih ok lagi...bersih dan selesa lebih-lebih lagi yang dalam pusat beli-belah yang high class punye..

Tapi...tandas awam ni ada ketikanya buat para pengguna lebih-lebih lagi yang berusia agak sukar untuk buang air...sebelum ni aku pernah dengar komen dari orang ramai tentang masalah ni...orang-orang tua yang kurang selesa nak buang air kat tandas awam yang high class ni sebab tandasnya yang very educated...educated??? (istilah sengal aku!!)..penggunaan paip air yang kurang sesuai di tambah dengan butang-butang yang agak berteknologi tinggi..hehe...yang menyukarkan orang-orang yang berusia memakai tandas awam ni...

Kes semalam...aku gi Alamanda..time tengah tunggu nak masuk tandas..sorang makcik ni tertinjau-tinjau ke dalam tandas...muka macam tak puas hati...bercakap sesuatu...tapi aku tak dengar sangat apa yang dia bebelkan...aku pergi sikit ke arah dia...tanya kenapa...dia pun cakap tandas ni macam mana nak guna...dia memang nak pilih tandas duduk..sebab tandas cangkung susah..dia tanya keluar air dekat mana...mana kepala paip nya...nak basuh macam mana...macam-macam dia tanya...aku kesian jugak tengok makcik tu...sampai dia cakap biarlah dia tahan buang air sampai rumah...memang lah kebanyakan tandas dekat pusat beli belah yang high-class macam Alamanda tandasnya ala-ala menyusahkan diri sikit..dulu masa aku kali pertama pakai tandas tu memang tak tau macam mana nak pakai...macam mana nak basuh...nak duduk pun macam mana kat tandas tu...hehe...macam-macam..kenkadang tu aku pun tahan gak nak buang air sebab keadaan yang tak selesa nak ke tandas tu...aku paham macam mana perasaan makcik tu sebab aku pernah alami perkara tu...kesian jugak aku tengok dia semalam...tapi nak buat macam mana...takkan aku kena buat demonstrasi kat dia pulak kan!!!huhu...

 

Aku rasa pihak-pihak yang bertanggungjawab bina tandas awam yang berteknologi tinggi ni harus fikir tentang keselesaan para pengguna...dorang kena pikir tentang kesan baik dan buruk penggunaan tandas yang macam dalam gambar kat atas ni...kita yang beragama Islam ni...kebersihan memang menjadi kepentingan dalam kehidupan kita...nak bersihkan alat sulit kita pun kurang-kurang 3 kali dengan air bersih...ni kalau macam tandas kat atas ni...macam mana lah nak bersih...kalau ada tisu tu bolehlah nak di lap-lap..tapi kalau tengah takde tisu...macam mana...kalo orang bukan Islam dorang tak kisah sangat...tak payah basuh pun x pe...pakai tisu je...tapi macam kita ni...nak jugak ada air...ada sabun sikit..emm...alahai......


 

Kalau semua tandas awam ataupun apa-apa benda yang di guna oleh orang awam ke..kena lah jugak pikir tentang cara penggunaan yang mudah dan senang...boleh kalau nak berteknologi sikit...tapi kena jugak fikir tentang golongan yang berusia...kena buat yang senang dorang nak pakai...dan tak menyusahkan orang ramai..jadi pikir-pikirkanlah kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab tu ekk!!!


CIKMA : Selesa guna tandas cangkung..tapi mesti ada paip getah...senang sikit...kalau pakai cebuk air tu takut terkena seluar... basah pulak seluar...malu jugak kalo orang pandang seluar kita basah...hehe

Saturday 6 March 2010

18......20...

Hari ni....aku dapat jawatan baru lagi...haha (rasa macam nak potong jer pankreas aku!!!)...jadi AJK PIBG..sapa lah yang mention nama aku ni...heran-heran...nasib aku tak ada masa dorang bagitau tadi (aku balik awal!!!)...malas nak tunggu lama-lama...tapi dalam hati...aku dapat rasa yang aku ada dalam jawatan PIBG sekolah aku ni..emmm..alahai...kalau ada tadi...bergegar satu DEWAN tu...kalau nak tengok aku mengamuk lah!!!..nasib aku balik cepat...emmm...

Sekarang aku dah ada 18 JAWATAN untuk tahun 2010 ni...so...aku nak tanya lah ada sapa-sapa nak tambah jawatan kat aku lagi ke...aku TERINGIN SANGAT nak jadikan jawatan aku ni sampai 20...baru dapat pecah rekod...GURU PALING BANYAK JAWATAN DI SEKOLAH...tak pun untuk SELURUH MALAYSIA...ADA AKU KISAH!!!!!

 

CIKMA : Aku sekarang terima je sume jawatan...sama ada aku nak buat atau tak...AKU PEDULIK APA!!!sapa suruh aku pegang jawatan banyak-banyak!!!!

Thursday 4 March 2010

Terkenang...irama nasyid yang terpinggir

Aku tiba-tiba 2,3 hari ni selalu nak dengar lagu-lagu irama nasyid (bukan sesaja insaf ekk...tapi telinga ni asyik dok sogok dengan cerita-cerita sensasi je kat sekolah sampai naik meluat plak dengar!!!)huhu....rasa diri ini tenang jer kalau dengar lagu-lagu nasyid ni...

Tapi aku jenis memilih jugak kalau nak dengar lagu nasyid ni..sebabnya lagu-lagu baru dari kumpulan nasyid sekarang ni macam tak sesuai je kat halwa telinga aku dengar...dah macam-macam genre nasyid yang timbul sekarang ni...ada nasyid ala2 rock, rap, underground, ballad...macam-macam lagi lah sampai dah hilang maksud dan lenggok irama nasyid tu sendiri.

Bagi aku elok lah kalau genre nasyid ni lebih fokus pada irama yang kita dengar dulu masa time kumpulan Raihan, Rabbani, Saujana, Al-Mizan, Nada Murni yang lebih lembut dan hanya memerlukan alatan-alatan muzik yang tidak bertali....sedap je dengar kat telinga ni...tenang dan damai je...tapi sekarang...huhu...hampeh!!!

Layan ekk lagu-lagu nasyid tahun 90-an ni yee.......

KELUARGA BAHAGIA (SAUJANA)





Aku suka bebudak Saujana..sebabnya hensem2 belako (haha)..average umur baya2 aku pulak tu...pandai...kerja sekarang ni pun baguih2 belaka...tapi bila aku terdengar cerita salah satu ahli kumpulan ni dah berubah jadi pak lembut...macam tak percaya je...sebabnya dorang ni semuanya dari sekolah agama...emmm tak tahulah apa nak jadi..cepat benar manusia tu berubah.........wallahualam...


IMAN MUTIARA (RAIHAN)





Salah satu kumpulan nasyid yang aku minat sampai sekarang..dorang pun masih bertahan lagi dalam industri kita...aku sokong perjuangan dorang yang sanggup pergi ke luar negara untuk memperkenalkan irama nasyid di mata dunia...guna perbelanjaan sendiri...harap apa yang mereka usahakan membuahkan ganjaran pahala dari ALLAH SWT..


TEMAN SEJATI (BROTHERS)





Lagu ni aku suka time sekolah menengah...ramai member minat giler lagu ni...dan kumpulan Brothers ni pun antara kumpulan nasyid yang aku minat masa lewat tahun 90-an dulu...kumpulan ni aku tak tau sekarang ada lagi ke tak...tapi dorang aku tengok down sikit bila Yassin keluar dari group ni dan join solo..


ASSALAMUALAIKUM (RABBANI)





Antara kumpulan nasyid yang berani mencuba sesuatu yang baru...bagus bagi aku...walaupun aku lebih suka lagu-lagu mereka time tahun 90-an dulu...banyak lagu-lagu dorang yang popular antaranya Pergi Tak Kembali, Intifada, Satu Kiblat Yang Sama, dan sebagainya. Aku sedih betul masa penyanyi utama kumpulan ni Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim yang kembali ke rahmatullah tahun lepas akibat serangan jantung...Al-Fatihah untuk arwah...moga-moga rohnya di cucuri rahmat dari ALLAH SWT....


FATAMORGANA (HIJJAZ)





Kumpulan ni antara yang sama-sama berjuang memperkenalkan irama nasyid dalam industri muzik Malaysia bersama-sama kumpulan Raihan, Rabbani dan Brothers..kumpulan ni juga banyak memperkenalkan band-band nasyid baru seperti In-team, UNIC dan beberapa kumpulan nasyid yang lain...


SUBHANALLAH (DIWANI)





Salah satu lagu popular Kumpulan Diwani...kumpulan ni pun aku tak tau ada lagi ke tak...lagu-lagu dorang ni pun sedap-sedap jugak...antara lain Di Hening Malam, Ya Rasulullah...(yang ni je yang aku ingat..)rasa rugi kalau dorang dah berpecah sebab kita pun sekarang ni kekurangan kumpulan nasyid yang betul-betul berkualiti...


Ini antara lagu-lagu nasyid yang masih orang ingat sampai sekarang...cuba kita dengar pulak lagu-lagu nasyid sekarang...kenkadang macam tak dapat rasa ketenangan dan keinsafan dalam diri bila dengar lagu nasyid sekarang ni....lebih-lebih lagi sekarang ni lagu-lagu berunsur nasihat ni dah macam terpinggir dalam industri muzik kita...harap sangat ada pihak-pihak tertentu yang boleh kembalikan kegemilangan nasyid ni masa tahun 90-an dulu......

CIKMA : Teringin nak buat kumpulan nasyid kat sekolah...tapi pakai lagu-lagu yang ada sekarang ni je lah...nak cipta lagu baru tak reti lah pulak...aku bukan penulis lagu yang hebat!!!huhu

Pembukaan Semula Sekolah dalam Norma Baharu 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera Bertemu lagi..ewahhh...😅😅😅😅😅😅 kali ni Cikma nak kongsi sedikit buah tangan Cikma sejak aktif konon...